Sunday 7 July 2013

Antara Cinta dan Kasih - Part 26


“Nisa masuk ke rumah dulu, Rul ada hal sekejap,” ujar Amirul sebaik sahaja memberhentikan keretanya di hadapan rumah. Anisha pula tidak bertanya kemana Amirul hendak pergi malam-malam begini. Mungkin Amirul mahu bertemu dengan teman-temannya.

 

Kereta di pandu Amirul meluncur laju kea rah pintu gerbang. Anisha melangkah lemah menuju ke dalam rumah. Pasti mama dan mak Nab sudah lama terlena. Anisha berjalan perlahan menuju ke anak tangga bila secara tiba-tiba sahaja pandangannya terus gelap gelita. Seluruh lampu di rumah banglo mewah itu terpadam secara tiba-tiba. Anisha menjerit kecil kerana terperanjat. Dia meraba dinding untuk mendaki tangga takut terjatuh.

 

Affendy yang sedang leka membaca turut tersentak bila lampu terpadam secara tiba-tiba. Dia membuka laci cuba mencari lampu suluh. Setelah mendapati lampu suluhnya tidak berada di dalam laci. Affendy mengambil keputusan pergi ke dapur untuk mendapatkan lilin. Affendy berjalan didalam kegelapan menuju ke arah anak tangga untuk turun ke bawah. Anisha tersentak bila dia terlanggar seseorang yang hendak menuruni anak tangga. Tangannya meraba wajah orang yang dilanggarnya. Affendy kaget dia tidak dapat mengelak atau berbuat apa-apa. Dia tidak menduga akan bertembung dengan Anisha.

 

“Macamana Nisa nak kenal abang long, kalau Nisa tidak boleh melihat wajah abg long,” ujar Affendy seraya tersenyum. Anisha di sebelahnya turut tersenyum bila mendengar usikan orang yang disayanginya.

 

“Abg long tahu tak, orang yang tidak dapat melihat ni ada banyak keistimewaannya, salah satunya ialah kita dapat mengenal pasti seseorang itu melalui sentuhan sahaja,” terang Anisha tidak mahu mengalah.

 

“Betul ke, kalau macam itu Nisa dapat mengenal pasti wajah abang long dengan sentuhan sahaja, cuba, abg long nak tengok,” usik Affendy lagi.

 

Anisha mendiamkan dirinya. Affendy mencapai tangan kanan Anisha di pipinya. Tangan Anisha meraba wajah pemuda yang duduk bersebelahan dengannya.

 

“Kenapa Nisa senyum,” ujar Fendy bila Anisha tersenyum secara tiba-tiba.

 

“Hidung abg long mancung juga ye, tak sangka,”usik Nisa lalu mengekek kecil. Affendy tersenyum bila Anisha mengusiknya.

 

Anisha meraba lagi cuba mengingatkan wajah abg long. Matanya, keningnya, hidungnya dan akhir sekali mulutnya. Abg long tidak berkumis. Rambutnya di potong kemas dan memiliki wajah yang tampan.

 

“So Nisa dan boleh cam wajah abg long,” soal Affendy bila Anisha menarik kembali tangannya.

 

“Abang long,” ujar Anisha hampir menjerit bila dia pasti lelaki yang berada di hadapannya adalah abang long. Dia dapat mengecam wajahnya melalui sentuhan.

 

Affendy tidak menjawab dia meninggalkan Anisha sendirian di tangga.

 

“Tunggu Nisa, abang long,” jerit Anisha seraya berlari mengejar abang long yang sudah jauh meninggalkannya.

 

Anisha menghempaskan badannya di atas katil dan menangis semahu-mahunya. Dia tidak menyangka abg long sanggup berbuat demikian sedangkan dia hampir separuh nyawa menyayangi lelaki itu. Apa dosa Anisha sehingga abang long tidak mahu mengaku bahawa dia adalah abang long nya. Kenapa Affendy begitu kejam. Membiarkan dia menderita selama 7 bulan menyangka Affendy sudah meninggalkannya untuk selama-lamanya. Tidak Affendy tahu hatinya hanya untuk Affendy. Bagaimana harus dia tempuhi hari mendatang tanpa Affendy di sisinya.

 

Affendy merasa bersalah meninggalkan Anisha begitu. Anisha tahu siapa dirinya yang sebenar. Dia tidak dapat lari dari kenyataan. Dia harus berdepan dengan Anisha dan menerangkan keadaannya yang sebenar. Affendy berdiri di hadapan pintu bilik Anisha. Dia tidak dapat berahsia lagi. Dia sedar Anisha benar-benar kecewa dengan sikapnya. Tak sanggup rasanya hendak membiarkan Anisha menderita. Tapi apakan daya.

 

“Maafkan abang Nisa, hanya satu sahaja permintaan abang, abang mahu melihat Anisha bahagia,” ujar Affendy sebak.

 

“Kenapa abang sanggup berbuat begini pada Nisa, apa dosa Nisa, tidakkah abang tahu hati Nisa milik abang, abang kejam,” ujar Nisa air matanya mengalir deras tanpa dapat di tahan lagi.

 

Affendy hanya mampu mendiamkan diri. Affendy terkedu bila kekasih hatinya menuduh dirinya kejam. Ya allah Anisha kau tidak tahu betapa seksanya batinku bila mengetahui kau bukan miliku. Tapi apa dayaku. Aku tidak sanggup meruntuhkan kebahagian orang lain. Tuduhan Anisha terhadapnya terpaksa ditelan walaupun terasa pahit bak hempedu. Hatinya seakan di hiris sembilu. Dia tidak berdaya untuk melawan takdir. Nisa sudah ditakdirkan bukan miliknya.

 

“Amirul dapat membahagiakan Nisa, percayalah,” ujar Affendy. Dia mahu Anisha mengecapi kebahagiaan. Amirul dapat memberikannya segalanya.

 

“Abang tiada hak untuk menentukan hidup Anisha,” tempelak Anisha matanya merah akibat terlalu banyak menangis. Dia memandang ke arah Affendy yang senang memandang ke arahnya dengan wajah sayu.

 

Affendy tersentak bila Anisha berkata demikian.

 

“Anisha mahu hidup bersama abang, mari kita bertemu Amirul dan terangkan segalanya kepadanya,” ujar Affendy seraya menghulurkan tangannya kepada Anisha. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk memujuk Anisha lebih-lebih lagi Anisha sudah tahu siapa dirinya. Jika dahulu dia masih boleh mengelak dan menjauhkan diri dari Anisha kerana Anisha tidak tahu.

 

Anisha hanya mendiamkan diri. Affendy mengerti mengapa Anisha tidak menyambut tangannya kerana Anisha tahu Affendy berbuat demikian hanya untuk membuktikan bahawa dia benar-benar terpaksa.

 

“Abang tahu Nisa menyangka abang sengaja tidak mahu bertemu dengan Anisha sebaik sahaja abang pulang ke Malaysia, niat abang mahu segera mencari Nisa dan mahu hidup bersama Nisa, tapi apakan daya abang, abang tidak bisa melawan takdir, sehari kepulangan abang, abang dapati Anisha kini tunangan Amirul dan Anisha bahagia disampingnya, Amirul adik abang, malah Amirul begitu menyayangi abang walaupun kami bukan adik beradik kandung, kebahagiaan Amirul adalah kebahagiaan abang juga, sanggupkah Nisa untuk mengecewakan Amirul, bukankah Amirul yang mengubati hati Nisa sepeninggalan abang,” terang Affendy matanya tidak lepas dari memandang wajah Anisha. Dia mahu Anisha mengerti.

 

Anisha hanya mendiamkan diri bila Affendy berkata demikian. Tiada kata-kata yang dapat di ucapkan kerana begitu terharu mendengar kenyataan abang long. Abang long terpaksa korban kan cintanya demi kasihnya pada Amirul. Dan dia terpaksa menerima hakikat bahawa dia harus menerima kenyataan bahawa Amirul itu adalah bakal suaminya dan Affendy akan menjadi abang iparnya. Anisha menangis lagi bila mengenangkan akan nasibnya. Bolehkah dia bahagia bersama Amirul.

 

Kalaulah gadis itu masih menjadi miliknya pasti dia cuba mendamaikan hatinya. Hatinya seperti dihiris bila melihat gadis itu menitiskan air mata.

 

“Abang harap Anisha dapat lupakan abang,” ujar Affendy seraya berlalu meninggalkan Anisha.

 

“Abang, bagaimana saya hendak melupakan abang,”

 

“Limpahan kasih sayang dari Amirul akan membuatkan Anisha lupa pada abang,” ujar Affendy.

 

“Baiklah kalau itu kehendak abang, saya akan tunaikan tapi Anisha tidak boleh berjanji jika Nisa dapat mencintai Amirul sepenuh hati sepertimana Nisa cintakan abang,” jawab Nisa lalu menutup pintu biliknya.

 

To be continue.. 

 

 

No comments:

Post a Comment