Friday 26 July 2013

Sweet Revenge - Part 4


              Lysa melirik kearah jam di dinding. Jarum jam menunjukkan hampir jam sepuluh malam. Arash masih di bilik pembedahan. Beberapa orang jururawat yang turut membantu di bilik pembedahan berulang alik membawa pelbagai peralatan pembedahan ke bilik operation teater di mana Arash berada. Alyssa tidak tahu berapa lama dia harus menunggu. Beberapa kali dia mendial nombor handphone Shima namun tidak dapat di hubungi kerana Shima mematikan handphonenya. Telefon di rumahnya langsung tidak di jawab. Alyssa mengeluh sendiri tak kan lah dia harus bermalam di hospital. Entah kenapa Alyssa tiba-tiba merasa bertanggungjawab ke atas diri Arash. Dia bukannya ahli keluarganya hanya sekadar pekerjanya. Sepatutnya dia sibuk menelefon ahli keluarga Arash terutama sekali Tan Sri Farihin. Tapi bagaimana dia hendak menghubungi Tan Sri Farihin sedangkan nombor telefonnya di Brisbane tak pernah Alyssa tahu melainkan Shima. Arash pula diibaratkan sebatang kara di Malaysia kerana ke semua ahli keluarganya berpindah di Brisbane kecuali dirinya.

 

            Deringan telefon bimbitnya benar-benar membuatkan Alyssa tersentak. Cepat-cepat dia menekan butang on.

 

            “Ahh apahal Alyssa sibuk nah cari aku sampai answering mesin aku padat dengan message kau,”ujar Shima dengan nada suara khuatir.

 

            “Aku ada berita baik dan buruk untuk kau,”jawab Alyssa mendatar.

 

            “Bad news first,”jawab Shima tak sabar hendak tahu berita baik dan buruk yang dimaksudkan oleh Alyssa.

 

            “Aku dah bersuami secara tak seng-,”

 

            “Oh my god kau kena tangkap basah,”ujar Shima seakan menjerit.

 

            “Please Shima, let me finish the sentence before you interrupt,”

 

            “O.k. what happen, I’m getting excited,”

 

            “Arash accident, cedera parah masih dalam operation teater,”ujar Alyssa seakan berbisik.

 

“Oh really that’s not a bad news, it’s heaven, so apa kena mengena dengan you pula dan apa maksud you dengan bersuami secara tak sengaja,”ujar Shima, dia pasti berita itu bukan sahaja mengembirakan mereka berdua malah pekerja lain juga.

 

“I pretended to be his wife, and they believe me, so what should I do now,”ujar Alyssa berjalan perlahan menuju ke arah corridor supaya perbualannya dengan Shima berjalan dengan lancar tanpa gangguan.

 

“You kidding aren’t you,”

 

“Do I sound like I’m kidding, Shima,”

 

“No, are you serious?”

 

“For once Shima I’m damn serious about this,”

 

“Dia masih hidup,”jawab Shima setelah pasti Alyssa tidak bergurau. Dan dia tahu soalan yang diberikan adalah soalan yang bodoh. Namun dia tidak ambil peduli.

 

“No idea, dah dekat empat jam I tunggu no news, so are you coming to accompany me or not,” ujar Alyssa kerana Shima masih tidak menawarkan diri untuk turut serta dengannya.

 

“So how do you feel being a fraud Mrs. Arash,”usik Shima.

 

“Oh please Shima sebut nama dia aje bulu roma aku berdiri nak jadi Mrs Arash, like hell,” ujar Alyssa wajahnya berkerut setelah mendengar usikan Shima yang sama sekali tidak menyenangkan hatinya.

 

            “Puan Alyssa,” laung seorang jururawat berjubah hijau mencari kelibat Alyssa.

 

            “Eh Shima I got to go now be here in 20 minutes, I can’t handle this Mrs. Arash kind of thing,” ujar Alyssa cepat-cepat di menekan butang off setelah kedengaran jururawat itu memanggilnya.


 
            “Doktor hendak bertemu dengan puan berkenan dengan suami puan,” ujarnya seraya berlalu.



To be continue...

No comments:

Post a Comment