Thursday 18 July 2013

Lebaran 2012 - Balik Kampung Part 2







Seronok beraya di kampung ni kan betul tak? Dah penat bermaaf-maafan dok bersembang dan dah kembung perut ngan makan ketupat dan rendang serta air yang berwarna-warni tu. Kami pun pakat adik beradik pergi beraya beramai-ramai di rumah sedara kami di daerah Bindu dan Parit Bilal. Hah rumah sedara yang aku sebab ni memang tak pernah miss kita raya tiap-tiap tahun. Meh tengok gambar meh.


 
 
Kekanda-kekanda ku



 
Haha kami tidak berjanji baju memilih warna tema beraya tahun itu. Boleh tersama lak dengan kakak Liza ku dan keluarganya. Tahun ini aku memilih warna purple dan kuning. Kak Lizaku pula memilih kuning dan coklat. Jadi dah macam warna boria lah pulak kan.




 

Sebilangan kecil anak-anak saudara lelaki



Semua main maintain je bila bergambar. Putera dah puteri ku yang suka berposing. Hah ikutkan banyak lagi gambar yang post kat sini tapi cukup-cukuplah untuk gambar hari raya yang pertama ni.








Hari raya kedua pulak. Kami pakat beraya di rumah jiran tetangga di sekitar kampung peserai. Semalam dah ronda-ronda naik kereta. Sekali lagi tak terperasan lah pulak baju warna boleh seakan-akan sama. Hari ni merah mak ngah lah pulak. Jadi hari raya pertama dan kedua memang kita beraya habislah sebab hari raya ketiga anak sedara tunang dan aku pulak terpaksa pulang ke tanahair selepas majlis tunangnya itu. Huhu sedih. Tamat sudah lebaran ku di Kampung.




 










 

No comments:

Post a Comment