Thursday, 29 May 2014

From Boss with Luv - Part 40




Aku terkejut bila pintu bilik adjoining room aku di ketuk seseorang. Tadi semasa hendak check-in di The Quadrant Hotel & Suites ada major ‘glitch’ kerana sebelum berangkat ke Auckland aku sudah membuat tempahan bilik seperti di arahkan oleh Encik Faries. Dia mahukan 2 bedroom Apartment untuk penginapan kami selama 3 malam di Auckland. Di sebabkan masalah technical bilik yang Encik Faries kehendaki tidak dapat di penuhi oleh pihak Hotel kerana bilik sudah di berikan kepada pengunjung lain. Panik aku sekejap kerana khuatir Encik Faries akan naik minyak bila bilik yang di kehendaki tidak dapat. Hendak tak hendak terpaksa aku terangkan kepada Encik Faries dan pihak Hotel meminta maaf kepada Encik Faries di atas kesilapan mereka. Mereka mahu free upgrade kan bilik Encik Faries kepada Penthouse sebagai gantirugi namun Penthouse juga tidak diperolehi buat masa sekarang kerana di tempah seseorang. Akhirnya kami di tempatkan di bilik Deluxe dan aku terpaksa meminta ikhsan room reservation officer agar bilik aku di tempatkan bersebelahan dengan Encik Faries. Setelah berjaya memujuk officer dan manager yang bertugas. Mereka memindahkan bilik aku bersebelahan dengan bilik hotel Encik Faries. Bilik adjoining.
 
 

Aku bangkit dari katil lalu membuka pintu adjoining kami. Encik Faries berdiri tercegat di hadapan pintu bilik. Sejak kejadian aku tidur dan terpeluk lengan Ehsan. Encik Faries tidak berbual sangat dengan aku dan hanya berbuat demikian bila perlukan assistant dari aku. Aku tahu dia masih marah padaku lagi. Bukan aku tidak mahu memujuk tapi aku takut di marahi Encik Faries bila aku cuba menegakkan benang yang basah. Terang-terangan dia nampak aku tidur memeluk lengan Ehsan. Apa lagi yang mampu aku katakan selain dari meminta maaf darinya.
 
 

Tanpa berkata apa dia berjalan menuju kearah katil lalu merebahkan badannya di atas katilku. Di dalam posisi terlentang dia memandang kearah syiling.
 
 

“Encik Faries hendak minum??,” tegurku perlahan. Aku sedar aku bersalah. Aku bersedia memenuhi apa sahaja permintaan Encik Faries agar dia memaafkan kesilapan aku. Aku merasa bersalah teramat sangat. Aku telah melukakan hati suamiku.
 
 

“You sukakan Ehsan?,” ujar Faries tiba-tiba lalu menoleh kearah Nasha yang berdiri di sebelahnya.
 
 

“Apa yang Encik Faries cakapkan ni?,” soalku terperanjat kerana tidak menyangka soalan itu keluar dari mulut Encik Faries. Kenapa Encik Faries bertanya samada aku sukakan Ehsan? Adakah Encik Faries menyangka bahawa aku sukakan Ehsan? Dan soalan itu tidak relevan sama sekali kerana aku punya suami.
 
 

“Lagi..lagi Encik Faries..pada awak saya ni hanya majikan awak sahaja kan??..kalau awak sukakan Ehsan cakap pada saya, saya boleh-,”
 
 

“Encik Faries!!!...,” jeritku sebelum dia menyambung ayatnya. Airmataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan. Sebak hatiku, sampai hati Encik Faries. Kalau dia hendak marahkan aku. Aku rela dan aku sedia dimarahinya. Tapi janganlah sampai keluar perkataan yang tidak ingin ku dengar.
 
 

Faries tersentak bila Nasha menjerit. Faries bangkit dari katil lalu duduk. “Astarfirullah al azim,” istifar Faries perlahan bila menyedari kesilapannya. Kerana sakit hati hampir sahaja dia melakukan kesilapan yang besar dan terlalu mengikut perasaan. Wajah Nasha di pandang belas kasihan. Nasha kelihatan terperanjat dengan kelakuannya tadi. Dia tidak berniat hendak berbuat demikian. Perasaan kesal mula bersarang di hatinya. Faries bangun dari katil lalu menghampiri Nasha.
 
 

“Maafkan abang sayang..,” pujuk Faries perlahan lalu memeluk Nasha erat. Aku menangis perlahan di dalam dakapan Encik Faries. Sedih memikirkannya. Begitu mudah Encik Faries mahu melepaskan aku. Di hati Encik Faries tiada perasaan sayang pada diri aku kah sehingga dia sanggup berbuat begitu? Adakah kerana Encik Faries sudah terpaut hati pada Ernisa? Semakin ku fikirkan semakin sebak hatiku.
 
 

“Saya yang harus minta maaf pada abang..,” jawabku perlahan lalu meleraikan pelukan Faries. Aku tidak tahu kenapa aku merasa jauh hati dan sedih sangat di atas tindakan Faries tadi. Seolah-olah aku ini tidak bernilai di matanya. Ungkapan sayang yang selalu diucapkannya hanya untuk memujuk hatiku dan bukan datang dari hatinya sendiri. Aku sedar siapalah aku di hati Encik Faries. Hanya wanita biasa yang tidak layak bergandingan dengannya. Kalau Encik Faries sukakan Ernisa aku rela dia berkahwin dengannya. Demi untuk melihat Encik Faries bahagia. Wanita seperti Ernisa memang sesuai dengan Encik Faries. Benarlah kata Encik Aliff dan Ehsan. Encik Faries dan Ernisa memang sepadan.
 
 

Aku berjalan menuju kearah meja yang terdapat kotak tisu lalu menarik beberapa helai tisu lalu duduk di hujung katil.
 
 

Faries mengeluh kecil merasa bersalah diatas perbuataannya. Selalunya dia dapat mengawal setiap perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia tidak tahu kenapa kali ini dia tidak dapat mengawalnya. Mungkin kerana perasaan cemburunya terhadap Ehsan membuatkan dia hilang kawalan diri. Dia cemburu melihat Nasha rapat dengan Ehsan. Dia juga tahu Ehsan berminat pada Nasha kerana Ehsan seringkali bertanya tentang Nasha kepada dirinya sebelum mereka bernikah lagi, Ehsan sudah menunjukkan minatnya. Hanya Ehsan lambat untuk menambat hati Nasha kerana dia terlebih dahulu menikahi wanita itu. Perihal Ehsan berkenankan Nasha tidak pernah dia beritahu kepada Nasha sendiri.
 
 

Faries duduk di sebelah Nasha. Dia tahu Nasha merajuk hati dengannya. Salah dia juga kerana terlalu mengikut perasaan. Faries merapatkan bahu Nasha dengannya. Lengan Nasha di gosok perlahan bertujuan untuk memujuknya.
 
 

“Kalau abang sukakan Puteri Ernisa..saya tidak menghalang..Puteri Ernisa sesuai dengan abang..kalau Puteri Ernisa dapat bahagiakan abang, saya redha,” jawabku dengan perasaan sebak. Airmataku mengalir lagi. Kalau itu yang di mahukan Faries aku berserah. Aku tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan Faries.
 
 

“Nasha…-,”
 
 

Aku segera bangun dari katil lalu menuju ke kamar mandi lalu menutup. Tidak sanggup mendengar jawapan Faries. Aku memutar kepala paip membiarkan air keluar deras bertakung di basin.
 
 

Faries hanya mengeluh kecil bila Nasha berkata demikian. Adakah Nasha turut rasa tergugat bila dia rapat dengan Ernisa? Benarkah Nasha cemburu pada Ernisa? Cemburu tandanya sayang. Mungkinkah dia dan Nasha tidak sedar bahawa mereka telah jatuh cinta?
 
 
 
 
bersambung...
 
 
 
 
 
 
 

From Boss with Luv - Part 39




Untuk tidak mahu sakit hati. Aku mengambil keputusan untuk tidur. Bukankah itu plan aku tadi. Hendak tidur sepanjang perjalanan ke Auckland, New Zealand. Aku meminta pramugari sleeping eye pad bertujuan supaya aku dapat melelapkan mata dengan aman. Nasib baik si Rizal itu tidak buat masalah. Kalau dia mula aku tidak teragak-agak meminta pramugari untuk pindahkan dia dari tempat duduk kami. Aku tidak hendak tukar tempat duduk sebab bukan aku yang buat masalah tapi dia. Sedap pulak bantal yang di sediakan pesawat Emirates. Hmm bestnya. Aku tersentak bila bantal itu seakan bergerak sedikit. Eh sejak bila pulak bantal boleh gerak ni? Aku menarik eye pad ke atas lalu menjeling kearah kiri. Oh fish head curry. Opss I did it again! Sesedap rasa sahaja aku memeluk lengan Ehsan dan tidur menyandar di bahunya. Aduh! Aku memberanikan diri memandang ke wajahnya. Lelaki itu terlena dan tidak sedarkan diri. Fuh nasib baik dia tak sedar, kalau tidak apa aku hendak buat di situasi janggal begini. Perlahan-lahan aku cuba melepaskan tanganku dari memeluk lengan Ehsan. Aku tidak mahu lelaki itu terjaga dari tidur.
 
 

Aku tersentak bila terdengar seseorang berdehem. Aku menoleh kearah kanan spontan. Hampir hendak terkeluar biji mataku bila menyedari orang yang berdehem itu Encik Faries. Ah mati aku. Dia nampak aku memeluk lengan Ehsan tadi. Die!..Die!
 
 

“Encik Faries!,” ujarku terkejut wajahku pucat serta merta. Kalau di tarah dengan pisau pasti tidak akan berdarah.
 
 

Faries memandangku tanpa expresi jadi aku tidak tahu samada dia marah, sedih atau geram gila dengan aku. OMG!!! Encik Faries tidak berkata apa tapi aku tahu Encik Faries marah pada aku. Suami mana yang tidak akan baran bila melihat isterinya sewenang-wenangnya memeluk lelaki lain di hadapannya. Lainlah aku pelakon dan sedang melakonkan watak dalam filem di mana aku di kehendaki berbuat demikian. Ini bukan lakonan.
 
 

Faries masih tidak berkata apa bila dia pergi meninggalkan aku dan berjalan menuju kearah belakang semula. Oh No! He’s angry with me. Aku segera menanggalkan seat belt. Nasib baiklah hampir ke semua penumpang di pesawat sedang tidur termasuk si Rizal. Aku sempat menjeling ke tempat duduk asalku. Puteri Ernisa juga sedang tidur. Good. Aku berjalan pantas mendapatkan Encik Faries kerana lelaki itu tidak menuju ke arah seatnya malah menuju kearah belakang.
 
 

“Abang..,” tegurku lalu menarik tangan Faries.  
 
 

Faries menoleh bila rasa tangannya di tarik dari belakang.
 
 

“Here you go Mr. Faries,” tegur pramugari dari hadapan Encik Faries lalu menyerahkan sebotol evian kepada lelaki itu.
 
 

“Thanks,” jawab Faries ringkas lalu membuahkan senyuman.
 
 

“My pleasure..,” jawabnya lalu tersenyum.
 
 

Tahulah aku kenapa Faries datang ke tempat aku tadi mungkin dia mahu meminta air evian dari aku tadi. Tapi memandangkan aku tidur lena tadi dia mengambil keputusan untuk meminta sahaja dari pramugari bertugas.
 
 

Faries menoleh kearah Nasha. “Kenapa tak sambung tidur lagi,” ujar Faries dengan wajah selamba seolah-olah perbuatan Nasha tadi tidak memberi kesan apa-apa ke atas dirinya. Tujuannya ke tempat Nasha tadi kerana dia tidak dapat tidur dan ingin berbual dengannya dan juga kerana semua krew lain sudah lena ia memberinya kesempatan untuk berbual dan bermanja dengan Nasha. Tapi bila menyedari wanita itu sedang terlena di atas bahu lelaki lain. Perasaan cemburu mula terbit di hatinya. Dia benar-benar tidak dapat mengawal perasaan cemburunya melihat Nasha bersama Ehsan. Namun dia cuba untuk menyembunyikan perasaan cemburunya dari pengetahuan Nasha.
 
 

Nasha sukakan Ehsan? Semasa di set dia selalu lihat Ehsan berbual dengan Nasha bila babaknya tidak diperlukan. Dia tahu Nasha turut senang dengan lelaki itu kerana Nasha kelihatan selesa dan mesra bila berbual dengannya. Adakah Nasha turut cintakan Ehsan? Faries tidak mahu memikirkan tentang perkara itu. Nasha miliknya. Walaupun dia belum mampu membuatkan wanita itu cinta dan sayangkannya. Nasha tetap miliknya.
 


Aku cuba mengawal perasaan sedih bila Encik Faries berkata demikian. Aku tahu Encik Faries marahkan aku tapi dia cuba untuk tidak menunjukkannya kepadaku. Tapi kenapa? Adakah kerana dia takut jika krew filem tahu bahawa hubungan kami lebih dari PA dan boss? Sampai bila Encik Faries hendak rahsiakan hubungan kami? Aku sayangkan Encik Faries. Ye aku sedar aku sayang dan cintakan Encik Faries. Aku baru menyedarinya bila aku merasa cemburu bila setiap kali aku lihat Puteri Ernisa mesra dengannya. Tapi aku tidak mampu berterus terang pada Encik Faries kerana aku takut dia tidak dapat membalas cintaku kembali. Aku tidak kisah jika dia memarahiku kerana aku tahu aku bersalah walaupun aku tidak tersengaja berbuat demikian.
 
 

“Abang maafkan Nasha.., Nasha tidak sengaja,” ujarku cuba menahan sebak. Aku mahu Faries mengerti bahawa aku tidak sengaja berbuat demikian.
 


“Go and sleep,” ujar Faries lalu mencium pipi Nasha perlahan dan tanpa menoleh kearah Nasha dia berlalu menuju kearah seatnya. Faries duduk di seatnya lalu memasang seat belt. Dia mengalihkan pandangan kearah luar tingkap. Walaupun tiada apa yang dapat di lihat selain kegelapan malam dan kepulan awan putih.
 
 

Seketika kemudian Ernisa menyandarkan kepalanya di bahu Faries. Faries tersentak dia menolak bahu Ernisa perlahan agar kepala wanita itu berada diseatnya semula, selimut yang terlurut dan hampir terjatuh di lantai di tarik perlahan hingga ke bahu Ernisa. Sekali lagi Ernisa menyandarkan kepalanya di bahu Faries dan tangannya memeluk lengan Faries mesra sepertimana yang aku buat pada Ehsan ketika tertidur tadi. Kali ini aku tahu Puteri Ernisa sengaja kerana ketika dia berbuat demikian dia sedar. Dia sengaja memeluk lengan Faries erat dan percaya Faries tidak akan berbuat apa-apa jika dia berbuat demikian kerana menyangka dia benar-benar tidur dan tidak sedar bila melakukannya. Seperti apa yang di jangka Faries membiarkan sahaja dia memeluk lengannya. Dia hanya mampu membiarkan Ernisa berbuat demikian sehingga dia terjaga.
 
 

Aku perhatikan semuanya dengan perasaan sebak. Baru kini aku tahu akan perasaan Encik Faries bila dia melihat aku tidur sambil memeluk lelaki lain. Aku sendiri tidak sanggup melihat Ernisa berbuat begitu pada suamiku. Hendak sahaja aku mengejut wanita itu agar dia tidak lagi tidur menyandar di bahu Faries dan memeluk lengannya. Tapi aku tidak mampu berbuat apa-apa. Hatiku benar sebak. Aku tahu Faries kecewa dengan sikapku. Maafkan Nasha abang.
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

Wednesday, 28 May 2014

From Boss with Luv - Part 38




Wah best-best dapat menaiki pesawat Emirates menuju ke NZ. First time terbang ke destinasi jauh seperti NZ. Encik Aliff pesan padaku berkali-kali sebelum kami melepasi balai pelepasan. Katanya jaga diri aku dan Encik Faries. Risau juga dia pada kami berdua. Suruh ikut sama tak hendak. Menurut Encik Aliff terdapat beberapa krew dan pelakon yang akan menaiki pesawat yang sama. Tak pula aku nampak bayang-bayang artis yang aku kenal semasa hendak menaiki pesawat tadi. Perjalanan yang mengambil masa selama 11jam lebih kerana pesawat kami akan transit di (MEL) dan seterusnya ke Auckland airport itu akan aku gunakan dengan sebaiknya untuk tidur. Haha. Aku ni kan pantang journey jauh sikit. Pesawat Emirates EK0408 yang di jangka akan berlepas pada jam 1530hrs. Aku duduk di sebelah Encik Faries. Boss aku itu memilih window seat kerana dia tidak suka duduk di aisle seat salah satu perangai OCDnya dia tidak suka duduk atau berada di tempat yang tidak bertingkap lama.
 
 

Aku memasang seat belt lalu memandang kearah pramugari dan pramugara Emirates yang sedang sibuk menunjukkan seat kepada para penumpang lain. Aku mencapai in-flight magazine lalu menyelak helaian demi helaian majalah tersebut melihat barangan Emirates.
 
 

“Excuse me…Ms PA boleh I duduk sebelah Faries??,” tegur seseorang.
 
 

Aku menoleh ke kanan lalu memandang tepat kearah si empunya suara yang menegurku tadi. ‘Puteri Ernisa’. Kenapa eh perempuan ni berada di mana sahaja aku pergi? Dah dia pelakon wanita utama dalam filem ini mestilah dia ada di mana sahaja aku ni pun. Hissh bosan aku. Aku tidak tahu kenapa aku tak sebulu dengan Puteri Ernisa walhal dia tidak salah apa-apa dengan aku.
 
 

“I nak discuss dengan Faries tentang my part and at the same time kami nak rehearsh bersama,” ujarnya lagi bila PA Faries tidak berganjak sedari tadi.
 
 

“Kalau you duduk at my seat..I nak duduk mana?,” soalku lalu membuahkan senyuman sinis kepadanya. Sengaja aku bertanya soalan mengakal walaupun aku tahu tentulah duduk di seatnya tak kan duduk kat kepala kapal terbang pulak kan? Saja hendak membuang masa.
 
 

“My seat E22 lat 3 baris depan aje,” jawabnya lalu tersenyum.
 
 

Aku menoleh kearah Faries meminta agar dia tidak bersetuju bila Ernisa mahu duduk di tempatku dan aku duduk di tempatnya. Faries tidak berkata apa ini bermakna dia tidak kisah jika Ernisa mahu duduk bersama dengannya sepanjang penerbangan ke Auckland. Eii..tak guna punya Encik Faries. Aku hendak duduk sebelah suami aku yang si Ernisa ni sibuk kenapa pulak? Encik Faries pun satu kenapa tetiba benarkan orang lain duduk sebelah dia. Apa dia sukakan si Ernisa tu ke? Benci aku ngomelku dalam hati. Aku menanggalkan seat belt lalu bangun dari kerusi.
 
 

“Thanks Ms PA..,” ujar Ernisa tersenyum lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Faries. Seronok kerana dapat bersama dengan lelaki itu. Dia sukakan Faries dah lama. Cuma dia tidak berpeluang untuk berlakon dengan lelaki itu. Jadi di kesempatan ini dia cuba untuk memikat hati jejaka itu. Apa yang dia tahu lelaki itu tidak mempunyai teman wanita setelah berpisah dengan model terkenal Adelyna 6 bulan yang lalu.
 
 

“Nasha..my name is Nasha,” tegurku bila Ernisa masih tidak tahu siapa namaku. Bukan sekali dua dia bertemu denganku sudah selalu tak kanlah nama aku yang mudah itu susah untuk di ingat. Tak ingat atau sengaja hendak sakitkan hati aku?
 
 

“Oppss sorry, garangnya your PA,” ujar Ernisa kepada Faries. Aku hanya mampu tersenyum sinis mendengar komen Ernisa. Baru dia tahu siapa aku? Ingat suka-suka dia boleh rapat dengan Encik Faries. Over my dead body. Eh? yang aku emo sangat kenapa eh? Yelah aku takut si Ernisa ni hendak macam-macam dengan Encik Faries. Aku mesti protect my own interest. Kalau Encik Faries juga suka pada Ernisa bagaimana pula? Oh gosh? Kenapa aku tidak pernah terfikir sebelum ini. Mungkin Faries turut suka pada Ernisa. Ernisa wanita cantik..dan juga baik itu yang di kata Ehsan dan Encik Aliff. Buatnya Encik Faries turut jatuh hati pada Ernisa? Aku bagaimana? Peluh dingin mula membasahi dahiku bila memikirkannya. Aduh. Harap-harap tidak. Encik Faries sukakan aku. Sebab tu dia nikah dengan aku. Kan?? Tidak mungkin dia sukakan Ernisa. Aku isterinya. Kau pasti Nasha? Kau pasti yang Encik Faries itu tidak cintakan Ernisa? Sedang fikiranku sarat dengan pelbagai soalan mengenai hubungan Encik Faries dan Puteri Ernisa. Aku di kejutkan oleh teguran seseorang.
 
 

“Tak sangka kita duduk bersebelahan sepanjang flight ke Auckland ye?,”
 
 

 Aku menoleh kearah lelaki yang menegurku. Ehsan? Gulp aku menelan air liur bila menyedari penumpang yang duduk di sebelah aku itu Ehsan Iskandar. Jadi Ehsan salah satu pelakon dalam filem romantic sedih ni. Filem sedih cinta bersegi-segi. Sempat juga aku membaca skrip Encik Faries tempoh hari ketika aku mengemas meja studynya. Dalam cerita itu seorang wanita. Wanita itu siapa lagi kalau tak heroin kita ‘Puteri Ernisa’. Cintanya cuba di rebut oleh 3 orang lelaki. 3 orang lelaki, dengar tu. Seronok kan bila ada 3 orang lelaki cuba merebut hati kita dalam satu masa. Tapi ada ke sampai 3 lelaki dalam satu masa. Hmm?? Unless wanita itu benar-benar cantik dan hot demand lah. Haha. Macam Puteri Ernisa tu. Tidak hairan jika ramai jejaka yang cuba menambat hatinya. Dan aku pasti salah seorang lelaki dalam watak itu adalah Ehsan. Siapa pula lelaki yang ketiga?
 
 

“Nasha..surprised!!..surprised!!,” tegur Rizal lalu melabuhkan punggungnya di sebelah bekas tunangnya dahulu.
 
 

Astarfirullah al azim. Rizal??? Bagai hendak gugur jantung aku bila lelaki itu duduk di sebelahku. Ini bermakna aku duduk di antara Ehsan dan Rizal. Masak aku di buatnya. Aku hendak duduk tempat aku balik!! Aku tak hendak duduk sebelah Rizal. Aku benci dengan lelaki itu. Aku masih ok lagi jika terpaksa duduk di sebelah Ehsan but not Rizal.
 
 

“Eh Nasha you ok..kenapa muka you pucat semacam??,” tegur Ehsan bila wanita itu kelihatan kaget dan seperti ternampak hantu.
 
 

“I’m ok,” jawabku ringkas kerana tidak mahu memberitahunya sebab mengapa aku berkeadaan demikian. Hissh nape pulak Rizal boleh duduk sini. Aku tak suka lah. Aku kan ada sejarah dengan dia. Walaupun aku benci pada lelaki itu namun kami masih ada kenangan indah bersama waktu dahulu.
 
 

“Ehsan?? So you the co-actor tak sangka you dapat peranan Arash dalam filem ini?,” tegur Rizal bila menyedari lelaki yang duduk di sebelah Nasha itu adalah co-actor dalam filem lakonan mereka.
 
 

“I’m talented sebab itu di pilih,” jawab Ehsan lalu tersenyum sinis. Dia tidak sukakan Rizal. Rizal pelakon baru yang berlagak. Baru di beri peranan lebih sikit sudah tunjuk lagak.
 
 

Rizal tidak menjawab malah mencebik mengejek bila Ehsan mengatakan dia terpilih kerana dia berbakat. Dia melirik kearah Nasha bekas tunangnya itu. Kenapa Nasha duduk di sini? Katanya Faries itu teman lelakinya. Rizal tersenyum bila menyedari bahawa Faries bukan teman lelaki Nasha dan Nasha berbuat demikian hanya mahu menyakitkan hatinya. Dia percaya Nasha adalah pembantu peribadi Faries.
 
 

“My dear Nasha..- how come you tak duduk sebelah your boyfriend Faries Syamri?? Kenapa dah tak couple lagi..as expected,” jawab Rizal menoleh kearah belakang di mana di lihat Faries dan Ernisa duduk bersama dan mereka kelihatan berbual mesra. Dia sengaja berbuat demikian untuk menyakitkan hati Nasha.
 
 

Aku mengetap bibir menahan geram. Kalau tidak mengenangkan Ehsan ada di sebelah aku. Sudah ku cekik-cekik si Rizal ni kerana mulut celuparnya. Eh dia tak malu ke? Sudahlah dia menyusahkan hidup aku selama ini. Hutang keliling pinggang dan aku pula yang hendak kena bayarkan masih ada cheek hendak berlagak dengan aku. Jantan tak guna. Nasib baik aku tidak beritahu Encik Faries bekas tunang aku tu engkau. Kalau dia tahu habis kau di kerjakannya.
 
 

“Stop being a jerk..Nasha jangan di layan mamat tu,” ujar Ehsan dengan suara tegas.
 
 

Aku menoleh kearah Encik Faries berada. Lelaki itu kelihatan sibuk berbual mesra dengan Puteri Ernisa sedikitpun tidak ingatkan aku disini. Hatiku tiba-tiba menjadi sayu. Benarkah Encik Faries sukakan Ernisa? Jika Encik Faries mahu berkahwin dengan Ernisa. Relakah aku di madukan?
 
 
 
 
bersambung....
 
 
 
 
 

From Boss with Luv - Part 37




Aku berjalan mundar mandir di hadapan pintu bilik Encik Faries. Masih belum ada keberanian untuk mengetuk pintu biliknya. Tapi aku sudah pun berada di hadapan pintu biliknya. Habis tak kan kau nak mundar mandir depan bilik Encik Faries sampai ke pagi Nasha? Dan macam orang sakit mental pulak kan aku ni. Aku menarik nafas dan menghembuskannya perlahan. You can do it Nasha! He’s your husband and it is your duty. Aku ulangi perkataan itu berulang kali untuk menyenangkan hati.





Dengan membaca bismillah terlebih dahulu aku memberanikan diri mengetuk pintu bilik Encik Faries perlahan. Aku benar-benar berharap agar Encik Faries sudah tidur dan tidak terdengar akan ketukan aku tadi. Kalau dia dah tidur aku selamat dan tak perlu merasa bersalah. Ya allah ampunilah dosa aku.





“Masuk,”






“Issk dia belum tidur lagi, rosak plan aku..” bisikku perlahan. Hendak tak hendak terpaksa aku memulas tombol pintu, bila di arah masuk ke biliknya. Encik Faries memandang wajah ku dengan pandangan hairan. Tengok dari gayanya Encik Faries masih belum tidur kerana dia masih duduk menyandar di headboard katilnya manakala lampu sisi di nyalakan. Di tangannya terdapat sebuah buku. Matanya sempat mengerling jam di sisi. Jam digital menunjukkan pukul 11.06 malam.
 
 
 
“Kenapa tak tidur lagi? Something wrong??,” soalnya bila Nasha masih belum masuk tidur. Selalunya waktu begini Nasha sudah masuk tidur.
 
 

Aku memandang wajah Encik Faries. Selamba sahaja wajahnya. Seperti tidak terasa bila aku menolak ajakannya tadi. Hmm. Merajuk ke? Ah macamana aku hendak mulakan ayat eh. Segan lah pulak.
 
 

“Ermm..tak boleh tidur sebab takut you marah pada I,” jawabku lalu menghampiri katilnya yang bersaiz king lalu duduk di hujung katil.
 
 

Faries mengerutkan dahinya bila Nasha mengatakan dia tidak dapat tidur kerana takut dimarahi olehnya. Buku yang di baca tadi di tutup lalu di letakkan di meja sisi.
 
 

“Marah pada you? Kenapa I hendak marah pada you?,” soal Faries memandang wajah Nasha bila wanita itu takut di marahinya. Apa kesalahan yang Nasha buat sehingga wanita itu begitu takut hendak tidur. Faries memeluk tubuh lalu memandang wajah Nasha ingin tahu sebab mengapa Nasha berkata demikian.
 
 

“Errmm…sebab tadi you kata hendakkan I accompany you? Tapi I tak accompany you takut I berdosa pulak pada you,” ujarku serba salah. Wajahku terasa berbahang bila terpaksa berkata demikian. Malu pada Faries usah cakaplah.
 
 

Faries tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar alasan Nasha yang tidak dapat tidur. Patutlah Nasha seperti tidak senang duduk kerana merasa berdosa padanya. Kesian pula dia pada Nasha. Faries sengaja mendiamkan diri tidak memberi respon apa-apa, namun matanya tidak lepas dari memandang wajah Nasha yang kelihatan serba salah dan serba tidak kena bila dia memberi pandangan sebegitu.
 
 

Issk Encik Faries ni. Boleh tak jangan pandang aku begitu. Aku segan tahu tak? Aku menarik cardigan yang aku sarungkan ke badanku tidak selesa bila Encik Faries memandangku begitu.
 
 

Faries tiba-tiba bangun dari katilnya setelah berdiam diri agak lama. Secara automatic badanku akan terasa kaku bila Faries mendekatiku. Faries duduk bersebelahan denganku lalu memeluk lenganku rapat ke badannya. Mode manja.
 
 

“I suruh you temankan I tidur sebab I don’t feel like sleeping alone..tapi kalau you hendak beri lebih pada I..I tak menolak,” ujar Faries tersenyum nakal. Nasha salah faham dengan maksud ‘accompany’. Dia mahu Nasha menemaninya tidur. Dan bila dia mengatakan Nasha belum bersedia. Bermakna Nasha belum bersedia untuk tidur sebilik dengannya secara permanent dan Nasha masih mahu tidur di bilik berasingan. Dia tidak bermaksud untuk mengadakan hubungan suami isteri. Dia tahu Nasha belum bersedia dan dia tidak akan memaksa.
 
 

“Oh teman tidur..silly me.,” ujarku dengan wajah merah padam kerana cuba menahan rasa malu. Apsal aku boleh salah tafsir eh. Eii malunya aku. Encik Faries tidak apa-apa aku yang over. Aduh. Paisehnya.
 
 

“Nasha sayangkan abang?,” soal Faries perlahan secara tiba-tiba lalu menoleh ke arah Nasha.
 
 

Gulp. Aku menelan air liur bila Faries tiba-tiba menyoalku soalan cepu emas. Berderau darahku seketika.
 
 

“Err sayang..tentulah saya sayangkan En-..abang sebab abang suami Nasha,” jawabku tergagap-gagap tanpa memandang ke arahnya. Terasa janggal pula bila Faries tiba-tiba menyoal sama ada aku sayang padanya atau tidak. Agaknya beginilah perasaan yang pasangan yang sudah berumahtangga, tapi baru belajar mengenali cinta selepas bernikah. Segan terhadap pasangan terlalu amat sangat. Bercinta selepas bernikah amat berbeza dan lebih unik berbanding dengan bercinta sebelum nikah.
 
 

“Sayang..sebab abang suami Nasha begitu? Bukan sayang kerana Nasha cintakan abang,” soal Faries lagi. Dia mahu tahu apa perasaan Nasha terhadap dirinya sekarang? Adakah masih seperti dahulu atau perasaannya sudah bercambah menjadi sayang padanya kerana perasaan itu yang dia rasakan sekarang. Dia sayangkan Nasha. Nasha bukan sekadar PAnya yang menguruskan segala keperluannya. Nasha isterinya. Tapi kalau perasaan Nasha terhadap dirinya masih tidak berubah. Faries akan menunggu sehingga wanita itu dapat menerimanya.
 
 

Aku menjadi tidak selesa bila Faries bertanya soalan demikian. Faries sedang menghafal skrip dalam salah satu filemnya atau soalan itu memang benar-benar di tujukan kepada aku.
 
 

“Sayang sebab abang suami Nasha,” jawabku perlahan, aku terpaksa berbohong kerana aku tidak mahu Faries terasa hati. Kerana aku sukakan Faries kerana dia seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, hanya aku masih belum merasa cinta padanya.
 
 

“Jadi Nasha hendak temankan abang tidur malam ni ke tidak? Dan jangan cakap Nasha terpaksa kerana takut abang marahkan Nasha,” soal Faries lalu tersenyum. Dia tahu Nasha stress bila dia bertanya tentang hati. Dia sendiri tidak tahu samada Nasha berkata benar atau tidak? Mungkin Nasha berhati-hati dan masih belum dapat mempercayai lelaki dan juga masih ragu akan perasaannya terhadap dirinya.
 
 

“Teman tidur aje kan..ok,” jawabku tersenyum lalu menoleh kearahnya. Kalau teman tidur aku ok je. Lagipun katil Faries bersaiz king. Tak takut kalau aku terlanggar dia nanti.
 
 

“Kalau nak lebih pun boleh kan..,” usik Faries lalu tersenyum lagi.
 
 

“Abanggg..,” ujarku geram lalu membesarkan bola mataku bila Faries berkata demikian dan ingin bangkit dari katilnya namun Faries terlebih pantas menarik lenganku agar aku duduk kembali. Faries tertawa kecil bila Nasha ingin lari darinya bila dia mengusiknya tadi. Takut betul Nasha dengan dirinya. Dia tidak makan orang.
 
 

“Abang harap Nasha mengerti bahawa abang tidak akan paksa Nasha jika Nasha belum bersedia,” jawab Faries perlahan lalu memandang wajah Nasha. Dia bukan seorang lelaki yang rakus dan yang tidak bertimbangrasa. Dia mahu Nasha mengerti dia bukan lelaki seumpama itu.
 
 

Sayu pula hati aku bila Faries berkata demikian. Murni sungguh hati suamiku itu. Dia sanggup menunggu sehingga aku benar-benar bersedia untuk menerimanya. Terima kasih abang kerana begitu memahami diriku. Insyallah berkat kesabaran abang hatiku terbuka untuk menerima cinta abang.
 
 
 
 
bersambung....