Aku mengeluh kecil bila melihat timbunan surat-surat
merah. Atau lebih di kenali surat Amaran dari pihak bank untuk bil-bil yang
tertunggak. Kepalaku pening memikirkan bagaimana hendak melunaskan
hutang-hutang tersebut. Hendak harapkan gaji kerja tetapku ia hanya dapat
melunaskan bil bulanan dan keperluan harianku. Aku terpaksa mendapatkan kerja
sambilan untuk membayar bil-bil tersebut walaupun hanya dapat membayar bunganya
sahaja. Allah sahaja yang tahu betapa perit dan getirnya hidup yang aku lalui
sekarang. Hanya kerana cinta aku sanggup lakukan apa sahaja.
Aku sedar tiada gunanya aku terus mengeluh dan
mengharap Rizal akan kembali ke pangkuanku. Kakakku Liza dan teman baikku Raudah
sudah berkali-kali memberi amaran agar berhati-hati dengan Rizal kerana mereka
tahu akan perangai Rizal yang sebenar. Kerana terlalu cinta dan percayakan Rizal
aku tidak pernah ambil endah akan amaran mereka. Sudahnya inilah akibatnnya.
Aku terpaksa menanggung hutang-hutang kad credit yang Rizal gunakan untuk
kepentingan dirinya sendiri. Rizal langsung tidak ambil peduli atau membantu
aku untuk melunaskan hutangnya. Sebaik sahaja aku sedar akan sikap boros Rizal.
Aku mengambil keputusan untuk membatalkan kad creditnya. Rizal mula dingin
denganku apabila aku berbuat demikian. Malah dia terus menjauhkan diri dan
meninggalkan aku tanpa pesan. Ternyata Rizal tidak seperti lelaki yang aku
harapkan. Seorang lelaki yang aku boleh jadikan sebagai pasangan hidup.
Ternyata Rizal hanya berpura-pura. Sejak kami berpisah banyak perkara yang
tidak enak aku dengar mengenai perangai Rizal. Rizal simpanan Datin, Rizal
ramai teman wanita, Rizal ini. Rizal itu. Aku sedar aku sudah tertipu. Rizal
hanya mahu kesenangan. Mataku hanya dikaburi oleh ketampanan Rizal dan
kata-kata manisnya. Ternyata Rizal tidak pernah sayangkan aku selama ini.
Hendak dikesalkan sudah terlambat. Semuanya sudah berlaku. Kini aku mendapat
balasannya dengan hutang-hutang yang tak mampu aku lunaskan.
Aku menyelak akhbar dan mencari ruangan
mencari kerja. Aku meneliti satu persatu iklan ruang kosong dari pembantu
restoren hinggalah ke pembantu peribadi. Mataku tertangkap pada iklan yang
ringkas tapi dapat menarik minatku.
Perlukan Pembantu Peribadi Segera.
Gaji lumayan.
Sila hubungi : Aliff Sofian - 013 558 2236
Tanganku pantas mendial nombor yang tertera di
iklan tersebut.
“Hello,”
“Selamat pagi, boleh saya bercakap dengan
Encik Aliff Sofian,” ujarku sebaik sahaja panggilan di sambut.
“Yes Aliff Sofian, speaking,” jawabnya
ringkas.
“Saya -,”
“Awak datang jam 2.00 petang untuk temuduga,
jumpa saya di Marriot Hotel, Bilik 202,”
“Tapi-,” ujarku tanpa sempat bertanya lebih
lanjut talian telefon terputus. Atau sengaja di putuskan.
Aku mengetap bibir menahan rasa. Geram di
perlakukan begitu. Aku terpaksa menelan semua itu hanya kerana aku perlukan
pekerjaan ini kerana ia menjanjikan gaji yang lumayan.
bersambung....
Wahhh...Mr fussy...
ReplyDeletebest nak lagi.
ReplyDelete