Tuesday, 20 May 2014

From Boss with Luv - Part 24



Seperti biasa aku ni memang kuat tidur bila berada di dalam kereta. Apa taknya bila tidur malam aku tidak dapat tidur dengan lenyak kerana macam terdengar-dengar telefon aku berdering minta di angkat. Dan aku selalu mimpi yang Encik Faries akan menghubungi aku bila aku hendak tidur. Jadi setiap kali aku berada di dalam kereta dan perjalanan ke destinasi yang hendak di tuju jauh sedikit mulalah mata aku mengantuk. Dan destinasi yang hendak di tuju kali ini jauh ke Johor. Sedaplah aku tidur.
 

“Nasha awak ni memang kuat tidur kan..pantang jalan jauh aje mesti nak tidur,” usik Encik Aliff bila wanita itu melelapkan mata.
 

Aku membuka mata sebelah bila Aliff menyindir ku.
 

“Habis dah Encik Faries selalu menganggu tidur saya pada waktu malam..jadi saya cari kesempatan untuk tidur waktu siang lah,” jawabku lalu memusingkan badan kearah kiri menghadap ke tingkap. Encik Faries tak kecoh Encik Aliff pulak yang sibuk.
 

“Dah nak sampai dah..awak jangan tidur,” ujar Aliff lalu menoleh kearah belakang.
 

“Isskk sibuk tau Encik Aliff ni tak boleh tengok orang senang sikit menganggu aje,” ujarku lalu duduk. Aku memeluk tubuh sambil menarik wajah masam. Selendang ku betulkan kerana senget semasa aku tidur tadi.
 

Faries di sebelah hanya tersenyum bila Nasha merungut. Dia mencapai bag kertas kecil berwarna turqouis Tiffany lalu menyerahkan kepada Nasha yang berada di sebelah.
 

 “Tiffany?? Untuk siapa? Untuk saya??,” soalku lalu menoleh memandang ke wajah Encik Faries bila lelaki itu menyerahkan aku bag kertas trademark Tiffany.
 

“For your advance birthday present,” jawab Faries lalu tersenyum.
 

“Kill 2 birds with one stone,” jawab Aliff lalu tersenyum.
 

Aku menjeling bila Encik Aliff menyampuk. Namun hatiku berbunga riang. Wah baiknya Encik Faries belikan aku barang dari Tiffany untuk present hari lahir aku. Tak sabar aku hendak tahu isi kandungan bag tersebut. Apa dia belikan eh? Charm bracelet? Loket trademark Tiffany? Ah tak kisahlah apapun yang di beli Encik Faries. Yang penting dia ingat pada hari lahir aku. Thanks Encik Faries. Love you many-many.
 

“Terima kasih Encik Faries..I heart you many-many,” ujarku dengan wajah ceria. Nasib baiklah boss aku bukan perempuan. Kalau perempuan dah lama aku peluk dan cium pipinya tanda aku berterima kasih padanya. Eii seronoknya dapat hadiah mahal sebegini. Ini membuatkan aku rasa diri di hargai.
 

“Kembali..buka..tengok nak tahu saiz nya betul ke tidak?,” ujar Faries kerana Nasha hanya memegang bag itu tanpa melihat isi kandungan bag tersebut.
 

“Sekarang ke..segan lah..ok since both of you insist..I buka sekarang,” ujarku tersenyum. Aku membuka bag kertas Tiffany. Di dalam bag itu terdapat sebuah kotak kecil. Aku mencapai kotak itu lalu membukanya perlahan. Aku terperanjat bila menyedari isi kandungan kotak kecil itu tersemat sebentuk cincin berlian di dalamnya. Cincin?? Seriously cincin?? Kenapa Encik Faries murah hati sangat dengan aku? Harga sebentuk cincin berlian solitaire Tiffany bukannya murah. Aku menoleh ke arahnya.
 

“Kenapa tak suka?,” tanya Faries bila Nasha kelihatan tidak begitu teruja bila mengetahui isi kandungannya.
 

“Ehh suka..tapi present ni mahal Encik Faries..saya baru bekerja dengan Encik Faries 3 bulan..tidak layak rasanya untuk saya menerima barang semahal ini dari Encik Faries,” jawabku jujur. Aku mengalihkan pandangan kearah luar kereta kerana persekitaran nya nampak begitu familiar.
 

Ini macam jalan hendak menuju ke Batu Pahat. Katanya hendak ke Johor? Kalau hendak ke Johor dia tidak perlu mengikut jalan sini.
 

“Kita nak kemana ni?,” tegurku.
 

“Awak kata hendak balik kampung semalam..ni kita balik kampung awak lah,” jawab Aliff dengan wajah selamba.
 

Huh balik kampung terlopong aku sekejap. Lain macam aje bunyinya. Kenapa Encik Faries dan Encik Aliff ni baik sangat dengan aku hari ni sampai 2 surprised di bagi pada aku. Apa agenda mereka yang sebenarnya?
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 

 

2 comments: