Tuesday 30 July 2013

"Soal Hati"

Tentu orang ingat aku ni suka menonton cerita romantic mat saleh je kan? Tak juga. Aku suka juga menonton cerita romantik melayu komedi dan filem romantik Hindustan. Filem melayu romantic yang menjadi pilihan aku juga best adalah “Soal Hati” (2000). Bukan sahaja lakonan Aflin Shauki mencuit hati, dan juga Aflin kelihatan cute ler sesangat. Masa filem itu Encik Aflin Shauki kita masih maintain. Dan gandingan Erra Fazira dengan Aflin dalam memainkan watak dalam cerita Soal Hati memang serasi. Aku dapat merasakan mereka selesa berlakon bersama dan Aflin Shauki terkenal dengan sifat happy go luckynya pasti membuatkan orang tersenyum melihat gelagatnya yang lucu dan spontan. Kenapa aku sukakan filem ini? Selalunya dalam cerita cinta kebanyakkan hero lelakinya mestilah handsome, macho dan sebagainya. Tapi kali ini hero dalam cerita cinta Soal Hatinya cute, tak kurang handsome, playboy dan kelakar. Kombinasi yang baik kan.
Oklah akan ku tulis akan plot cerita Soal Hati.
Ahmad Daniel (Aflin Shauki) seorang ahli koporat berjaya yang masih belum berumahtangga walaupun usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga. Ahmad Daniel yang terkenal dengan perangai playboynya pantang bertemu akan wanita-wanita cantik dan seringkali bertukar-tukar pasangan. Setelah di desak ibunya yang penat melihat karenah anaknya yang tidak mengambil serious untuk berumahtangga maka dia menetapkan syarat agar Daniel berkahwin dalam masa setahun. Suatu hari Daniel menemani salah seorang teman wanitanya membeli belah. Teman wanitanya itu memarahi seorang jurujual yang melanggarnya. Teman wanitanya itu telah memecahkan cermin mata Ain (Erra Fazira) dan pergi begitu sahaja. Ain seorang wanita yang berpendirian tetap tidak berdiam diri. Dia meminta teman wanita Daniel membayar ganti rugi akan cermin matanya yang rosak. Disebabkan kelakuannya Ain di minta masuk ke pejabat manager yang bertugas. Daniel yang menyaksikan kejadian itu tidak menyalahkan Ain kerana apa yang dia lakukan adalah betul ini membuatkan teman wanitanya mencabar Daniel untuk mendapatkan Ain. Daniel menyahut cabaran teman wanitanya dan meminta pandangan pemandu peribadinya untuk mengintip dan mendapat tips bagaimana hendak memikat gadis seperti Ain.
Pemandunya mengatakan Ain seorang gadis yang baik dan cara hendak memikatnya bukan cara seperti selalu dia memikat wanita. Daniel hendaklah merubah imejnya seperti orang biasa. Mendengar saranan pemandunya Daniel mengikut sahaja. Setiap hari Daniel akan berada di perhentian bas dimana Ain selalu berada untuk mendapatkan perhatiannya. Sehinggalah suatu hari Daniel mengupah seseorang untuk menyerangnya kononnya dia membantu menyelamatkan Ain. Sudahnya Daniel di belasah teruk oleh lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri Ain. Ain pula yang menyelamatkan Daniel kerana Ain pandai bersilat. Dari situ mula pertemuan demi pertemuan diantara Daniel dengan Ain. Bila Daniel di kehendaki ke luar negara dia akan berpesan kepada pemandu peribadinya untuk menjaga Ain agar tiada sesiapa yang menganggunya.
Daniel mula jatuh hati pada Ain bukan hanya kecantikannya juga keperibadian wanita itu. Sejak berkenalan dengan Ain, Daniel mula meninggalkan kegiatannya dan mula berjinak-jinak belajar solat dan sebagainya. Pakcik Ain tidak begitu menyenangi Ain berkawan dengan Daniel kerana menyangka Daniel pemuda yang tidak mempunyai wawasan dan masa depan. Dia mahu menjodohkan Ain dengan temannya namun di bangkang oleh isterinya kerana Ain adalah anak saudaranya dan dia sukakan Daniel. Daniel sedar dia harus berterus terang kepada Ain mengenai dirinya yang sebenar tapi tidak punya kesempatan yang baik untuk berterus terang pada Ain.
Pakcik Ain yang seringkali mengharapkan temannya membantu untuk dia mendapatkan kelulusan pinjaman wang mengambil keputusan untuk ke pejabat jabatan kewangan terbesar untuk mendapatkan pinjaman. Pakciknya terperanjat bila mengetahui Ahmad Daniel adalah pengurus kewangan di syarikat tersebut dan meminta maaf kepada Daniel kerana selalu bersangka buruk terhadap dirinya. Daniel meminta pakcik Ain merahsiakannya kerana dia sendiri mahu memberitahu Ain siapa dirinya yang sebenar. Pakcik Ain bersetuju dan menyimpan rahsia Daniel.
Suatu hari ketika Ain pulang dari kerja dia ternampak seseorang yang menyerupai Daniel keluar dari bangunan syarikat kewangan terkemuka. Ain mengambil keputusan untuk menyiasat dan mengintip sendiri. Dia bertukar shift dengan teman sekerjanya supaya dia dapat pulang awal. Berhari-hari Ain cuba mengenal pasti akan lelaki yang dia pasti adalah Daniel. Setelah mengenal pasti lelaki itu adalah Daniel. Ain mengambil keputusan untuk bersekemuka dengan Daniel.
Ain ke pejabat Daniel dimana tergantung beberapa frame gambar Daniel sebagai pengarah kewangan di syarikatnya. Ain berselindung di sebalik pintu sebaik sahaja pintu bilik Daniel dibuka. Sebaik sahaja Daniel keluar dari bilik Ain menyelinap masuk ke dalam biliknya dan bersembunyi di belakang pintu. Pemandu peribadi Daniel terperanjat bila mendapati Ain berada di belakang pintu seketika itu juga Daniel masuk ke dalam pejabatnya tanpa mengetahui Ain berada di belakangnya. Setelah melihat pemandunya kelihatan pucat Daniel mengatakan bahawa wajahnya sama seperti waktu mula-mula dia cuba memikat Ain dan semasa itu Ain berada di belakangnya.
Rahsia Daniel terbongkar bila Ain mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Ain kecewa dengan sikap Daniel kerana tidak berterus terang dan mempermainkan hati dan perasaannya selama ini. Ain mengambil keputusan untuk pindah ke kampong dan tinggal bersama neneknya. Daniel mencari Ain di merata tempat untuk meminta maaf dan mahu berterus terang bahawa dia sayangkan Ain. Happy Ending.
Romantik tak? Cute kan. Soal Hati ada sequel Soalnya Siapa? Tapi secara peribadi aku sukakan Soal Hati.  

2 comments:

  1. huish...plot akhir tu salah... sebelum dia nk siasat daniel, daniel kantoi berpegangan tangan dan berlaga pipi dgn tania...gf daniel...

    ReplyDelete
  2. haha betul tu tapi kalau di ceritakan semua kat sini dah tak best lagi..lebih baik tonton filem nya

    ReplyDelete