Friday 26 July 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 29


Seperti yang di janjikan Adam. Dia benar-benar memberi aku kejutan. Adam menyewa Aston Martin D89 Volante berwarna hitam. Wow James Bond car (not the actual car 007 mengunakan model DB9). But what the heck it’s Aston Martin we are talking about newest model. Aku tidak pernah termimpi akan dapat merasa menaiki kereta tersebut. Aku begitu teruja. Aku tidak menyembunyikan perasaan excited aku pada Adam. Seperti orang jakun aku melarikan jari aku merasa kereta tersebut. Malah aku sempat bergambar dengan kereta tersebut dan menyuruh Adam memetik gambarku dalam pelbagai gaya dengan kereta itu sahaja. Adam pula begitu sporting malah melayan kehendak merepekku. Malah dia yang mengalakkan aku berposing dengan kereta tersebut. Adam memandu Aston tersebut ke arah pekan dan perkampungan kecil di French Riveira. Adam memandu di sepanjang jalan dan lorong menuju ke tempat kedai-kedai boutique terkenal di Cannes dan Juan-Les-Pin. Tiada satu apapun yang aku beli dari boutique tersebut walaupun didesak Adam berkali-kali agar aku membeli dan berbelanja sesuatu dari kedai-kedai tersebut. Aku tiba-tiba tidak punya mood untuk shopping bila mengenangkan pengakuan Adam mengenai diriku. Aku tidak mahu mengambil kesempatan ke atas diri Adam. Lagipun aku tidak mahu barang yang ku beli akan meninggalkan kenangan ku bersama Adam.

 

“Kenapa tak shopping,” soal Adam ketika kami menuju ke arah kereta. Dia sedar Era tidak membeli apa-apa dari boutique tersebut.

 

“Tak ada apa yang hendak I beli,” jawabku acuh tak acuh.

 

“I thought perempuan suka shopping and this is the best place to shop in Nice, kalau I bawa wanita lain dalam sehari I boleh declare bankrupt,” ujar Adam menuju ke arah kereta kami.



“You’re lucky pasal I tak ada mood untuk shopping hari ni, kalau tidak you will be penniless, and why are you at the passenger seat,” sindirku seraya tersenyum sinis bila Adam membuka pintu di sebelah kanan tempat penumpang lalu duduk. Di Europe tempat memandu di sebelah kiri.

 

“You drive the car,” ujarnya selamba lalu mengenakan shades Hugo Boss.

 

“You can’t be serious, I can’t possibly drive this expensive car, kalau accident macamana,” soalku namun begitu aku membuka pintu di tempat pemandu lalu duduk. Aku memegang stering kereta idamanku. Selama ini aku berangan bahawa aku yang memandu kereta porsche bila tiap kali keluar bersama Adam. Aku tidak percaya bahawa Adam masih lagi mengingati janjinya padaku.

 

“I don’t know I will pretend I don’t know how to drive,” ujarnya lalu memeluk tubuh.

 

“You’re mean person,” cemuhku lalu menghidupkan enjin kereta. Enjin kereta Aston Matin mengaum kuat bila aku menekan accelerator mencuba enjin kereta tersebut.


“Yes I am, by the way you pandai drive kereta tak,” soalnya bila Era menekan accelerator tanpa menukar gear dan menurunkan break tangan.

 

“My name is Bond, Janes Bond,” ujarku sambil mengenakan shadesku sambil tersenyum lagak seperti James Bond. Aku menekan clutch dan menukar gear satu. Adam tidak dapat dari menahan tawa bila aku berbuat demikian. Lucu barangkali. Dia tak tahu ke aku ni Joker. Hehe. Aku menurunkan break tangan dan menekan accelerator. Kereta meluncur laju ke hadapan.

 

Wajah Adam kelihatan pucat walaupun dia tidak menunjukkannya begitu ketara bila aku memecut laju ke jalan raya yang agak sempit tidak senang duduk dia di buatnya bila aku membelok laju di salah satu selekoh terdapat di sepanjang jalan kecil tu.  Nasib baik tiada kereta di arah bertentangan kalau tidak naya.

 

“Heh, slow down tigeress, I didn’t know you can drive well,” ujarnya kerana Era cekap memandu seperti pemandu berpengalaman.

 

“See the leg lah dulu,” jawabku lalu tersenyum gembira kerana tercapai juga impianku untuk memandu kereta sport terutama sekali Aston Martin. Sebenarnya aku memang pandai memandu kereta hanya aku tidak mendapatkan lesen kereta. Belajar memandu kereta dari abang kawan rapatku ketika di sekolah menengah. Sejak pandai memandu aku tidak punya masa untuk mendapatkan lesen kerana aku tidak terfikir untuk memiliki kereta.

 

Adam ketawa lagi bila aku berkata demikian. Gosh he’s ridiculous good looking face menyerlah bila dia ketawa.

 

“Turn right, kita nak pergi flower market, I’m sure you will like it,” ujarnya memberi arah ke tempat yang dimaksudkan. Aku memerlahan had kelajuan. Untuk sekian kalinya apa yang dikatakan Adam tidak pernah mengecewakan aku. Dia benar-benar mengetahui kesukaanku. Kami menjelajah flower market atau namanya Cours Saleya Flower Market di mana bermacam-macam jenis bunga terjual disana berwarna warni. Ikutkan hati ingin sahaja aku memborong banyak bunga apakan tidak bunga hidup dan segar semacam ini mahal di Kuala Lumpur. Di sini dijual dengan harga yang jauh lebih murah. Mengila aku melihat kecantikan bunga-bunga tersebut. Adam melayan sahaja kepala gilaku dengan membayar setiap apa yang aku beli yang kebanyakkannya bunga, buah peach dan apple.

 

“Buat apa dengan banyak bunga dan apple ni,” tegurnya mengambil alih tempat pemandu kerana aku sudah puas merasa memandu kereta Aston Martin tersebut. Lagipun mana ada wanita memandu kereta membawa penumpang lelaki. Kalau wanita yang memandu kereta terutama sekali Aston Martin dia harus memandu seorang. Itulah alasan yang kuberikan kepada Adam tadi agar dia mengambil alih tempatku.

 

“I ada mission buat you, you kena beri setiap wanita yang you nampak sepanjang perjalanan kita untuk ke Hotel dengan buah apple dan buah peach,” ujarku tersenyum lebar.

 

“It’s easy for me, I like challenge, but you have to be my challenge if not it’s not challenging at all, why don’t you bagi setiap seorang lelaki yang you jumpa dengan sekuntum bunga yang you beli, kita tengok siapa menang and the winner dapat satu kiss,” ujarnya tersenyum mengoda seraya melirik ke arah ku.

 

“You crazy,” ujarku seraya menjeling ke arahnya. Perangai flirtingnya dah balik semula.

 

“I won’t do it if you tak agree with me, why are you afraid to take the challenge,” cabar Adam.

 

“Ok whatever, hidup hanya sekali let’s get on it,” jawabku lalu mengangguk kepala menyahut cabaran Adam. Aku teruja bukan kerana hadiah yang ku terima sebagai pemenang tapi kerana aku tidak menyangka Adam gila-gila macam aku juga. Selama ini aku ingatkan Adam jejaka kaya dan kacak yang boring.
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment