Friday 19 July 2013

Fika

Ingat lagi tak aku ada kata hendak bagi review tentang meatball halal yang lagi satu, iaitu restaurant Fika yang terletak di lorong Arab Street. Haha nak tahu akan alamat penuh tu nak kena google. Ok ini kerana kebetulan shopping kain untuk hari raya kat Arab Street, singgah makan di restaurant Fika kerana tekak tidak mahu makan Briyani atau Murtabak yang famous kat Arab Street. No murtabak today. Jadi aku order meatball Fika. Sepertimana yang aku katakan very presentable kerana ia di sediakan di atas pinggan ceramic dan bukan pinggan melamine. Then again aku bukan nak makan pinggan kan? Tapi nak makan meatball. Agak2 koranglah kan restaurant-restaurant present food diaorang cantik-cantik sebab apa eh? Sebab untuk menaikkan selera anda. Melihat sahaja makanan anda kelihatan presentable secara automatic otak kita mesti dah set wah mesti sedap ni. So presentable itu penting untuk first impression. Makan pun mesti ada first impression jugak. Kalau tengok tak menyelerakan mesti kita tak sentuh kan. Melainkan orang lain pernah makan dan rekomen kuat kat kita mengatakan makanan tu sedap. Barulah kita berani cuba. Kalau tak kita by pass aje makanan itu kerana tidak tampak menarik. Haha dah lorat lah pulak cerita pasal presentable.
 
Berbalik pada meatball tadi. Serving Fika tidak se generous di Ikea. Ikea terdapat 10 ketul meatballs. Manakala Fika kurang 2 ketul. Haha kurang dua ketul pun nak kira. Tak lah sebabnya saiz meatballs di Fika kecil sedikit berbanding Ikea meatballs. So size matters. Kalau ada baca review tentang meatballs di Ikea ada perasan tak sauce Ikea dan Fika berbeza. Sauce Ikea mereka gunakan mushroom sauce dan Fika sauce yang di gunakan adalah cream sauce. Selain dari meatballs, potato gratin dan lingon berry sauce, pada meal tersebut turut diberi small portion of salad. Itu perbezaan diantara meatball di Ikea dan Fika. Ikea hanya diberi meatballs, whipped potato dan lingon berry sauce tak ada salad. Meatball Fika yang di marinate dengan perasa dan herb secret recipe mereka memang ummphh.
 
 
So verdict. I go for Fika meatballs! Yay! Walaupun serving meal yang pada mulanya aku rasa macam sedikit dan tak cukup untuk tank aku, surprisingly it’s just nice for my belly. Hehe mungkin kerana adanya salad membuatkan aku kenyang dan lagi aku sememangnya sukakan akan cream sauce maka semuanya blend in cantik dan sedap sampai licin ku bedal. Alhamdullilah.

No comments:

Post a Comment