Friday 26 July 2013

"How Can I Not Luv U" - Part 31


Kami berhenti di salah sebuah bistro seafood yang terletak berdekatan dengan pantai Cannes. Perut mula berkeroncong setelah puas menjelajah French Riveira dan beberapa buah Museum (sungguhpun aku tak suka pergi museum) tapi terpaksa pergi kerana Adam hendak sangat pergi. Aku ikutkan sahaja. Sempat juga aku membeli beberapa buah tangan yang unik dan cute untuk ku beri kepada Nadia. Adam he’s being such a darling boyfriend bayarkan segala pembelian aku, bawakan beg shoppingku, bukakan pintu untukku. He’s gentleman. (ok mode yang tak pernah aku lihat sebelum ini di KL). Dan dia kelihatan hot dengan imej holidaynya maksud aku “No suit”. Aku sebenarnya sukakan lelaki yang decent. Yang setia pada yang satu dan tidak womanizer. Malah aku tidak pernah mahu teman lelakiku seperti Adam sebab aku tidak mahu makan hati dengan perangai kasanovanya. Tapi bila mengenali Adam aku tidak dapat menafikan bahawa aku jatuh hati dengannya pun kerana imej bad boynya yang suka menyakitkan hati. Pada pandangan aku setiap kali bersama Adam it’s like challenging for me, kerana bukan mudah untuk membuatkan hot and dangerous kind of man macam Adam untuk melayan wanita sebaik seperti sekarang ini. He’s in hot demand. Tiap kali Adam berbual dengan kaum hawa tak kiralah yang tua, muda, ordinary looking atau yang cantik belum pernah aku lihat wanita-wanita itu tidak akan terpikat dengan charmnya. Kenapa aku cakap macam itu kerana sekarang ini dia sedang berbual mesra dengan pelayan restaurant wanita yang matanya tidak lepas-lepas dari terus memandang ke wajah good looking Adam. Aku hanya mampu tersenyum melihat mereka berbual dalam bahasa peranchis. Aku sudah lali dengan perangai kasanovanya dan semacam tidak reti lagi untuk merasa cemburu kerana Adam tidak pernah melindungi perangai buruknya itu. Lama juga aku perhatikan mereka berbual. Wanita itu tersenyum-senyum meleret bila Adam memujinya (aku agak aje kerana dia berbual di dalam bahasa peranchis manalah aku faham). Wanita itu menganggukkan kepala lalu pergi meninggalkan meja kami.

 

“What are you smilling at,” soal Adam bila dilihatnya aku tersenyum ke arahnya.

 

“Tak ada, I cuma kesiankan wanita yang menjadi kekasih you, boleh ke dia terima perangai you,” soalku sambil meneguk air putih.

 

“Interesting question,” jawab Adam lalu tersenyum dia memandang ku dengan memberi aku pandangan mysterious. (hehe..si Vampire ni ada pelbagai pandangan..kalau dia mengutuk dia akan memberi pandangan sinis dan dia hanya senyum sikit sahaja..kalau dia cuba memikat wanita..anak matanya yang berwarna hazel akan kelihatan sedikit jernih dan senyuman yang di berikan senyuman mengoda yang jarang aku lihat melainkan tujuan itu..dan pandangan teka teki atau lebih dikenali pandangan mysterious dia akan memandang tepat ke arah anak mata seseorang lalu tersenyum diantara senyuman sinis dan senyuman mengoda..itulah sedikit sebanyak pandangan dan senyuman Adam Matin)

 

“Well,” soalku ingin tahu.

 

“I’ll change,” jawabnya ringkas tanpa mengulas panjang.

 

Aku ketawa kecil sambil mengelengkan kepala kerana tidak berapa yakin akan jawapan Adam. Semudah itu.

 

“Kenapa tak percaya,”

 

“Bukan tak percaya tapi susah untuk I percaya yang you akan berubah hanya untuk seorang wanita,” jawabku lalu meneguk air putih lagi.

 

Adam tidak menjawab dia hanya tersenyum seraya menganggukkan kepalanya perlahan tanda mengerti akan maksudku namun dia tidak membidas kata-kataku bila aku mempersendakannya. Atau mungkin kerana pelayan wanita yang berbual dengannya tadi kembali ke meja kami bersama seafood platter. Bulat mataku bila wanita itu meletak cold dish seafood platter di atas meja kami. Mana seafood yang sudah dimasak. Aku tidak suka makan makanan yang tidak di masak atau separa masa terasa kembang tekakku dengan hanya melihat langoustine, oyster dan beberapa jenis cold dish di atas platter tersebut. Adam sengaja hendak mendera ku.



“Bon appetite,” ujar wanita itu seraya meninggalkan kami.

 

“You must be kidding me,” jawabku bila Adam mengambil sebiji oyster dan lemon lalu meletakkan ke atas piring kecil lalu menyerahkan kepadaku.

 

“Try, I bet you tak pernah makan raw oyster,” ujarnya memerah lemon di atas oyster tersebut bersama sos tobasco lalu dihirupnya isi oyster dari kulitnya dengan sekali hirup. Aku perhatikan Adam begitu mudah menelannya seolah-olah tiram itu sudah di masak.

 

“Ok I give up, you menang,” ujarku menolak piring tersebut. Mengalah sebelum mencubanya terlebih dahulu.

 

“Come on, it’s fun you belum cuba lagi, you cuba satu then kalau tak suka I will finish the rest,” pujuk Adam. Dia mengambil tiram yang sudah di perah lemon dan sos tobasco lalu menyuakannya ke mulutku.

 

Aku menutup hidungku kerana khuatir sekiranya terbau hanyir tiram itu akan membuatkan aku muntah. Hendak tak hendak terpaksa juga aku membuka mulut. Adam cuba menahan tawa bila wajahku kelihatan lucu seolah-olah di paksa makan ubat lagaknya. Aku mencubit lengannya bila dia mentertawakan aku. Adam mengeliat kecil bila terkena cubitan berbisa ku. Sepantas kilat aku menyambar ice lemon tea sebaik sahaja aku menelan oyster tersebut. Aku memberinya isyarat bahawa aku tidak mahu lagi mencuba cool dish yang terdapat di atas platter tersebut tekakku terasa kembang sebaik sahaja menelan osyter aku cuba menahannya dengan banyak membilas dengan air suam dan menghisap jus lemon. Serik rasanya. Kalau disuruh makan lagi aku rasa pasti seluruh makanan yang ku makan hari ini akan terkeluar dari perutku.

 

Sil vou play Monsieur!,” ujar Adam sambil melambai kearah pelayan lelaki.

(Excuse me)

 

“Oui monsieur, vous désirez?,” (Can I help you sir?)       

 

“Je vourdais Poisson et pommes frites, s'il vous plait? Elle ne peut pas manger de fruits de mer crus,”

(I would like to have fish and chips,  please? She can’t eat raw seafood)

 

“Oh, je vois, la pauvre,” (Oh I see, poor thing)

 

“Ouais, elle ne sait pas ce qu'elle manqué,” jawab Adam seraya tersenyum.

(Yeah, she don't know what she's missing)

 

Voulez-vous autre chose, monsieur?,” (Do you want anything else, sir?)

 

“Non Merci, ce serait tout,”

(No thanks, that would be all)

 

“Oui, monsieur,” (Yes sir.)

 

Entah mengapa aku merasa terpesona bila setiap kali Adam berbual dalam bahasa peranchis. Bukan sahaja Adam fasih dalam bahasa itu cara dia berbual seperti penduduk tetap di France.

 

“Why are you looking at me like that,” tegur Adam bila Era tiba-tiba memandang ke arahnya sambil tersenyum meleret.

 

“Selain bahasa peranchis bahasa apa lagi yang you tahu bertutur,” soalku sambil menungkat dagu memandang tepat ke wajah good looking Adam atau lebih tepat lagi ke arah mulutnya. Aku suka akan senyumannya.

 

“Italian, Spanish, Oh in case you tak tahu I punya darah Italian, my father side,” jawabnya ringkas tanpa rasa megah.

 

“Really, say something in Italian,” ujarku ghairah.

 

“Non avete idea di quanto ti amo,” (You have no idea how much I love you)
 

“Ok what’s that,” soalku ingin tahu akan makna perkataan yang di sebut Adam tadi. Amazing sounds beautiful.

 

“Meaning, I don’t like to speak in Italian,” jawab Adam selamba tanpa memberitahu Era akan maknanya yang sebenar.

 

“Scusa ti ho sentito dire che la ami, non lo sa?,” (Sorry I overheard you said that you love her, does she knows?) tegur seorang wanita cantik yang duduk tidak jauh dari meja kami. Aku sedar wanita itu perhatikan kami berdua sedari tadi. Dia tersenyum bila terdengar Adam berbual dalam bahasanya.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment