Tuesday 30 July 2013

"While you were sleeping"

Diantara movie romantis yang menjadi koleksi DVD peribadiku. Movie pada tahun 1995. Aku ni memang romantic freak. Pantang kalau tahu ada movie yang romantic. Tapi tak semua movei romantik aku beli. Hanya selective movie sahaja dan yang menepati citarasa aku. Akan aku beli untuk di jadikan koleksi DVD untuk aku tonton bila feeling-feeling hendak rasa seperti di awang-awangan. Hahaha. SS lah kan “Syok Sendiri”.
Ok. Kenapa aku sukakan cerita “While you were sleeping”. Pertama. Kerana aku begitu meminati lakonan selamba actress yang memainkan peranan terpenting di dalam cerita tersebut. Iaitu Sandra Bullock. She’s so sweet. Walaupun Sandra tidaklah seseksi Angelina Jolie dan secantik Jeniffer Aniston. Tetapi Sandra punya daya tarikan tersendiri. Pelakon versatile itu terkenal melakonkan watak cerita RomCom “Romantic Comedy”. Dan aku memang sukakan cerita bertemakan cinta tidak kiralah message yang disampaikan berat atau pun komedi.
Sinopsis mengenai cerita While you were Sleeping
Lucy Moderatz (Sandra Bullock) adalah seorang pekerja komuter di token kaunter. Setiap hari pada waktu yang sama di kaunter yang sama dia akan bertemu dengan seorang jejaka kacak yang menaiki komuter. Lucy jatuh hati pada jejaka kacak itu dan akan merasa teruja setiap kali dia bertugas untuk melihat wajah kacaknya setiap pagi. Pada hari natal, Lucy di minta bekerja untuk mengambil alih tugas temannya yang mempunyai keluarga. Pada hari Natal, dia tidak menyangka bahawa jejaka kacak itu mengambil komuter dan buat pertama kalinya jejaka kacak itu menegurnya dengan mengucapkan selamat hari natal kepadanya. Lucy tergamam kerana tidak menyangka jejaka itu menegurnya. Di platform tempat jejaka itu menunggu komuter dia diusik sekumpulan remaja dan menyebabkannya terjatuh di rail komuter hingga tidak sedarkan diri. Lucy lari menyelamatkan jejaka itu kerana komuter itu laju menuju ke arahnya. Jejaka itu tidak sedarkan diri, Lucy berjaya menyelamatkan jejaka itu dari bahaya dan menemaninya ke hospital. Semasa di bilik kecemasan jururawat tidak membenarkan Lucy masuk kecuali Lucy punya pertalian darah dengan si mangsa kemalangan. Lucy mengeluh kecil dan tanpa sedar dia berkata bahawa dia akan berkahwin dengan si mangsa. Jururawat bertugas terdengar akan komen Lucy.
 
Si mangsa di dalam keadaan koma. Pelbagai kejadian melucukan berlaku selepas itu. Jururawat yang terdengar akan komen Lucy memberitahu akan ahli keluarga si mangsa bahawa Lucy adalah tunangnya dan Lucy juga yang menyelamatkan Peter (Peter Callaghan) dari bahaya. Lucy tergamam bila jururawat itu berkata demikian. Keluarga Peter menerima Lucy dengan senang hati. Lucy bertemu dengan jururawat tersebut mengatakan ianya adalah kesilapan yang besar kerana dia tidak pernah bertunang dengan jejaka itu. Lucy bertemu dengan salah seorang teman keluarga Peter dan memberitahunya akan perkara yang sebenar. Suatu malam Lucy tidak dapat melelapkan mata lalu mengambil keputusan untuk ke hospital melawat Peter. Lucy bercerita kepada Peter yang di dalam keadaan koma dan memberitahunya bahawa dia tidak bermaksud untuk menipu keluarga Peter dan ini semua adalah salah faham. Saul (Peter Kelly) teman keluarga Peter yang berada di luar wad terdengar akan keluhan hati Lucy. Saul berjanji akan membantu Lucy akan tetapi dia tidak membantunya malah menyuruh Lucy meneruskan lakonannya kerana khuatir jika Lucy memberitahu akan perkara yang sebenar akan membuatkan nenek Peter terkena serangan jantung dan juga kemalangan yang menimpa Peter telah membawa keluarga mereka dekat. Lucy tidak sampai hati berbuat demikian kerana keluarga Peter sungguh baik dan cepat mesra dan Lucy sendiri tidak pernah merasa hidup berkeluarga kerana ayah dan ibunya sudah lama meninggal.
 
Keluarga Peter meminta Lucy meraihkan hari natal bersama dengan mereka. Lucy tidak dapat menolak perlawaan mereka dan hadir ke rumah mereka. Adik perempuan Peter sungguh mesra dengan Lucy menceritakan kepadanya akan perihal abangnya yang lagi satu iaitu Paul (Jack Pullman) seorang lelaki yang begitu berbeza dengan Peter. Peter seorang lelaki yang bekerja di pejabat dan posh manakala Peter seorang lelaki yang sederhana dan mengendalikan bisnes keluarga dengan membeli dan menjual perabot terpakai.
Paul pulang kerumah awal pagi dan mendapati seorang wanita tidur di sofa. Adik paul memberitahunya bahawa wanita itu adalah tunangan abangnya Peter. Paul tidak percaya bahawa wanita itu adalah tunangan Peter kerana dia tahu akan citarasa abangnya yang tinggi. Tidak mungkin wanita cantik yang sederhana itu menjadi pilihan Peter. Peter merasa curiga dengan Lucy dan tidak percaya bahawa Lucy itu adalah tunang Peter. Dia cuba mencari silap Lucy dengan bertanya pelbagai soalan mengenai abangnya di hadapan keluarganya semasa di hospital. Walaupun di dalam keadaan yang tertekan Lucy berjaya menjawab soalan yang di ajukan Paul. Sejak itu Paul mula percaya bahawa Lucy adalah tunang Peter. Mereka menjadi akrab dan dalam masa yang sama Paul mula jatuh hati pada Lucy. Dan Lucy mula merasakan bahawa dia tertarik pada Paul setelah mengenalinya.
Pada malam tahun baru, mereka menerima berita dari pihak hospital mengatakan bahawa Peter sudah sedar dari koma. Semua keluarga bergegas ke hospital. Lucy mula merasa tidak selesa kerana khuatir Peter tidak mengenalinya dan membongkarkan rahsianya. Setelah di pujuk Saul, Lucy dengan berat hati turut ada bersama ketika mereka bertemu dengan Peter. Peter gembira bertemu dengan ahli keluarganya. Sebaik sahaja matanya tertumpu ke arah wanita yang tidak di kenali dia bertanya siapa wanita itu. Paul mengatakan bahawa wanita itu adalah tunangannya. Ayah Peter mengatakan Peter menghidap amnesia kerana tidak mengenali Lucy.
Saul bertemu dengan Peter ketika dia keseorangan di wad. Saul menasihati Peter bahawa melamar Lucy dan mengawininya kerana Lucy seorang wanita yang baik. Mendengar nasihat Saul. Peter bersetuju untuk mengawini Lucy dan melamarnya sekali lagi di hospital. Lucy yang tidak menyangka Peter akan melamarnya bersetuju mengawininya walaupun hatinya berbelah bagi dan keliru kerana dia tidak tahu akan perasaannya yang sebenar, samada di mencintai Peter atau Paul.
Apabila Paul melawat Lucy sehari sebelum perkahwinannya, Paul bertanyakan Lucy samada Lucy akan mengubah fikiran untuk tidak berkahwin dengan abangnya. Lucy memberitahu Paul dia tidak boleh mengubah keputusannya demi menjaga hati keluarga Paul dan nenek Paul. Jawapan di berikan Lucy mengecewakan Paul.
Pada hari perkahwinannya, sebelum upacara majlis, Lucy mengambil keputusan utnuk membuat pengakuan dan memberitahu segala-galanya kepada keluarga Peter bahawa dia cintakan Paul dan bukannya Peter. Semasa kekecohan berlaku Lucy mengambil keputusan untuk keluar tanpa pengetahuan mereka dan beranggapan bahawa dia tidak layak disayangi keluarga Peter setelah apa yang berlaku. Lucy kembali bertugas di kaunter token seperti biasa walaupun dia merasa sedih. Lucy tersentak dari lamunan bila seseorang meletakkan cincin di kaunternya. Dia terperanjat bila mendapati Paul dan keluarganya berada di luar kaunter. Paul melamarnya di situ juga. Lucy menerima lamaran Paul dengan senang hati kerana dia mencintai Paul. Mereka berkahwin di keretapi dan Paul berjanji akan membawa Lucy berbulan madu di tempat. Di akhir filem. Peter bertanya kepada Lucy bila ketikanya dia jatuh cinta pada Paul. Lucy menjawab “While you were sleeping”.
Ha sorry panjang sikit sinopsisnya kerana pada awalnya copy dan paste dari Wikipedia tapi bila gunakan google translate terasa lucu pulak bila membacanya. Jadi terpaksalah saya membuat sinopsis sendiri supaya lebih terang dan faham.
Bagi yang belum menonton filem ini aku syorkan tonton kerana cerita ni best sangat untuk para peminat cerita romantik komedi seperti aku.

No comments:

Post a Comment