Friday 26 July 2013

Sweet Revenge - Part 3


Aku berjalan pantas menuju kearah ambulance dimana Arash sudahpun di tempatkan di katil sorong untuk di masukan kedalam perut ambulance. Aku mendapatkan salah seorang paramedic dan memberitahunya bahawa aku mengenali si mangsa. Paramedic tersebut itu menyuruhku mengekori ambulance mereka dari belakang memandangkan aku turut memandu. Otakku seperti tidak dapat berfungsi dengan baik. Mungkin kerana terperanjat bila menyedari bahawa mangsa kemalangan itu adalah orang yang ku kenali. Sepanjang perjalanan fikiran ku hanya tertumpu kepada Arash. Dapatkah dia diselamatkan? Hatiku menjadi tidak menentu. Walaupun hakikatnya aku teramat benci akan Arash namun sebagai seorang insan sebenci manapun hati siapa yang tidak tersentuh melihat keadaannya yang terlantar lemah.

 

            Aku mengacu penumbuk ke arah bilik Arash setelah menutup pintu biliknya dan kembali berjalan menuju ke arah Shima yang dari jauh tersenyum memerhatikan kelakuannya.

 

            “Apa lagi si jan tu buat pada kau,” tegur Shima seraya membetulkan cermin matanya yang agak melurut.

 

            “Macam bab- aku buat amendment penat-penat, sikit pun dia tak tengok lepas tu suruh buat report lain, tak ke macam bab- tu,” jawab Alyssa melepaskan geram merah padam muka dia setiap kali keluar dari bilik Arash.

 

            Shima hanya tersengih bukan sekali dua dia mendengar keluhan Alyssa sudah acap kali. Malah dia sendiri tidak tahan dengan perangai Arash yang melampaui batas.

 

            “Habis tak kan kau acu penumbuk kat pintu bilik dia aje,” usik Shima kerana dia juga senasib dengan Alyssa. Arash tidak kira siapa. Pekerja lelaki atau perempuan kalau perkara yang tidak menyenangkan dia tidak teragak-agak untuk memarahi mereka. Begitu sadisnya perangai dan kelakuan Arash Zakuan yang tidak bertimbang rasa itu.

 

            “Eh bukan itu saja, aku cabar dia buang aku kalau dia tak puas hati,” ujar Alyssa lagi dia tersenyum puas gembira melihat reaksi Arash apabila dia mencabar akan meletak jawatan 24 jam.

 

            “Oh really,” jawab Shima seraya menekup mulutnya. Tidak percaya Alyssa sanggup berbuat begitu. Kerana padanya tak ada guna melayan jan tot..tu dah memang perangainya mengalahkan anjing gila.

 

            “Apa kau ingat aku boleh tolerate dengan perangai ego dia, no way, ini Lysalah aku tak akan tunduk dengan telunjuknya, kalau dia nak sack aku fine, aku boleh cari kerja lain namun hendak berlutut dengannya sorrylah malam sikit,” jawab Lysa lagi.

 

            “O.klah aku nak keluar nak beli pistol automatik mana tau terdesak boleh juga aku lepaskan sedas dua pada si jan tot..tu,”ujar Shima seraya ketawa. Lysa yang mencuka turut ketawa gelihati mendengar lawak spontan Shima. Kebetulan Arash lalu di hadapan mereka makin kuat lah ledakan tawa mereka tanpa mempedulikannya. Arash hanya mendengus marah kerana dia pasti kedua-dua pekerjanya itu sedang memperkatakan tentang dirinya. Dia tahu kedua-dua pekerjanya itu tidak menyenangi dirinya. Ikutkan hati hendak sahaja dia memberhentikan kerja mereka. Tapi dia tidak dibenarkan berbuat demikian di atas permintaan papanya yang sayangkan kedua-dua pegawai akaun dan pegawai juruteranya. Sebab itu Arash tidak membagi muka kepada mereka. Arash tetap dengan egonya tidak akan bertolak ansur dengan mereka kerana tidak mahu di pandang lemah di depan mata pekerja-pekerja yang lain.

 

            Setelah kelibat Arash tidak kelihatan. Mereka tersenyum gembira kerana mendapat maklumat dari Jannah bahawa dia akan ke Jepun selama seminggu untuk projek terbesar dari syarikat Jepun. Sudah tentu selama seminggu officenya dalam keadaan tenang dan aman tanpa kehadirannya.

 

            “Lysa kau ingat tak dengan joke kita,”ujar Shima secara tiba-tiba.

 

            “Yang mana, kan ke kita ni banyak joke,”

 

            “The one yang kita khaskan untuk jan tot..tu,” Shima cuba mengingatkan Lysa tentang joke yang di reka khas buat insan bernama Arash.

 
            Alyssa tersenyum lebar.



            “You mean licence to kill,”ujar Alyssa

 
            Shima menganggukan kepalanya kerana Alyssa masih ingat akan Joke mereka. Apa taknya kalau diaorang ada licence to kill top list sudah pasti Arash.

 
To be continued...

No comments:

Post a Comment