Friday 26 July 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 30


Aku memandang kiri dan kanan mencari sasaran namun tiada seorang umat pun yang kami jumpa sepanjang jalan lorong kecil itu. Adam pula sengaja memandu laju agak aku tidak berpeluang untuk menangi peraduan gila kami. Adam memerlahankan keretanya untuk membelok ke kanan. Aku melirik ke arah sign board lalu tersenyum. Adam akan melalui jalan menuju ke arah laut. Peluang untuk menang masih ada kerana aku yakin di pantai pasti ramai lelaki berada di sana. Aku tersenyum lebar bila Adam memotong sebuah bus penuh dengan anggota askar america yang datang melawat pantai Cannes. Aku mencongak sendiri, dalam bus itu sahaja pasti memuatkan 40 orang. Aku pula punya 50 kuntum bunga.

 

“Why are you smilling,” usik Adam bila dilihatnya Era tersenyum sendiri sedari tadi.

 

“I’m winning,” jawabku tersenyum lebar.
 

“No you are not,” jawab Adam tidak mahu kalah.

 

“Yes, I am,” jawabku lebih yakin seperti yang ku jangkakan bus itu berhenti berdekatan dengan pantai Cannes. Adam memberhentikan keretanya secara tiba-tiba. Dia mencapai beg plastic berisi apples dan peaches lalu melompat keluar dari tempat pemandu lagak seperti secret agent atau MI6. Sempat dia mengenyitkan matanya kepadaku sebelum berlari ke arah wanita-wanita bikini yang menuju ke arah pantai tanpa memperdulikan aku yang masih lagi berada di dalam kereta. Mudah sahaja dia melakukan kerja tak berfaedah tu. Wanita-wanita itu menerima buah apple dan peach pemberiannya dengan senang hati. Malah sempat mereka memeluk Adam dan mencium pipinya.

 

Aku terlopong terperanjat bila Adam berbuat demikian. He can’t be so competitive. It’s not fair. I don’t see that coming from him. So childish. Aku segera mencapai bunga-bunga ku lalu berlari menuju ke arah kumpulan askar america yang berhenti di pantai tersebut.

 

“Excuse me sir, free flower for you,” jeritku dari jauh ke arah kumpulan askar tersebut. Salah seorang dari mereka menoleh ke arahku yang berlari menuju ke arah mereka.

 

“Flowers from pretty woman like you anytime sweetheart,” ujar askar yang wajah macam pelakon dari siri drama JAG menyambut sekuntum bunga dariku. Aku tersengih gembira bila berjaya menjalani misiku walaupun baru sekuntum.

 

“How about me baby, no flower for me,” usik teman di sebelahnya sambil tersenyum memandang wajahku ku.

 

“Sure, how many of you guys here,” ujarku sambil tersenyum.

 

“There’s 30 of us,” ujar askar yang handsome tu lalu mencium bunga pemberianku.

 

Aku memberi seorang demi seorang dari mereka. Hilang perasan maluku demi untuk menang. Ikutkan jangan kata lelaki ang moh lelaki melayu pun belum tentu aku berani berbuat demikian. Ini semua angkara Adam mencabar aku membuat kerja tak senonoh ini.

 

“Give me a hug,” ujar salah seorang dari mereka bila aku menyerah sekuntum bunga kepadanya lalu memelukku. Aku tersentak bila askar itu memelukku tanpa sempat aku memprotes. Oh ok. Aku menepuk belakangnya perlahan. Askar itu meleraikan pelukannya. Phew panik aku sekejap bila dia berbuat demikian. Mataku melilau mencari kelibat Adam berharap dia dapat menyelamatkan aku dari keadaan yang ku sangka dapat aku kawal. Mataku tertangkap ke arah Adam yang berdiri tidak jauh dari ku. Seolah-olah bersedia untuk menyelamatkan aku.

 

“Help me,” ujarku tanpa bersuara berharap Adam dapat menangkap akan maksudku. Apa taknya sebaik sahaja aku memeluk salah seorang dari mereka yang lain pun nak sama. Parahlah, aku bukannya biasa dengan benda-benda ni semua. Kalau dengan Adam lainlah.

 

Adam menuju ke arah ku sambil menepuk bahu askar yang memelukku.

 

“Ok guys, hope you like the flowers,” ujar Adam ramah untuk menyelamatkan keadaan. Dia tahu Era tidak biasa dengan budaya barat seperti memeluk lelaki yang tidak dikenali dan mencium pipi mereka.

 

“You must be the lady man,” tegur askar yang bernama Morgan.

 

“Yup she’s my lady,” jawab Adam sambil merangkul pinggangku dan mencium tanganku menunjukan kemesraan di depan askar-askar tersebut. Aku hanya mampu tersenyum kelat kerana tidak berani lagi membuat kerja gila seperti ini. Nasib baiklah Adam pandai melakukan sesuatu.

 

“Wow, you’re lucky to have her man,” ujarnya seraya menepuk bahu Adam.

 

“Thanks man, hope you enjoy your stay here in Nice,” ujar Adam kami meninggalkan mereka lalu menuju ke arah kereta.

 

“Thanks Adam,” ujarku mengeluh lega. Di tanganku masih lagi terdapat beberapa kuntum bunga. Serik pulak rasanya hendak approach lelaki kat sini. Nasib baik Adam ada kalau tak boleh nangis di buatnya. Aku sempat menjeling ke arah tempat duduk belakang kereta. Plastic berisi apple dan peach tidak kelihatan langsung. Adam berjaya memberi semua buah-buahan itu ke?

 

“Ok you win,” ujarku seraya menjeling bila Adam seakan-akan sedang menunggu aku declare kalah dengannya.

 

“Yup, first round ada lagi 2 round,” ujarnya lalu menghidupkan enjin kereta.

 

“Apa maksud you ada lagi 2 round,” soalku kurang faham akan maksudnya.

 

“Ada lagi 2 challenge, seafood challenge dan karaoke challenge,” ujarnya tanpa menoleh ke arahku kerana menumpukan perhatian ke atas jalan raya.

 

“I tak naklah,” jawabku kerana serik dengan peristiwa tadi.

 

“Why it’s fun, come on sweetheart who knows this will be the last time we having fun together,”

 

“Whatever you say honey,” jawabku tersenyum gelihati pertama kali aku melihat perangai keanak-anakan Adam.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment