Friday 19 July 2013

Gelare

Nak makan ice cream ke makan waffle eh? Hmm. Why not makan kedua-duanya sekali kan? Betul tak? And it’s Tuesday. Yay. Liza ajak aku pergi Gelare kat Suntec katanya dah lama tak makan waffle ice cream. Aku apa lagi setuju aje bila dia suggest makan dessert kat Gelare. Lamo bebenor oden tak mai makan kat sana noh. Hehehe. Kalau dulu ada A&W tak ler susah sangat. Banyak juga outlet yang boleh di pergi tapi setelah A&W food chain dah tak ada lagi kat sini. Hampa dan sedih hambo kerana tidak lagi dapat merasa makan waffle ice-cream. Nasib baiklah ada Gelare tak lah hamba kempunan.
Di Gelare setiap hari Selasa harga wafflenya setengah harga. Bestkan. Jadi kalau nak mengidam setkan hari Selasa kalau tak kena bayar harga penuh. Bukan kedekut tapi kalau di beri harga separuh why not kan. Hehe.
Waffle di Gelare memang enak dan lemak sekali. Wafflenya fluffy dan tak keras. Kalau keras pun bahagian hujung-hujung nye lah. Waffle Gelare ada dua jenis satu original dan satu lagi chocolate chips waffle (kalau nak yang ni kena bayar extra sedikit sebab di tambah coklat chips) Bagi yang terasa nak makan ala-ala breakfast tu boleh lah pesan waffle dengan maple sirup dan fresh cut fruits seperti strawberry atau mango itu pun dah kira nikmat dah. Tapi bagi yang hendakkan kedua-dua nikmat seperti aku lah kan. Ice Cream dan Waffle. Leleh air liur bila teringatkan kelazatan ice cream dengan waffle Gelare. Ice cream pilih sendiri flavor ape yang berkenan di hati. Dulu aku tamak order sama dua jenis ice cream hehe. Habis tu muak sendiri. Sampai cair kawan tu. Tapi kali ini aku sudah belajar dari kesilapan no more two scoop of ice creams. One scoop only dah cukup memadai. Antara Flavor ice cream kegemaran aku yelah Chocolate Overload, Cookies N Cream, Chocolate chip cookie dough, Jamaican Chocolate dan Swiss chocolate Caramel. Perasan tak semua flavor kegemaran daku semua chocolate. Bagi yang tidak meminati perisa coklat boleh mencuba, perisa yang Vanilla Bean, Wild Strawberry, Banana walnut dan etc. Ada juga sorbet bagi yang gemar ice cream yang sedikit masam dan berperisa buah-buahan seperti mango, Lemon dan raspberry. Pokoknya selera masing-masing. So hari tu aku memilih perisan ice cream Chocolate overload dengan whipped cream dan maple sirup. Sedapnya.

No comments:

Post a Comment