Friday 26 July 2013

Sweet Revenge - Part 1


               Wajah Alyssa masam mencuka sebaik sahaja keluar dari bilik pejabat Arash Zakuan atau panggilan singkatnya Arash. Sejak kehadiran Arash Zakuan di dalam syarikat Stasia Enterprise wajah Alyssa tidak lagi seceria dahulu, bukan dia sahaja bersikap demikian malah pekerja lain juga. Hendak tak hendak terpaksa mereka menurut sahaja kehendak boss barunya. Boss yang di maksudkanya adalah anak tunggal Tan Sri Farihin sendiri. Selama Tan Sri Farihin mengendalikan syarikatnya tidak pernah Alyssa di herdik dan dimaki sedemikan rupa Tan Sri tidak seperti anaknya yang sombong dan bongkak itu. Malah tidak keterlaluan jika dia mengatakan Arash tidak memiliki peribadi sebaik bapanya.

 

            “Hah kenapa dengan kau, muka masam aje,” tegur Shima sebaik sahaja terpandang akan wajah Alyssa yang tak ubah seperti tapai basi. Muncung sedepa. Hilang seri wajahnya yang sememangnya ayu.

 

            Tanpa menjawab Alyssa menghempas file akaun di atas mejanya. Lalu dia menjeling ke arah Shima yang sudah biasa dengan perangainya bila setiap kali dia berjumpa dengan Arash.

 

            “Ada ke muka aku senyum macam dulu sejak si jan tut tu jadi boss kita, ada tak,” jawab Alyssa selamba tanpa menoleh kiri kanan. Dia tidak peduli akan orang di sekelilingnya. Lantaklah. Sakit hati benar dia dengan Arash.

 

            Shima tidak terperanjat mendengarnya kerana memang sejak kebelakangan ini perkataan itu yang sering keluar dari mulut mereka. Dia tidak tahu kenapa perangai Arash Zakuan sedemikian rupa. Harap muka sahaja kacak. Tapi perangai nauzubillah. Datang bulan sepanjang tahun. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Apa sebenarnya masalah anak tungal Tan Sri Farihin ni. Sehinggakan Tan Sri tidak tahu bagaimana hendak membetulkan perangai Arash. Sakit otak barangkali.



            Alyssa merentap pensil dari container dengar kasar. Semua pensil dan pennya bertaburan di atas meja. Tanpa menghiraukan mejanya yang berselerakan pantas jarinya menulis memperbetulkan angka-angka yang dianggap salah di mata Arash. Shima hanya mengelengkan kepalanya, dia tak dapat hendak membantu Alyssa kerana dia sendiri menjadi mangsa Arash. Perbuatan Arash yang melampau itu hingga membuatkan Alyssa dan Shima pernah terfikir hendak mengajarnya suatu hari nanti.

 

            “I wish he would die, kena langgar lori,” gerutu Alyssa menyumpah Arash menjadi penyebab hidupnya di office ceria dahulu kini menjadi tegang sejak kehadirannya.

 

            Arash, ya Arash yang dimaksudkan oleh Shima dan Alyssa. Sejak kali pertama mereka di perkenalkan oleh Tan Sri Farihin, mereka sudah menjangkakan the worst nightmares begin. Kerana dari segi physical Arash sememangnya perfect. Memiliki wajah yang kacak. Sesiapa sahaja terpandang akan wajahnya sahaja bisa mencairkan hati sang wanita. Sehinggakan makcik yang membersihkan pejabat turut mengaku Arash sememangnya seorang jejaka yang kacak. Selama ini Tan Sri tidak pernah membawa anaknya ke pejabat kerana menurutnya Arash berada di oversea dan tidak berminat untuk mengendalikan syarikat perusahaan ayahnya kerana alasan yang di berikan Arash, dia tidak menuntut jurusan business studies dan dia tidak tahu akan selok belok dunia perniagaan. Tapi entah bagaimana pula dia berubah fikiran untuk mengantikan tempat ayahnya.

 

            “Jan, kenapa kau menangis,” sapaan Shima cukup membuat Alyssa menoleh ke arah Jannah yang sedang menangis tersesak-esak. Wajahnya kelihatan sugul.

 

            Jannah yang diselubungi emosi tiba-tiba meluru ke arah Shima seraya mendakapnya erat. Shima tersentak bila Jannah berbuat demikian, namun begitu dia cuba menenangkan Jannah dan mengusap belakangnya perlahan.

 

            “Jannah don’t cry kenapa ni dah..dah jangan nangis,”pujuk Shima mengusap belakang Jannah.

 

            Alyssa menghampiri Shima lalu menyerahkan sekotak tisu kepada Jannah.

 

            “What happen,”

 

            “Arash,”

 

            “That’s_ sonof,” cemuh Alyssa tidak terperanjat kenapa Jannah menangis.

 

            Shima menjegilkan biji matanya kearah Alyssa. Alyssa menjeling meluat bila mendapat tahu akan sebab mengapa Jannah menangis. Sebab siapa lagi kalau tak jantan otak separuh masak tu.

 

            Tangisan Jannah mula reda. Namun bahunya masih terhenjut-henjut menahan sendu. Alyssa menyerahkan sehelai tisu kepadanya. Jannah mencapai lalu mengesat air matanya berjuraian sedari tadi.

 

            “Arash dia, marahkan Jannah pasal there a few spelling mistake dalam minutes mesyuarat tempoh hari, Jannah tak sempat hendak check pasal dia hendakan minutes mesyuarat tu dalam masa setengah jam so I overlooked, dia marahkan Jannah….,” Jannah tidak meneruskan kata-katanya mungkin merasa sebak kerana dimarahi majikannya. Dia menarik sehelai tisu dari kotak lalu mengesat air matanya yang mula mengalir lagi.

 

            “Pasal itu aje,” ujar Alyssa seraya mencekak pinggang. Bengang dengan perangai Arash. Gila nak mampus barangkali jantan tu. Dia tahu Arash sengaja mencari pasal dengan pekerjanya. Masakan kesilapan yang kecil hendak di marah seperti mereka kerugian projek bernilai berjuta-juta. Tidak masuk akal.

 

            “Dia kata kalau muka lawa tapi bodoh tak guna, dan dia tak memerlukan pekerja yang cuai dalam syarikatnya,”terang Jannah kali ini dia tidak dapat menahan airmatanya dari mengalir laju benar-benar terharu dicaci oleh majikannya.

 

            Wajah Alyssa merah padam bila mendengarnya begitu juga Shima dia mengetap bibirnya menahan geram. Kalau tidak memikirkan kebaikan Tan Sri Farihin sudah lama dia memberi notice 24 hours untuk berhenti kerja, di mana dia dapat rasakan bahawa Arash tidak akan teperanjat dengan tindakan mereka. Mungkin memang itu tujuan Arash agar pekerjanya meletak jawatan. Habis kalau semua letak jawatan dia hendak membuat kerja sendiri. Otak tak center.

 

            Alyssa memandang wajah Jannah dengan perasaan simpati. Selama dia bekerja sebagai setiausaha Tan Sri Farihin, Jannah tidak pernah di herdik malah Tan Sri melayannya dengan baik. Memang Alyssa perasan akan perubahan pada diri Jannah, selama ini dia tidak pandai bergaya. Tapi sejak kehadiran si jantan tot…tu ramai pekerja wanita di syarikat kami sudah mula pasang badan silap-silap pandang sudah semacam studio modelling pulak, Jannah tidak ketinggalan. Hanya Alyssa dan Shima tidak kuasa mengikut jejak mereka. Tidak ada gunanya layan jantan tut..tu..Entah-entah gay, siapa tahu masa di overseas dulu dia pernah terlibat..Eii selisih malaikat empat-puluh empat. Alyssa mengelengkan kepalanya berkali-kali.

 

            “Dah Jannah jangan layan si jantan gila tu, buat bodoh aje,”pujuk Shima.

 

            Jannah menganggukan kepalanya mengakui kebenaran kata-kata Shima. Bukan pertama kali dia di marahi Arash. Sudah acap kali. Arash tidak pernah menunjukkan tanda-tanda bahawa dia akan berubah. Fail minutes mesyuarat di dakapnya erat lalu menuju ke arah mejanya.



            Shima memandang ke arah Alyssa. Alyssa hanya mampu mengelengkan kepalanya. Tidak kuasa dengan kelakuan Arash. Nasib baik dia tidak ada share dalam Syarikat Stasia Height kalau tidak dah lama dia sack Arash. Yang nyata Shima dan Alyssa memang tidak berkenan langsung dengan Arash. Kalau ada licence to kill dah lama dia tembak si Arash tu. Eeii betul. Perempuan malang mana yang boleh kawin dengan dia. Dengan perangainya tak ubah macam tut…

 
To be continued...

No comments:

Post a Comment