Sunday 7 July 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 25


Melihatkan Anisha tidak berapa ceria sejak kebelakangan ini Amirul membuat kejutan untuk Anisha. Dia mengajak Anisha untuk menonton wayang kerana Anisha pernah berkata dia tidak pernah ke panggung wayang sebelum ini. Amirul tidak memberitahu Anisha kemana mereka hendak pergi. Sangka Anisha, Amirul hanya mahu keluar jalan-jalan sahaja kerana selepas makan malam Amirul menyuruhnya bersiap-siap. Sejak dia bersemuka ddengan Affendy. Affendy tidak lagi makan malam bersama kami. Ada sahaja alasan yang diberikan. Amirul dan mama tidak mengesyaki apa-apa kerana mereka tidak mendesak Affendy mungkin Affendy jarang makan bersama semasa dia tinggal di sini. Entahlah Anisha tidak dapat fikir lagi. Ikutkan dia tidak punya mood untuk keluar malam ini. Namun dia tidak sampai hati untuk mengecewakan hati tunangnya. Amirul yang beria-ia mahu mengajaknya keluar. Anisha tidak menyangka Amirul membawanya ke bandar untuk menonton wayang. Anisha memegang pop corn dan air ice lemon tea yang baru di beli Amirul. Dia sepatutnya merasa teruja kerana ini merupakan kali pertama dia berpeluang untuk menonton di pawagam. Moodnya untuk menonton memang tiada.

 

“Cerita apa kita nak tengok ni Rul,” ujar Nisa sebaik sahaja mereka melabuhkan punggung di atas kerusi pawagam. Anisha memandang kearah screen yang terbentang luas di depan matanya. Pawagam kelihatan hampir penuh. Ramai yang datang berpasangan. Ada juga yang datang sendirian.

 

“Cerita Lake House,” ujar Amirul separuh berbisik.

 

“Siapa pelakonnya,” soal Anisha ingin tahu.

 

“Heroinnya Sandra Bullock dan heronya Keanu Reeves,” terang Amirul. Dia tahu Anisha bukan tahu nama-nama yang disebutnya tadi kerana Anisha tidak gemar menonton tv apatah lagi ke pawagam.

 

“Keanu Reeves, macam pernah dengar nama tu,” bisik Anisha. Dia ingat-ingat lupa. Tapi dia pernah terdengar nama hero yang di sebut Amirul tadi.



Anisha menumpukan sepenuh perhatian kearah layar perak. Wajah wanita yang Anisha rasa heroin filem tersebut terpampang luas di depan matanya. Pelakon wanitanya cantik. Anisha terpegun bila seorang lelaki lagi muncul di layar perak..

 

“Itu siapa,” soal Anisha.

 

“Ah, Itulah hero dia Keanu Reeves,” terang Amirul seraya menyuap popcorn ke dalam mulutnya.

 

Wajah Affendy saling tak tumpah seperti hero dalam cerita yang ditontonnya. Anisha cuba mengingati di mana dia pernah terdengar nama hero tersebut namun tidak berhasil. Walaupun jalan ceritanya bagus dan romatik namun Anisha tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada cerita tersebut kerana cuba mengingati dimana dia pernah terdengar akan nama hero tersebut.

 

“Macamana best tak cerita Lake House tadi,” ujar Amirul. Sebaik sahaja keluar dati panggung wayang.

 

“Ok, cuma Anisha tidak berapa faham akan jalan ceritanya,” jawab Anisha kerana dia tidak menumpukan sepenuh perhatian kepada cerita tersebut.

 

“Tak faham, sebenarnya cerita Lake House asalnya dari garapan cerita Korean, mengenai seorang wanita menyewa rumah paya yang cantik, setelah dia mendapat perkerjaan di kota dia terpaksa berpindah ke rumah yang berdekatan dengan tempat kerjanya, oleh kerana dia sayangkan rumah itu, dia meninggalkan nota untuk penyewa baru supaya menjaga rumah itu dengan baik, penyewa lelaki yang tinggal di rumah itu membalas surat wanita itu mengatakan bahawa rumah itu tidak pernah di sewa kerana rumah itu rumah keluarganya yang di hasilkan sendiri oleh ayahnya,

 

“Lagi Anisha tak faham, kalau lelaki itu kata rumah itu tidak pernah di sewa bagaimana pula wanita itu menyewanya,” soal Anisha masih lagi tidak mengerti akan ceritanya.

 

“Kerana wanita itu from the future dan lelaki itu from the past,” ujar Amirul seraya tersenyum.

 

“Ok, lagilah pelik, tapi menarik jadi mereka berhubungan melalui surat menyurat,” soal Anisha.

 

“Sebenarnya mereka pernah bertemu tapi tidak berkesempatan untuk mengenali antara satu dengan lain, mereka mengenali hati masing-masing melalui surat menyurat, ujar Amirul lalu tersenyum.

 

Anisha hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Walaupun dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada jalan cerita tersebut. Anisha suka pada satu babak di mana heroin tersebut pergi ke firma arkitek untuk mendapatkan khidmat untuk rumah barunya. Di bilik mesyuarat tersebut tergantung beberapa gambar lukisan yang cantik dan salah satu lukisan tersebut adalah gambar gambar rumah paya yang pernah di diami. Heroin tersebut mendapat tahu lukisan tersebut adalah hasil lukisan lelaki yang berhubungan dengannya melalui surat menyurat dan firma tersebut adalah firma milik lelaki tersebut dengan adik lelakinya. Tetapi bila di tanya di mana dia boleh bertemu dengan abangnya. Adik kepada firma tersebut mengatakan bahawa abangnya sudah meninggal setahun yang lalu terlibat dengan kemalangan. Setahun yang lalu iaitu jatuh pada hari yang sama dia tidak dapat bertemu dengan lelaki tersebut setelah berjanji mahu bertemu dengannya dahulu di sebuah restaurant.

 

“Assalamualaikum, kak Nisa,” sapa seseorang dari belakang cukup membuatkan Amirul dan Anisha terkejut.

 

Anisha menoleh. Dia mengutum senyum bila mengenali sangat akan gadis yang menegurnya.

 

“Waalaikumsalam Fiza, apa khabar, lama benar kita tak jumpa ya,” ujar Anisha ceria bila dapat bertemu kembali dengan Fiza. Sejak dia tinggal dengan Dr. Azman mereka tidak lagi bertemu.

 

Amirul dan Fikri berjabat tangan.

 

“Rul kenalkan ini adik angkat I, Fiza dan itu tunangnya Fikri,” Nisa perkenalkan Amirul kepada adik angkatnya.

 

“Ehem, abg Amirul ni mata air kak Nisa ke,” usik Fiza cukup membuatkan Anisha tersipu malu. Fiza tidak berubah masih seperti dahulu suka mengusiknya.

 

“Tak adalah, abg Amirul ni bakal suami kak Nisa,” jawab Amirul seraya tersengih.

 

“Betul ke ni, syukurlah,”

 

“Fikri jom kita ke sana, biar orang perempuan ni berbual dahulu, kita pekena teh tarik lagi best,”

 

Fikri hanya menurut kehendak Amirul mereka menuju kearah kedai kopi berhampiran dengan pawagam. Manakala Anisha dan Fiza duduk di atas bangku di hadapan pawagam.

 

“I’m happy for you kak Nisa, Fiza tengok abg Amirul betul-betul sayangkan kak Nisa,” ujar Fiza sebaik sahaja kedua-dua pemuda itu berlalu meninggalkan mereka.

 

“Alhamdullilah,” jawab Anisha tersenyum.
 
 

“Wah tak sangka kak Nisa suka tengok lakonan Keanu Reeves eh, kak Nisa masih ingatkan abg long lagi ke,” usik Fiza seraya ketawa. Dia yakin Anisha sudah dapat melupakan kisah silamnya dan menempuh hidup baru. Kalau tidak masakan dia bersetuju berkahwin dengan Amirul. Amirul pun tidak kurang hebat juga orangnya. Punya ciri-ciri seperti abang long cuma Amirul happy go lucky dan keanak-anakan dari abg long. Abg long matured.

 

Anisha tersentak. Dia tidak faham maksud Fiza.

 

“Abg long, apa kena mengena abg long dengan Keanu Reeves,” soal Nisa ingin tahu bila Fiza berkata demikian. Kenapa tiba-tiba Fiza menyebut nama abang long.

 

“Lah kak Nisa tak ingat ke, dulu sebelum kak Nisa dapat melihat, kak Nisa pernah bertanya pada Fiza wajah abang long iras siapa, kan ke Nisa cakap wajah abg long iras Keanu Reeves,” terang Fiza panjang lebar.

 

Jantung Nisa seperti direntap bila Fiza berkata demikian. Jadi benarlah Affendy itu abg long. Tetapi hatinya tidak puas selagi tidak mendapat kepastian dari orang yang pernah mengenali abg long.

 

Anisha mengambil kesempatan untuk memberi tahu Fiza akan dilemma yang dia hadapi sekarang dan meminta jasa baik Fiza untuk membantunya. Anisha tahu dia tidak sepatutnya menoleh ke belakang kerana masa depannya sekarang hanya dengan Amirul. Tapi hatinya tidak akan tenang selagi tidak tahu siapa Affendy sebenarnya. Pada awalnya Fiza agak terperanjat dengan kenyataan Anisha bahawa abang long masih hidup. Dan Amirul dan Affendy mempunyai pertalian persaudaraan. Kalau betul lah Affendy itu abang long Anisha bagaimana? Fiza agak keberatan kerana dia tidak mahu Anisha di dalam situasi telan mati emak diluah mati bapak. Tapi kalau dia tidak membantu, Anisha akan tenang selagi tidak tahu akan jawapannya. Puaskah hati kak Anisha jika dia mendapat tahu bahawa Affendy itu adalah abang longnya. Sanggupkah dia bernikah dengan Amirul manakala hatinya hanya pada abang long. Dapatkah Anisha memilih di antara cinta dan kasih. Fiza faham akan dilemma yang dihadapi oleh Anisha. Dan dia juga tahu cinta pertama Anisha adalah insan yang hanya dikenali dengan panggilan abg long. Hanya Fiza yang dapat membantunya ketika ini kerana Fiza mengenali abg long. Anisha banyak mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulang ke rumah Amirul. Amirul pula seperti tidak sedar akan perubahan Nisa selepas bertemu dengan Fiza.
 
 
To be continue..

No comments:

Post a Comment