Sunday 7 July 2013

"How Can I Not Love U" - Part 21


Aku cuba mengawal perasaan gembira dengan berlagak cool bila ketua pramugari Air France membawa kami ke arah First class cabin. Ok kalau tak mengenangkan aku bersama si Vampire. Dah lama aku menjerit kesukaan. Yuhoo First class babe. Dulu masa pergi umrah aku hanya duduk di ekonomi. Tempat duduk ngam-ngam kalau duduk dengan orang yang lumayan penyek lah. First class boleh baring kat atas lantai lagi. Hehe. Hilang mengantukku yang tadinya layu. Thanks Adam (ucapku dalam hati). Kalau tak kerana dia aku tidak akan merasa duduk di First class dan ke Paris. Aku memilih tempat duduk di tepi tingkap. Mataku sempat menjeling ke arah salah satu passenger yang aku rasa familiar. Tapi tak ingat siapa.

 

“Welcome aboard sir, madam, would you like to have a drink,” soal pramugari yang rupanya ala ala model Guess. Aku yang wanita tulen turut terpesona bila sahaja terpandang akan wajah cantik pramugari tersebut. Adam di sebelah berlebih-lebih lagi. Yelah jantan memang pantang nampak perempuan cantik. Apalagi si kasanova di sebelah ku.

 

“Champagne please,” jawab Adam dengan wajah selamba seraya menoleh kearah aku.

 

Aku menjeling bila dia dah mula buat benda-benda yang tak senonoh. Dia tahu aku tidak suka tapi dia buat tidak peduli. Lantaklah seperti yang aku katakan kubur masing-masing jawab sendiri.
 
 
“Nothing for me please, thank you,” jawabku seraya menjeling kea rah Adam yang sengaja memandang kea rah punggung pramugari tersebut sedari tadi. Geram juga aku melihat perangai kasanovanya yang tak sudah-sudah. Kalau boleh nak piat aje telinga dia macam budak kecil supaya boleh behave.

 

“Cukuplah tu, macam nak terkeluar biji mata,” ujarku menyindirnya.

 

“Are you talking to me,” jawab Adam seraya menoleh kearah Era.

 

“Tak-tak I’m talking to the window next to me,” jawabku seraya mengetap bibir menahan geram. Memang sepanjang perjalanan ke airport aku sengaja tidak mahu berbual dengan si Vampire tu. Biar dia tahu aku tidak suka di ganggu. Si Vampire pulak tidak cuba untuk mengambil perhatian aku. Dia buat donno aje seolah-olah turut merasa senang dengan plan aku untuk berdiam diri. Hissh. Hantu betul. Nah sekarang dia cuba mengusik aku bila aku mula berbual dengan dia. Kalaulah sepanjang 2 minggu aku dan dia terus-terusan bertekak macam anjing dengan kucing apa faedahnya percutian aku di Paris tidak bermakna.

 

Adam tidak menjawab malah tersenyum meleret bila berjaya membuatkan Era merasa sakit hati.

 

Aku menjeling lagi. Kali ini aku menekan butang screen yang memisahkan seat kami untuk tujuan privacy. Aku malas hendak memandang muka si Vampire. Aku mencapai headphone lalu menekan remote untuk in flight entertainment. Aku memejamkan mata bertujuan untuk berehat. Nasib baik terbang malam. Dapat juga aku mengelak dari terus sakit hati. Boleh aku tidur sepanjang masa.

 

“Here’s your champagne sir,” ujar pramugari tersebut lalu meletak champagne di atas meja Adam.

 

“Sorry dear, my doctor advise me not to drink, I’m heeding to his advice and try to cut down, would you kindly change my drink to cappuccino,” ujar Adam dengan suara perlahan. Matanya menjeling kea rah Era yang masih lagi memejamkan matanya sambil kedua-dua telinganya di sumbat headphone.

 

“Certaintly sir,” jawab pramugari bermata hijau itu seraya tersenyum.

 

“Lovely,” jawab Adam seraya mengenyitkan matanya. Dia menyeluk saku jaketnya lalu mengeluarkan cermin mata bacaannya. Matanya sempat menjeling kea rah Era. Dia menyalakan lampu di sisinya untuk membaca suratkhabar yang masih belum sempat di baca siang tadi. Dia mengenakan cermin mata bacaannya.

 

Aku membuka mata bila misi untuk tidur sepanjang penerbangan tidak berhasil. First class ke Economy class ke tak sama macam katil tidur. Sungguhpun aku ni kecil molek aku boleh concur seluruh katil king saiz. Yelah aku suka golek sana golek sini. Ini atas kerusi macamana nak golek sana golek sini, silap hari bulan aku boleh tergolek kat bawah. Aku menurunkan screen sambil menjeling kearah Vampire yang sedang asyik membaca suratkhabar. Aku menjungkitkan kening bila perasan dia memakai cermin mata khas untuk membaca. Rabun juga si Adam ni. Aku tersenyum sendiri bila menyedari wajahnya saling tak tumpah macam Clark Kent bila dia memakai cermin mata. Aku mengeluh sendiri. Sampai bila aku hendak bergaduh dengan Adam Matin. Aku rasa lebih baik aku berdamai sahaja dengan Adam Matin. Lagipun aku bukan berada di Malaysia. Kalau aku binggit dengan dia aku boleh cari balik sendiri. Ini kat Paris. Kalau dia tinggalkan aku kat Paris. Parah aku di buatnya.

 

“Belum tidur,” soalku seraya menepuk bahu Adam perlahan.

 

Adam tersentak bila aku berbuat demikian. Dia segera melipat suratkhabar yang di bacanya tadi lalu menoleh ke arahku.
 

“Kenapa? tak boleh tidur,” soalnya pula lalu tersenyum.

 

Aku mengelengkan kepala perlahan dengan wajah bosan.

 

“You want me to sing a song for you,”

 

Aku tidak dapat menahan tawa bila Adam tiba-tiba berkata demikian. Yelah kelakar sungguh. Sing a song dia ingat aku ni baby ke nak kena dodoi-dodoi.

 

“Why you think I can’t sing,” soal Adam lalu menanggalkan cermin mata bacaannya lalu di masukkan ke dalam saku kemejanya.

 

“Hmm really, tak apalah nanti orang lain bangun pulak kan, maybe next time, anyway thanks,” jawabku tersenyum pula. Serious ke dia nak nyanyikan untuk aku. Macamana agaknya suara dia bila bernyanyi.

 

Aku memandang wajah kacak Adam. Alangkah bahagianya jika kau menjadi milikku. Bisik ku dalam hati. Aku tidak tahu mengapa tiba-tiba aku berperasaan begitu sedangkan selama ini aku tidak pernah menyukainya. Aku tidak suka akan perangai negative lelaki itu. Dan lagi aku tidak sepatutnya jatuh hati dengannya. Ini bukan misi ku.

 

“You want to say something,” tegur Adam kerana Era memandang wajahnya seperti mahu berkata sesuatu.

 

“Thanks for being nice to me and sorry for being a pain in the ass,” ujarku mengubah ayat sebenar yang aku susun tadi. Ikutkan aku hendak katakan “I nak ucapkan jutaan terima kasih pada you kerana tanpa pertolongan you mimpi I tak akan jadi kenyataan, budi baik you tak mampu I nak balas, I hanya mampu berdoa pada allah semoga you di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan mendapat jodoh yang baik,” tapi terpaksa mengubahnya kerana aku tidak mahu Adam mengesyaki apa-apa.

 

Adam tersengih bila aku berkata demikian.            

 

“Ok, apology accepted,” jawab Adam ringkas lalu meneguk cappuccino perlahan.

 

Aku mengetap bibir menahan geram. Woi tak kan itu aje respond Adam. Aku ingatkan dia akan katakan something like “it’s ok, I pun hendak minta maaf pada you for being such an idiot,” atau “I dah lama maafkan you,”. Kalau lelaki memang begitu ego semacam.

 

“I nak berdamai dengan you,” ujarku seraya menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Adam. Adam mengerutkan dahinya namun dia menyambut huluran tanganku.

 

“Kenapa takut I kidnapped you,” usik Adam lalu tersenyum sinis.

 

“I don’t think you nak kidnapped I, tak ada orang yang boleh bagi ransom yang you minta dan lagipun siapalah yang nak claim I,” jawabku sambil menjeling ke arahnya. Tak kan aku nak mengaku bahawa aku takut dia tinggalkan aku kan.

 

“I’m going to sleep, hope you don’t mind,” ujar Adam seraya menguap kecil dia mematikan lampu. Lalu mengenakan sleeping mask menutup matanya.

 

Tak guna betul. Aku ingat nak ajak dia berbual dia tidur pulak. Dahlah mata aku tidak mengantuk. Aku menolak tingkap lalu memandang ke arah luar sambil menongkat dagu. Walaupun tiada apa yang dapat aku lihat selain dari kegelapan malam dan kepulan awan-awan putih.
 
To be continue...

No comments:

Post a Comment