Sunday 7 July 2013

"How Can I Not Love U" - Part 22


Aku tersentak bila tiba-tiba terdengar suara orang berdehem. Aku menoleh kearah kiri. Seorang jejaka berdiri di sebelah Adam tersenyum ke arahku. Lelaki yang aku katakan seperti pernah aku lihat tapi tidak tahu di mana.

 

“Can’t sleep,” tegurnya.

 

Aku mengelengkan kepala lalu membuahkan senyum.

 

“Same here, would like to join me for a drink,” ujarnya ramah.

 

Aku menjeling kea rah Adam yang sedang berbaring tidak bergerak sedikit pun. Hmm betul ke dia tidur atau malas hendak melayan aku.

 

“Sure, why not,” ujarku tersenyum lagi. Aku bangun dari tempat dudukku. Aku melintas di hadapan Adam lalu menuju ke arah bar counter yang tidak berapa jauh dari tempat kami duduk. Belum pernah aku menerima pelawaan lelaki yang tidak aku kenali. Lebih-lebih lagi lelaki yang tampan sepertinya. Aku cuba mengingati akan siapa lelaki itu. Kami duduk di bar counter sambil mengorder minuman. Aku memilih mocktail Cheery Fizz manakala Fahmy turut memilih minum yang tidak ber-alkohol demi menghormati aku yang tidak minum walaupun aku tidak pernah menghalang dia untuk berbuat demikian. Oh ye namanya Fahmy Iskandar Daniel. Baru aku tahu siapa dia. Dia VJ MTV Asia yang terkenal. In person he’s better looking. Wajah Pan Asianya kelihatan ketara in person berbanding di TV. Kalau Utt kacukan Thai-American. Fahmy pula Malay-indian-American Seperti Utt, Fahmy juga Actor cum model. Fahmy di undang untuk menjadi salah satu host untuk acara IFFA awards yang akan diadakan di Cannes. Dia mengundang ku untuk acara tersebut kerana Fahmy di benarkan mengundang tetamu untuk acara tersebut dan Fahmy tidak mengundang sesiapa.

 



Adam membuka Terrace Eiffel Suite di Hotel Plaza Athenee, Paris yang ditempah untuk penginapan kami selama 2 malam di kota Paris. Walaupun Adam mengatakan business trip 1 minggu tidak semestinya kami menetap di Paris selama 1 minggu. Ok sejak tiba di Airport Charles De Gaulle tadi aku masih belum dapat menerima hakikat bahawa aku kini berada di kota Paris. Aku merasa seolah-olah aku sedang bermimpi. Walaupun keadaan cuaca di Kota Paris pada bulan June dijangka musim panas namun begitu pada waktu malam suhunya boleh jatuh ke tahap 13°C. Nasib baiklah aku bawak sweater dan shawl. Kalau tak mengokol aku malam nanti walaupun aku tahu di dalam bilik hotel ada disediakan heater. Oh ya lupa nak bagitahu aku terpaksa berkongsi Suite yang teramat cantik ini bersama dengan vampire. Si vampire tidak menempah bilik berasingan tak tahulah pulak kenapa. Tak apalah asalkan jangan dia buat perangai tak senonoh sudah. Berani dia. Nanti ku karate baru tahu. Jangan main-main aku belajar silat kat kampung dulu. Aku pasti dia kemari pun kerana tugas. Kalau tidak dia tak akan cakap business trip.
 
 

“Ok, you pilih bilik mana yang you suka,” ujar Adam selamba seraya menghenyak punggungnya di atas sofa. Aku tersengih bila Adam berkata demikian. Hehe. Bestnya aku menuju kearah salah satu bilik di Suite tersebut. Aku membuka pintu. Aku terpegun sekali lagi bila menyedari bilik kami betul-betul menghadap Eiffel Tower. Sungguh cantik. Aku keluar dari bilik seraya menuju kea rah bilik yang lagi satu. Ok bilik itu tidak kurang cantiknya tapi tidak betul-betul mengadap Eiffel Tower. Hanya nampak sisinya sahaja dan bilik itu kecil sedikit dari bilik yang pertama. Aku keluar dan menuju kea rah Adam yang masih lagi berada di sofa.

 

“I don’t know you choose for me, I tak nak lawan tokey,” ujarku seraya duduk di sofa berhadapan dengannya.

 

Adam menjeling bila aku berkata demikian. Dia bangkit dari sofa dan menuju ke arah bilik kedua yang terakhir aku masuk tadi lalu merebahkan badannya di atas katil tersebut.

 

“You take the other room,” laungnya dari dalam bilik kedua.

 

Aku menyengih kesukaan bila Adam berkata demikian. Aku perasan si vampire tu macam tak ada mood aje sejak mendarat tadi. Tak excited macam aku. Mungkin kerana dia terlalu kerap ke Paris jadi dia sudah biasa dan tak ada apa yang hendak di hairankan. Pelik tapi ni kan Paris bukannya Kuala Lumpur. Kalau akulah berapa kali kemari pun aku feel excited. City of Romance babe, mungkin hanya wanita sahaja yang akan berperasaan demikian. Lupa lak nak bagi tahu dalam flight tadi aku dan Fahmy exchange telefon number. Bukan aku yang minta tau tapi dia yang bagi. Lama juga kami berbual dari bar counter hingga ke seat. Dah macam kenalan lama. In the end aku tak duduk di seatku aku berpindah ke seat sebelah Fahmy yang kebetulan tiada orang duduk dan terlelap pun di seat tersebut. Aku terbangun bila pramugari mengejutku untuk makan breakfast. Bila aku toleh kearah seat Adam. Jejaka itu tidak kelihatan di tempat duduknya. Ke toilet barangkali. Aku cepat-cepat berpindah balik ke seat asalku.

 

“I want to take a nap, kalau you nak apa-apa call for Butler,” jerit Adam dari bilik sebelum menutup pintu biliknya.

 

Aku mengerutkan dahi hairan bila di berkata demikian. “Nap eh” boring sangat ke kota Paris hingga Adam tidak tahu hendak berbuat apa selain tidur. Nak katakan dia tak cukup tidur tak juga. Kerana aku perhatikan dia sedap tidur semasa di dalam flight tadi hingga tak sedarkan orang. Kalau aku lainlah. Memang aku tak cukup tidur. Kepala dah naik senoneng dibuatnya. Ini mesti ada benda yang tidak kena.

 

Aku menuju kearah bilik Adam lalu mengetuk pintu biliknya perlahan. Adam tidak menjawab. Aku mengetuk pintunya dengan kuat kali ini.
 
 

“Masuk,” jerit Adam kurang senang.

 

Aku menolak daun pintunya bila di arah masuk. Lelaki itu berdiri tercegat dengan hanya bertuala di pinggang. Patutlah dia tak jawab rupanya berada di dalam bilik air tadi. Aku menelan air liur bila tidak tersengaja terpandang dadanya yang berbidang. Six pacs. Sexy bangat.

 

“Sorry, I’ll come back later,” ujarku ingin keluar dari biliknya. Sebelum apa-apa berlaku baik aku beredar.

 

“Tak perlu, cakap aje apa yang you nak cakap,” jawab Adam melarang aku berbuat demikian dengan wajah selamba dia menuju kearah bilik air semula. Namun pintu bilik air tersebut dibiarkan terbuka sedikit agar dia dapat mendengarku.

 

“Err tak apalah, I tak ingat apa nak cakap tadi,” aku benar-benar tidak ingat apa yang aku hendak tanya dia tadi.

 

Adam mematikan shower dan kembali keluar dari bilik mandi bila aku berkata demikian. Badannya kelihatan basah sedikit bila aku menyedari air mengalir dari badannya. Aikk sekejap nah dia mandi tak sampai 5 minit. Era please focus on his face bisikku dalam hati.

 

“You dah habis mandi,” soalku macam budak selenge.

 

“Belum, tapi you yang buat I keluar dari shower,” soalnya seraya memandang wajahku dengan wajah kurang senang dan serius.

 

Serba salah aku di buatnya bila dia memandang wajahku sedemikian. Siapa yang tidak cair bila lelaki yang kita idamkan memandang kita dengan pandangan demikian. Fuyoo. Tapi dengan Adam aku terpaksa berhati-hati kerana dia pandai berlakon. Maksud aku dia kasanova teragung tidak mustahil dia master akan pandangan sedemikian.

 

“I nak tahu kenapa you tiba-tiba moody dengan I,” soalku tidak lengah-lengah lagi pasal takut terlupa lagi.

 

“You ignored me,” jawabnya ringkas kembali ke dalam shower room. Lalu menghidupkan shower.

 

“Bila masa I ignored you,” jeritku kuat agar dia dengar. Aku kurang faham akan jawapan yang Adam berikan. Dia ignore aku adalah. Sibuk sangat hendak tidur. Nasib baik ada si Fahmy tak lah aku boring sangat masa dalam flight tadi. Wait a minute Fahmy. I see. Dia jealous kerana aku berbual dengan Fahmy.

 

“Pasal I berbual dengan Fahmy,”

 

“Maybe,” jawabnya tidak mahu mengaku terang-terangan.

 

Aku menjeling bila Adam berkata demikian. Dasar lelaki ego tinggi melanggit. Kenapa susah sangat hendak mengaku bahawa dia jealous bila aku berbual dengan Fahmy.

 

“I thought you don’t bother, anyway I never stop you talking with other women,”

 

“You my girlfriend, remember?,” jawabnya seraya mematikan shower.

 

“Girlfriend olok-olok aje bukannya betul,” protesku lalu menukar posisi dudukku menghadap kearah pintu bilik. Takut si Adam terlupa bahawa aku berada di biliknya. Sebelum adegan yang tidak di ingini berlaku lebih baik aku beralih arah.

 

“You don’t have to do that, I’m all dress,” ujar Adam bila menyedari Era menukar posisi menghadap kea rah pintu bilik. “Truth, but I’m a man, I wouldn’t want my girlfriend to flirt with other guy, what does that make me look like, hope that you will understand my situation,” jawab Adam dengan wajah serious. Tiada senyuman yang terukir di bibirnya.

 

Ok no wonder dia bad mood sangat tadi. Manalah aku tahu dengan perbuatan aku tadi benar-benar mengugat keegoaan nya sebagai teman lelaki. Lagipun aku dengan dia bukannya pasangan kekasih betul-betul. Kalau kami benar-benar kekasih dia ingat aku hendak buat macam tu.    

 

“I’m sorry, I’ll be mindful next time, hopes everything back to normal,” jawabku lalu bangun dari katilnya menuju kearah pintu.

 

“I’m sorry too,” jawab Adam perlahan.

 

Aku tidak jadi melangkah bila menyedari Adam berkata sesuatu yang tidak pernah aku duga dia akan mengucapkannya kepada ku.

 

“Come again,” ujarku sengaja buat tidak dengar.

 

Adam mengerutkan dahinya tidak faham akan maksud aku.

 

“Apa you cakap tadi, I kurang dengar, ulang sekali lagi please,”
 
 

“Tak dengar,” ujar Adam seraya menghampiriku. Aku dapat terhidu cologne kegemarannya dan juga kegemaran aku. Mind blowing. Gulp dia dah buat lagi perangai flirting dia. Adam berdiri betul-betul rapat denganku. Tangan kirinya memegang tombol pintu menghalang aku dari lari. Dia menundukkan kepala untuk merapatkan bibirnya ke telingaku perbuatannya itu cukup membuatkan jantungku berdegup kencang dalam situasi tensed sedemikian. Adam sengaja, kerana dia tahu wanita lemah bila dia berbuat demikian.

 

“I’m sorry too,” ujarnya jelas dipendengaranku.

 

“Ok, please let me go,” ujarku kecut kerana tidak sanggup berada di dalam situasi demikian lebih lama. Takut aku tidak terkawal untuk cium pipi dia nanti. Hehe.

 

“Kenapa tak suka,” soalnya sengaja tidak mahu mengalihkan tangan dari tombol pintu tersebut.

 

“Suka tapi bukan dengan you,” ujarku sengaja hendak membuatkan Adam marah. Of courselah aku suka. Hello. This is Adam Matin Salvatore we talking about. Tapi disebabkan aku takut nanti aku ni cair macam ice cream di depannya lebih baik aku cabut.

 

Adam tersentak bila aku berkata demikian. Dia segera melepaskan tangannya dari tombol pintu. See. Senang aje hendak melunturkan ego Adam. Cakap aje macam tu mesti dia piss off.

 

“You sengaja buat macam tu kan,” soalnya memandang tajam kearah ku.

 

“Maybe,” jawabku ringkas lalu menutup pintu biliknya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment