Pergi NZ selama 3 bulan? Eii mesti mak dan
abah tak benarkan. Tak berani aku hendak bertanya pada mereka. Hmm tapi kalau
aku tak pergi kesian pula dengan Encik Faries tu? Ah kesian kat orang..tak
pernah kesiankan pada diri sendiri. Cubalah fikirkan tentang diri sendiri. Aku
asyik fikirkan kepentingan orang lain. Diri sendiri selalu di pinggirkan. Aku
mengeluarkan handphone lalu mendial nombor rumah di kampong.
“Assalamualaikum..mak apa khabar?,” ujarku
dengan wajah ceria bila mak menjawab panggilan telefonku. Terubat rindu aku
mendengar suara mak. Dah lama aku tidak balik ke kampong.
“Mak alhamdullilah sihat..Nasha apa khabar??
Lama Nasha tak jenguk mak abah dan adik-adik di kampung..bila nak balik jumpa
kami? Adik-adik semua dah rindu,” ujar Puan Normah gembira mendapat pangilan
dari anak sulungnya. Dia tahu Nasha terpaksa bekerja sampai 2 pekerjaan dahulu
kerana melunaskan hutang bekas tunangnya. Dia kasihankan anak nya yang selalu di
tipu kerana kejujurannya. Sudah nasib anaknya. Siang dan malam dia mendoakan
agar Nasha di temukan jodoh dengan lelaki yang baik dan menghargainya. Nasha
anak yang baik. Dia tidak suka membebankan keluarga dengan masalahnya.
“Nasha pun rindu pada semua orang di
kampong..Nasha cuba minta cuti dengan boss Nasha nanti..,” ujarku menahan
perasaan sebak. Rindu pada masakan mak dan keriuhan adikku di kampong. Tak
boleh jadi sudah hampir 3 bulan aku tidak balik kampung bertemu dengan mereka.
Aku hendak pujuk Encik Aliff supaya membenarkan aku bercuti 5 hari untuk balik
kampung. Lagipun dah masuk 4 minggu aku kerja sabtu dan ahad. Tak kanlah Encik
Aliff tidak benarkan aku bercuti.
“Nasha..itu hari ada lelaki cari Nasha di kampung,”
ujar Puan Normah. Dia sebenarnya tidak mahu memberitahu Nasha tapi kalau tidak
di beritahu dia khuatir akan keselamatan Nasha kerana dia telah memberi alamat
tempat tinggal Nasha di Kuala Lumpur.
“Lelaki?? Siapa mak?,” soalku mula merasa
tidak senang hati.
“Entah..dia kata Nasha kenal dengan Rizal..dan
dia kata Rizal ada hutang dengan dia,” terang Puan Normah serba salah di
buatnya. Rizal tidak sudah-sudah menyusahkan anaknya.
“Hutang?? Hutang apa lagi si Rizal ni?? Tak
sudah-sudah menyusahkan orang tau..dia ganggu keluarga kita ke??,” soalku
risau. Hutang dengan siapa pula si Rizal ni. Dan kenapa pula orang itu yang
mencari aku. Yang hutang dengan dia Rizal, kenapa dia cari aku?
“Dia kata Rizal hutang dengan dia 20 ribu..mak
risau dia apa-apakan Nasha nanti..,” ujar Puan Normah dengan nada risau.
Menyesal pula dia beri alamat Nasha di Kuala Lumpur. Dia sangka lelaki itu
kawan Nasha.
“Astarfirullah Al Azim..20 ribu mak??..banyak
tu mana Nasha nak cari duit sebanyak tu,” ujarku bagai hendak gugur jantung aku
mendengar jumlah hutang Rizal dengan lelaki itu.
Mataku mula di takungi air. Ya Allah..mana aku
hendak mencari duit sebanyak itu. Hutang Rizal dengan pihak bank aku masih
belum habis melunaskannya apatah lagi hutang yang baru.
“Mak tak perlu bimbang..kalau lelaki tu datang
lagi mak beri nombor telefon Nasha..Nasha akan uruskan, Nasha hendak mula kerja
ni..nanti Nasha telefon mak bila kesempatan..mak jangan risau,” ujarku
perlahan. Aku tidak mahu lelaki itu menyusahkan keluargaku di kampung. Kalau
dia benar-benar mahu wang nya kembali. Dia harus bertemu dengan aku.
“Baiklah..hati-hati Nasha..apa-apa telefon
kami, assalamualaikum,” ujar Puan Normah sebelum mengakhiri perbualannya.
“Insyallah mak..waalaikumsalam,” jawabku lalu
mematikan telefon.
Aku mengeluh perlahan. Apa lagi masalah yang
di buat Rizal. Kenapa Rizal suka menyusahkan hidup aku. Apa salah aku pada dia?
Hendak menangis aku di buatnya bila teringatkan perbualan aku dengan mak. 20
ribu..dimana hendak ku cari?
bersambung...
No comments:
Post a Comment