Sunday 7 July 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 24


Dr. Azman menatap wajah anak muda itu lama. Affendy menundukkan wajahnya. Dia tidak dapat lari dari kenyataan bahawa Dr. Azman mengenali dirinya. Dengan Anisha dia masih dapat mengelak kerana Anisha tidak pernah melihat atau mengenali wajahnya. Dengan Dr. Azman dia tidak dapat berbohong. Affendy sendiri terperanjat bila Dr Azman menegurnya semasa dia duduk sendirian di Café bila Amirul sudah pergi meninggalkannya tadi. Dia tidak menyangka Dr. Azman dan isterinya memilihara Anisha selepas pembedahan. Ini semua Allah sudah tentukan.

 

“Kenapa Fendy tidak terangkan keadaan yang sebenar kepada Amirul,” tegur Dr. Azman memandang kearah Affendy.

 

Affendy mengeluh kecil.

 

“Macamana saya hendak memberitahu Amirul, saya tidak sampai hati hendak mengecewakannya,” jawab Affendy perlahan.

 

“Dengan cara mendiamkan diri begini, Fendy bukan sahaja meracuni jiwa sendiri malah tiga jiwa,” terang Dr. Azman. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah Affendy. Affendy berdegil tidak mahu rahsianya terbongkar. Dia mahu majlis perkahwinan Amirul dan Anisha berjalan dengan lancar. Sebelum Ansiha tahu bahawa dia adalah abang longnya Anisha bahagia. Kebahagian Amirul dan mamanya adalah penting buat dirinya. Dia banyak terhutang budi dengan mereka. Mamanya yang menjaganya dari kecil. Mereka yang memberinya kasih sayang dan memberinya nikmat hidup berkeluarga. Affendy tidak pernah lupa semua itu.

 
“Dah tiada jodoh antara saya dengan Anisha, Dr Azman, saya harap Dr. dapat membantu saya merahsiakan perkara ini dari pengetahuan sesiapa,” ujar Affendy seraya bersalaman dengan Dr. Azman. Tidak sanggup dia berada lebih lama di Café bersama Dr. Azman. Tidak mahu mengimbas kembali akan kenangan semasa dia berada di hospital bila setiap kali menemani Anisha menjalani rawatan sebelum pembedahan. Terlalu banyak kenangan.

No comments:

Post a Comment