Friday 26 July 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 28


“Era, sweetheart wake up,” bisik Adam lalu mengosok pipiku dengan belakang jarinya perlahan.

 

Aku tersentak bila terdengar seseorang memanggil namaku. Aku cuba membuka mataku perlahan. Aku cuba tersenyum bila terpandang akan wajah tampan Adam. Wajah lelaki yang menaikkan semangatku untuk terus hidup. Adam memandang ku dengan pandangan risau. Ini kali pertama aku lihat lelaki itu kelihatan benar-benar risau.

 

“Heh, why you look so stressed up, it will caused wrinkle,” ujarku mengusiknya. Jariku mencuit matanya.

 

Adam cuba tersenyum bila aku berkata demikian.

 

“Time to eat, kenapa you tak beritahu I you ada low blood sugar,” ujarnya lalu membantuku duduk.

 

“How long I’ve been unconscious,” ujarku tanpa menjawab soalannya.
 

“3 Hours, you should have tell me, you gave me a fright,”

 

“I pun tak tahu yang I ada low blood sugar, I’m sorry, by the way tadi kan I kat sofa luar macamana I boleh berada di dalam bilik,” soalku cuba mengubah tajuk.

 

“I brought you in and call for in house doctor,” jawabnya lalu menuju ke arah meja kecil yang tidak jauh dari katilku di mana tersedia pinggan berisi beberapa keping roti dan scramble egg yang dipesannya dari room service tadi. Adam mengambil pinggan tersebut bersama garfu menuju ke arah ku  yang masih lagi berada di katil. Aku  merasa kurang selesa bila Adam menunjukkan sikap keprihatinannya terhadap diriku. Bukan aku tidak suka melihat perubahan Adam tapi aku takut aku tidak dapat mengawal perasaanku terhadap dirinya. Setiap kali aku bersama dengannya jantungku berdegup kencang. Aku tidak sabar untuk bersamanya setiap pagi sepanjang kami bersama. Bila setiap kali tangan kami bersentuhan, aku dapat merasakan seakan ada arus elektrik menyelinap di nadiku. Walaupun aku tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika bersama dengannya. Tapi itulah hakikatnya yang berlaku ke atas diriku. Aku tidak memikirkan perasaan Adam terhadap diriku kerana aku tidak mahu menerima perasaan kekecewaan itu sekarang. Biarlah aku melayani perasaan gembiraku selagi aku mampu memilikinya. Kerana aku mahu merasai perasaan indah mencintai seseorang yang belum pernah aku rasai sehebat ini.

 

“Heh sweetheart, where are you?,” usik Adam bila di lihatnya Era seakan berada di dunia luar.

 

“Doctor, apa dia cakap,” jawabku tersentak dari lamunan mengelak dari di ketahui Adam bahawa aku berangan tentang dirinya.

 

“You ada low blood sugar, if you don’t eat on time you boleh pitam,” ujar Adam lalu menyucuk garfu ke arah scramble egg lalu menyua ke arah mulutku.

 

Sekali lagi aku menelan air liur merasa kurang selesa diberi layanan sedemikian. What’s wrong with Adam. Kenapa mesti dia tunjukkan sikap charmingnya dengan aku. Hendak tak hendak aku terpaksa membuka mulut. Adam menyuap scramble egg tersebut ke mulutku. Aku mengunyahnya perlahan. Walaupun scramble egg tersebut terlalu perfect di tekakku kerana aku tidak pernah merasai scramble egg yang begitu lazat dan creamy tapi aku tidak dapat menghargai kerana banyak persoalan mengenai Adam masih belum aku ketahui. Adakah kerana Adam mahu memancing ku untuk mengetahui mengapa aku sengaja mahu menjadi kekasihnya selama 3 bulan maka Adam berlakon menjadi lelaki yang baik hanya kerana dia mahu mengorek rahsia ku. Kalau betul apa yang Nadia katakan. He’s good actor.

 

“Adam,” ujarku lalu memegang tangannya. This behavious has to end. I need to know the truth it’s killing me.

 

“Yes, sweetheart,” ujar Adam seraya memandang tepat ke wajahku.

 

Perutku terasa seakan ada rama-rama berterbangan di dalamnya bila setiap kali Adam memanggilku sweetheart. Salah satu tabiat Adam sejak kebelakangan ini yang aku tidak berapa suka kerana ia membuatkan aku mahu dia memanggil ku gelaran itu selalu.

 

“Adam, I need you to be honest with me, I’ve noticed that you trying hard to please me, I don’t need this kind of treatment, I just want you to be yourself, the way that I’ve known you,” ujarku memandang tepat ke anak matanya.

 

Selamba sahaja Adam meletak pinggan berisi scramble egg tersebut diatas katil. Katil empuk yang cadarnya dari kain egyptian cotton yang harganya begitu mahal. Then again apa yang aku hendak risaukan. He’s billionaire. Senang-senang sahaja dia bayar ganti rugi dengan pihak hotel sekiranya dia merosakkan cadar tersebut.

 

“I am be myself, sweetheart,” jawab Adam lalu memegang tanganku.

 

Oh please stop. Adam you ruin me. Aku cuba melawan perasaanku lagi agar dinding yang berjaya kubina untuk melindungi hatiku selama ini tidak akan runtuh dan tewas.

 

“Adam please,” ujarku seakan merayu. Aku perlukan sesuatu untuk membuatkan aku terus tabah dan kuat untuk menghadapi dugaan sepanjang aku bersama dengan Adam.

 

Adam mendiamkan diri seakan memerlukan masa untuk dirinya menyusun ayat untuk memberitahu Era akan perkara yang sebenarnya. Perkara sebenar yang semakin lama semakin luput di ingatannya. Dia sudah hampir lupa akan perjanjiannya dengan Raoul bila mengenali Era secara peribadi. Malah dia tidak kisah lagi akan pertaruhannya dengan Raoul. Dia bersedia menerima kekalahan buat pertama kalinya. Dia tidak kisah sama sekali. Adam sendiri merasa hairan kerana dia tidak pernah merasa helpless dan mudah mengaku kalah. Selama ini tiada apa yang dapat merubah fikirannya. Wanita secantik dan sehebat manapun tidak bisa melunturkan egonya. Malah sekiranya dia merasa wanita yang didampinginya mula mempengaruhi dirinya. Dia tidak memikir dua atau tiga kali untuk menghancurkan dan mengecewakan hati wanita itu. Adam sekejam itu. Wanita dianggap seperti boneka. Bila dia memerlukan mereka. Dia akan melayan mereka seolah-olah mereka memilikinya dan bila dia sudah merasa jemu dia tinggalkan wanita itu tanpa memperdulikan perasaan mereka. Tapi tidak pada Era. Dengan Era dia seakan-akan tewas dan tidak mampu menegakkan egonya. Malah dia merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Dia tidak senang duduk bila tidak mendengar suara Era dan dia seakan-akan hilang pertimbangan bila ada lelaki lain selain dari dirinya mendampingi Era. Dia tidak pernah merasa begitu bila bersama wanita lain. Adam cuba menafikan perasaan yang dialami kerana dia tidak pernah membenarkan dirinya untuk jatuh cinta kerana dia tidak percaya akan cinta. Dan Adam percaya cinta akan menyebabkan seseorang itu bertindak tanpa mengunakan akal fikiran yang waras. Begitu prejudice pemikiran Adam mengenai cinta.
 

“Adam,” tegurku bila Adam masih lagi tidak berterus terang denganku.

 

“You want the truth, the truth is, I lakukan ini semua kerana I bertaruh untuk you jatuh cinta dengan I dan untuk memutuskan hubungan dengan you bila tempoh 3 bulan pertaruhan tamat,” jawab Adam dengan berat hati. Dia tidak mahu menghancurkan hati Era. Malah dia mengambil keputusan untuk menarik diri dan mengaku kalah dalam pertaruhan tersebut sebaik sahaja mereka pulang ke Kuala Lumpur. Tapi Era mendesaknya berbuat demikian. Wanita itu terlalu bijak seolah-olah tahu apa yang dia lakukan selama ini tidak kena pada gambarannya. Era begitu mengenali dirinya. Atau Era tidak pernah memikir bahawa dia sebaik ini. 

 

“You are an arse****,” ujarku dengan perasaan terharu. The truth really hurts. Walaupun marah dan sakit hati akan perbuataan Adam mengunakan aku sebagai alat pertaruhannya tapi aku kagumi akan kesediaan Adam membuka rahsianya dan aku akui bukan mudah untuknya berterus terang dan bersikap jujur. Aneh bukan? Aku sepatutnya merasa berang dan seharusnya menampar Adam tapi aku tidak melakukannya kerana aku dan Adam tidak jauh berbeza kami mempergunakan antara satu dengan lain demi untuk kepentingan diri sendiri. Dan Adam tidak pernah mendesak dan meminta aku untuk berterus terang dengannya. Maka aku berterima kasih kepada Adam kerana itu. Aku merasa sedikit kecewa mengetahui perkara yang sebenarnya tapi dalam masa yang sama aku turut merasa lega bila Adam memberitahuku akan agendanya. Ia membantu untukku membina dinding kebencianku terhadap dirinya.

 

Adam ketawa kecil walaupun dia merasa terguris bila Era menuduhnya begitu. Sungguhpun dia mengakui dia seperti apa yang Era katakan tapi dia tidak dapat menerimanya dari mulut Era. Pedih bak sembilu menghiris hatinya.

 

“I’m sorry, I sanggup lakukan apa sahaja to make it up to you,” ujar Adam cuba menyembunyikan perasaan terharunya. Hatinya benar-benar hancur melihat kesedihan di wajah Era walaupun Era cuba menunjukkan wajah tabah. Salah satu sebab membuatkan Adam menghormati wanita itu. Dia tidak gentar menghadapi kebenaran.

 

“Berapa orang yang bet dan berapa jumlah bettingnya,” soalku ingin tahu. Dah alang kepalang biar aku tahu semuanya.

 

“Including me 5, total half a million,” jawab Adam seperti orang bingung.

 

“Wow, you have to win this bet,” jawabku memandang kearah wajah kacak Adam. Hatiku sayu bila perasan akan sinar kesedihan terpancar di anak matanya. Adam benar-benar menyesali akan perbuatannya walaupun dia cuba tidak mahu menunjukkannya dan mengakuinya.

 

“Excuse me, sorry,” ujarnya seperti orang terjaga dari mimpi tidak percaya Era berkata demikian. Adakah Era bergurau dan sedar akan apa yang dia katakan. Era mahukan dia teruskan pertaruhannya dengan Raoul.

 

“Half a mil is a lot of money, since I’m your bait you have to split up the money with me 50-50,” ujarku ketawa kecil.

 

“I give you all the money to make you happy, but I can’t continue I really can’t,” jawab Adam dengan nada mendatar.

 

“Please do so for my sake, I want you to win this bet,” jawab Era lalu tersenyum.

 

“I can’t, I’ll be a ba**** if I continue to accept this bet, please don’t make me feel like one I already am,” jawab Adam tidak setuju dengan cadangan Era yang tidak masuk di akal. Berterus terang dengan Era membuatkan dia membenci dirinya sendiri apatah lagi meneruskannya.

 

“Please for me, the least you can do for what you have already done,”

 

“Ok, not because I want too but because of you,” jawab Adam dengan berat hati. Walaupun dia tidak setuju namun dia sudah berjanji dengan Era akan melakukan apa sahaja permintaanya demi menebus kesalahannya.

 

“Good, just so you know, you dah berjaya dengan fasa pertama hanya fasa kedua bila kita tamat kontrak nanti,” ujarku cuba menelan kepahitan dan rasa terkilan bila mengetahui Adam menyahut cabaranku date denganku hanya untuk memenangi bet dan bukan kerana dia mahu mengenali ku. Aku sedar aku tidak layak berdampingan dengan dirinya. Siapalah aku hendak di bandingkan dengan wanita-wanita yang selalu di dampingi. Kini baru ku tahu akan layanan yang Adam berikan kepadaku selama ini hanya untuk memancing aku supaya termasuk di dalam jeratnya. Bahawa dia terpaksa berlakon sebagai kekasih perfect bila bersamaku hanya tujuan itu.

 

Bagai tersentap jantung Adam bila Era akui terang-terangan bahawa dia sebenarnya berjaya memenangi hati wanita itu. Tapi bagaimana dia boleh tidak perasan selama ini. Era tidak pernah menunjukkan kepadanya. Era bijak menyembunyikan perasaannya. Tapi Adam tidak merasa megah akan kenyataan Era kerana Era tidak mengetahui akan perasaannya yang sebenar terhadap dirinya. Era hanya menganggap dia berbuat demikian hanya untuk memenangi pertaruhan dan tidak lebih dari itu. Dan apa yang membuatkannya lebih membenci akan dirinya kerana dia tidak dapat berterus terang dengan Era dan terpaksa bersikap dayus menghancurkan hati wanita itu.

 

Adam tidak dapat menahan dirinya lalu memeluk Era.

 

“I’m really sorry Era, please forgive me,” ujar Adam tenang dia cuba menahan sebak dihatinya. Ingin sahaja dia meluahkan perasaannya pada Era. Namun dia tidak mahu mengeruhkan keadaan lagipun dia tidak tahu bagaimana caranya untuk dia berterus terang dengan Era. Dia tidak mampu menambah penderitaan wanita itu lagi. Dia tidak sanggup melihat kesedihan di wajah wanita itu. Jika dia terpaksa memenangi hati wanita itu sekali lagi dia sanggup lakukan apa saja.

 

Aku membalas pelukannya. Walaupun aku berjanji untuk menguatkan diri dan menghalang diriku untuk tidak menangis di depan Adam. Air mataku mengalir juga tanpa dapat ku tahan lagi. Sedih dan sebak kerana tidak termampu untukku memiliki hati Adam kerana aku benar-benar cintakan lelaki itu. Dan aku tidak mahu Adam mengetahui akan penyakitku biarlah ianya menjadi rahsia. Namun jauh di suatu sudut hati kecilku aku dapat merasakan bahawa Adam turut mencintai diriku walaupun Adam tidak pernah mengakuinya. Lagipun ia memudahkan aku untuk mengucapkan selama tinggal kepadanya jika Adam tidak mengakui mencintai aku.

 

“I dah maafkan you, attractive man like you susah untuk tidak memaafkan, I will fall head over heels again to fall in love with you,” ujarku cuba berseloka untuk meleraikan pelukan kami kerana aku tidak mahu terus hanyut dengan perasaanku terhadap Adam. Aku harus kuat menempuhnya.

 

Adam cuba tersenyum bila aku mengusiknya. Dia tahu aku cuba berbuat begitu agar kami tidak merasa janggal.

 

“Yup that’s my speciality, I’m an as*****,” ujarnya mengikut rentakku. Adam bangun mengangkat pinggan belen scramble egg ku lalu meletakkannya di atas meja kembali.
 

“So apa plan you untuk surprised kan I,” soalku dengan nada selamba cuba mengembalikan Era yang periang dan gila-gila. Era you must be strong.

 

I will marry you. Bisik Adam dalam hati. Dia tidak tahu dari mana datangnya idea tersebut tapi itulah jawapan yang terbit di dalam hatinya bila Era bertanya soalan demikian.

 

“Adam, shower me with your love, if not macamana I nak berlakon depan your buddies untuk meyakinkan mereka bahawa I benar-benar kecewa putus cinta dengan you, you have to make me crazy in love with you,” ujarku sengaja membuatkan Adam sakit hati.

    

“Era please stop tempting me,” jawab Adam tersenyum pahit cuba membuatkan Era berhenti berbuat demikian. Dia cuba sedaya upaya untuk meneruskan lakonannya tapi Era membuatkannya mustahil untuk melakukannya. Era suka menduga hatinya.

    

“Come on Romeo, I cuma ada 3 weeks to spend time with you, lepas itu I tak akan jumpa you lagi kita akan menjalani hidup seperti biasa, betul tak,” ujarku sambil bangun dari katil lalu menuju ke arah luggageku.
 

“Yup,” jawab Adam dengan wajah selamba. Dia tahu Era sengaja mahu menderanya namun sebagai lelaki dia tidak akan membiarkan egonya luntur. Dia akan cuba bersikap cool dan akan memastikan bahawa Era tidak akan lupa setiap detik mereka bersama.

 

“Kita nak pergi mana, I need to shower and dress, please don’t bring me to museum dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya, I don’t appreciate history,” ujarku jujur lalu menoleh ke arah Adam yang lagi duduk di sofa berdekatan dan masih lagi memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan lagi.

 

“It’s a surprised,” jawab Adam tersenyum sinis bangun dari sofa lalu menuju ke arahku dan mencium pipiku sebelum keluar dari bilik untuk menuju ke arah biliknya. Hatiku sayup bila dia berbuat demikian.


To be continue...

No comments:

Post a Comment