Tuesday 30 July 2013

“Only You”

Hari ni terlebih rajin nak bagi review movie cerita romantic yang lagi satu bertajuk “Only You”. Filem tahun 1994. Kalau review “While you were sleeping” aku kata aku sukakan actressnya Sandra Bullock. Tapi dalam movie ini aku sememangnya minat akan actor kacak yang melakonkan watak Hero. Sejak tonton cerita ini aku sanggup buat research cari akan movie-movie lain yang dia lakonkan. Tentulah cerita romantic. Dan aku sukakan 2 filem lakonan nya iaitu “Only You” dan lagi satu bertajuk “Chances Are” (Filem tahun 1989) nanti bila berkesempatan akan ku update “Chances Are” di sini.  Tapi hari ni aku hendak kongsi cerita “Only You” Jeng.Jeng.Jeng. Teka siapa pelakon lelaki kacak yang aku maksudkan? Tony Stark ring a bell? Oklah actor kacak yang aku maksudkan itu adalah Robert Downey Jr. aka Iron Man.
Plot cerita tersebut:-
Ketika berusia 11 tahun Faith Corvatch (Marisa Tomei) bermain papan Ouija bersama abangnya Larry. Faith meminta nama lelaki yang akan menjadi pasangan hidupnya. Dan papan itu menunjukkan abjad sehingga mendapat nama lelaki yang dihajatkan. Iaitu “Damon Bradley”. Pada awalnya Faith tidak mengambil kisah akan nama tersebut sehingga suatu hari dia bersama teman baiknya pergi ke Fun Fair dan berjumpa dengan tukang tilik nasib. Tukang tilik nasib itu memberitahu Faith bahawa pasangan hidupnya adalah lelaki bernama “Damon Bradley”.
Empat belas tahun kemudian, Faith seorang guru di sebuah sekolah dan kini sudah bertunang dengan Dr. Pakar sakit kaki. 10 hari sebelum perkahwinan mereka, Faith mengambil pesanan telefon dari seorang lelaki teman sekelas tunangnya yang mengeja namanya kepada Faith. Ejaan nama di beri berbunyi “Damon Bradley” dan dia akan terbang ke Vanice pada hari itu. Faith tergamam sebaik sahaja mendengar nama tersebut dan bertekad untuk bertemu dengannya, Faith mengambil keputusan untuk menjejaki Damon dan meminta kakak iparnya Kate untuk menemani beliau. Bermula peristiwa lucu semasa pencarian Damon. Dari Pittsburgh melalui Venice dan luar bandar Itali, mereka seringkali terlepas peluang untuk bertemu dengan Damon kerana setiap kali mereka hampir kepada Damon. Lelaki itu akan berpindah ke hotel atau daerah yang lain. Faith seboleh-boleh mahu bertemu dengan Damon kerana dia percaya Damon adalah jodohnya yang sebenar. Faith mendapat tahu bahawa Damon akan makan malam di salah sebuah restoran di Rom. Pada malam itu Faith bertanya kepada pelayan restoren samada lelaki yang bernama Damon ada di dalam restoren. Pelayan tersebut mengatakan lelaki itu berada di dalam dan dari tempat duduknya dia dapat melihat sebahagian lengan lelaki itu. Faith merasa gembira. Ketika dia hendak menghampiri Damon sekali lagi lelaki itu bergerak meninggalkan restoren. Faith mengejar Damon kerana dia tidak mahu terlepas peluang kali ini. Semasa mengejar sebelah kasut Faith tersangkut di celah-celah batu. Tanpa mempedulikan kasutnya Faith menanggalkan kasutnya yang sebelah lalu berkaki ayam mengejar Damon.
Seorang lelaki yang ternampak Faith membantu menanggalkan kasut Faith yang tersangkut di celah batu lalu mengejarnya untuk memulangkan kasut itu kembali. Faith kecewa kerana tidak dapat mengejar Damon lalu terduduk di atas fountain. Lelaki yang membantu mendapatkan kasut Faith menghampirinya untuk memulangkan kasut tersebut. Faith terlalu bersedih dan tidak mengambil kisah akan kasutnya. Lelaki itu menawarkan diri untuk memasang kasut Faith. Dia bertanya kepada Faith kenapa dia bersedih. Faith menceritakan bahawa dia mencari lelaki yang bernama Damon kerana lelaki itu di takdirkan untuk dirinya. Lelaki yang memasang kasut Faith terkejut bila mendengar nama yang di sebut Faith. Dia mengatakan kepada Faith bahawa orang yang di cari adalah dia. Damon Bradley. Faith gembira tidak terkata dan dia percaya bahawa dia sudah jatuh cinta kepada jejaka kacak yang bernama Damon. Damon turut terpesona akan kecantikan Faith dan turut cintakan Faith. Mereka menghabiskan masa bersama di Rom dan pulang ke hotel. Semasa mereka bersama, lelaki itu mendedahkan kepada Faith bahawa dia bukanlah Damon Bradley yang di cari Faith selama ini. Namanya adalah Peter Wright dan dia benar-benar cintakan Faith. Faith menjadi marah dan benci pada Peter (Robert Downey Jr.) kerana menipunya. Faith merasakan pencariannya hanya sia-sia dan mengambil keputusan untuk pulang ke America.
Keesokan harinya, Peter memberitahu Faith yang dia mendapat maklumat bahawa Damon telah berpindah ke Positano. Sementara itu admirer Kate, Giovanni menawarkan diri untuk membantu Faith merealisasikan impiannya untuk bertemu dengan Damon. Di sebuah hotel mewah yang dikatakan Damon menginap itu, Penyambut tetamu mengatakan Damon berada di kolam renang. Faith akhirnya bertemu dengan Damon dan juga seorang playboy tampan, Damon menjemput beliau untuk makan malam bersama. Faith mula berasa senang dengan Damon sehinggalah Damon mula melakukan perkara yang tidak di sukai Faith. Peter cuba membantu lalu menumbuk Damon. Dengan itu Damon yang juga mendedahkan rahsia bahawa dia bukan Damon Bradley. Dia diupah Peter untuk menjadi Damon. Sekali di tipu Peter. Faith tidak lagi percaya pada dirinya dan mengambil keputusan untuk pulang ke America.
Larry suami Kate cuba memujuk isterinya dan terbang ke Itali untuk mencarinya. Larry menceritakan kepada Kate bahawa Damon Bradley adalah gurauan. Dia juga yang memberi wang kepada penilik nasib supaya mengenakan adiknya.
Sewaktu di lapangan terbang, Faith dan Peter terdengar akan pengumuman dari airport bahawa Damon Bradley di kehendaki menjawab panggilan telefon penting. Di meja maklumat, mereka akhirnya bertemu dengan Damon, Damon lelaki biasa dan tidak sekacak sepertimana yang Faith bayangkan. Peter menjelaskan kepada Damon bahawa Faith cuba menjejaki beliau. Beliau juga memberitahu Damon bahawa dia (Peter) cintakan Faith tapi kerana terlalu taksubkan Damon maka Faith menolak cinta sebenarnya iaitu Peter Wright. Peter mengambil keputusan untuk pulang ke Boston. Damon memberitahu Faith bahawa jika dia sukakan Peter. Dia harus bergegas mendapatkan Peter sebelum pesawat yang di naikinya berlepas. Faith menyedari bahawa dia sebenarnya cintakan Peter. Dia berlari ke gate pesawat ke Boston. Kakitangan lapangan terbang mendapat tahu bahawa seorang wanita cuba mendapatkan cinta hatinya cuba melengahkan penerbangan sehingga Faith boleh menaiki. Di hadapan penumpang lain Faith mengaku mencintai Peter. The End.
Tajuk filem yang di beri “Only You”. Memang sesuai sangat dengan cerita ini kerana kegilaan Faith mencari cinta melalui nama, kerana mempercayai bahawa nama yang diberi adalah soul matenya. Mengejar perkara yang tidak pasti hanya kerana mahu mengetahui siapa orangnya.

No comments:

Post a Comment