Sunday 7 July 2013

"How Can I Not Love U" - Part 25


Aku memulas tombol pintu Suite kami. Suite kami gelap gelita. Tanpa menghiraukan keadaan yang gelap gelita aku cuba mencari jalan ke bilikku. Kakiku tersandung sofa dan hampir sahaja jatuh terjatuh tersungkur bila tiba-tiba lampu side lamp yang terdapat bersebelahan sofa dihidupkan. Adam sedang duduk menyandar di sofa memerhatikan aku. Aku segera mengesat airmataku moga dia tidak perasan bahawa aku menangis. Wajahnya kelihatan serius. Tanpa memperdulikannya aku terus menuju kea rah bilikku.

 

“Era,” ujarnya lalu bangkit dari sofa.

 

“I don’t have time for these, leave me alone,” ujarku lalu menghempas pintu bilikku. Aku mencampak kasut dan beg di lantai lalu menghempaskan diri di atas katil dan menangis semahu-mahunya. Masih terngiang-ngiang di cuping telinga ku akan kata-kata Fahmy mengenai diriku. Aku bukan wanita seperti itu. Haruskah aku dihukum semata-mata mahu mengecapi kebahagiaan sebelum aku meninggalkan dunia yang fana ini. Kalau itu pandangan Fahmy apa pula pandangan Adam. Pernahkah dia menganggap aku ini wanita simpanannya.

 

Adam membuka pintu bilik Era. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana dia tahu Era menangis tadi. Tujuannya untuk bertanya kemana Era pergi seharian lenyap bila wanita itu kelihatan sedih dan menangis.

 

“Era what’s wrong, talk to me, why are you crying,” ujar Adam lalu duduk di atas katil sambil tangannya menyelak helaian rambut yang menutup Era.

 

“Go away,” ujarku cuba mengawal perasaan geramku terhadap Adam. Kerana dia aku di cap escort.

 

“Tell me what’s wrong,” pujuk Adam.

 

“I said go away, you tak faham bahasa ke,”

 

Adam mengeluh kecil bila Era masih berdegil tidak mahu memberitahunya apa yang telah terjadi hingga membuatkan dia benar-benar sedih. Adam lemah melihat wanita menangis. Bukankah itu senjata wanita.

 

“I tak akan keluar dari bilik you selagi you tak beritahu I kenapa you menangis, if have too, I will sleep next to you,” ugut Adam setelah usaha memujuk Era tidak berhasil dan dia tahu jika dia berkata demikian Era pasti melenting marah.

 

“You won’t give up do you, you suka tengok I suffer is it, you tak puas hati kan,” ujarku geram seraya bangun dari katil. Wajahku basah kerana air mata. Mataku sembab dan rambutku kelihatan tidak terurus.

 

“Heh, what’s wrong,” ujar Adam dengan wajah risau dia segera bangun dan cuba memeluk Era.

 

Aku menolaknya bila dia cuba menghampiri ku. Adam tidak perlu memujukku. Aku tidak memerlukannya. Aku cuba meronta namun Adam lebih cekap dan kuat dariku dia memelukku erat dan aku tidak dapat lepas dari pelukannya. Tangan kanannya mengusap rambutku perlahan. Aku pasrah lalu menangis di dalam dakapan.

 

Hampir sepuluh minit kami berkeadaan senyap begitu.

 

“Please tell me what’s wrong,” pujuk Adam sambil mengucup kepalaku perlahan.

 

“I bukan perempuan simpanan you kan,” ujarku perlahan diantara dengar dengan tidak kerana tidak sanggup mengungkapkan perkataan perempuan simpanan. Jijik aku mendengarnya kalau betul tak apa juga. Ini tidak.

 

Adam tersentak bila Era berkata demikian. Tidak pernah terlintas di fikirannya menganggap Era sebagai wanita simpanannya. Dia akui Era bukan seperti wanita yang selalu di dampinginya. Era tidak pernah mengambil kesempatan ke atas dirinya. Era lain dari yang lain. Memang pada mulanya dia hanya menganggap Era sebagai mangsa bettingnya dengan Raoul. Tapi setelah mengenali wanita itu sedikit demi sedikit dia terlupa akan tujuan sebenarnya. Dia merasa selesa dengan kehadiran Era. Belum pernah dia bersama dengan wanita lebih lama dari seminggu tanpa merasa bosan. Tapi dengan Era sungguhpun hubungan mereka seperti langit dengan bumi dan anjing dengan kucing dia tidak pernah mahu tinggalkan Era dan mengakhirkan contract mereka. Malah sesibuk manapun dia. Dia selalu mencari masa untuk meluangkan masa untuk bersama dengan wanita itu. Sungguhpun dia tidak pernah akui bahawa dia benar-benar mahu mendekati Era dan mendapati ianya amat sukar baginya untuk memenangi hati wanita itu. Pada Adam itu perkara mustahil kerana dia tidak pernah tewas dalam memenangi hati wanita. Era sukar di lentur seperti wanita lain. Era jinak-jinak merpati. Bila di umpan datang dekat bila cuba di jerat dia lari. Otaknya benar-benar buntu. Dia tidak tahu jalan yang mana bisa dia memikat hati Era. 

 

“No you not,” jawab Adam seraya mengeluh perlahan. Kini dia baru faham akan punca sebab wanita itu bersedih sekarang. Dia berada di Paris tiada siapa yang mengenali dirinya. Hanya seorang sahaja yang dia syaki.

 

“Then kenapa orang anggap I macam tu,”

 

“Sesiapa yang cakap macam tu, he’s an idiot, kalau I jumpa orang tu I will make him feel sorry,” jawab Adam sambil mengetap bibir menahan marah. Dia tidak tahu mengapa dia begitu protective dengan Era. Kalau wanita lain dia tidak pernah bimbang atau risaukan mereka. Mungkin kerana mereka wanita yang terlalu independent dan tidak perlukan lelaki untuk menjadi pelindung mereka. Walaupun hakikatnya Adam suka akan wanita begitu yang tidak merimaskan tapi dia mahukan juga wanita yang semi dependent seperti Era.

 

“Really you would do that for me,” soalku terperanjat lalu mendongak memandang ke wajah Adam. Betul ke si Adam ni akan buat begitu untuk aku. Okay mana perginya Adam Matin Salvatore yang kukenali dahulu yang tidak pernah ambil kisah akan perasaan dan hati wanita. Berganti wanita ibarat berganti baju.

 

“Of course I will, you’re my girlfriend,” jawab Adam tersenyum memandang ke arahku.

 

“Quit playing games with my heart, if you want me to stop crying I will stop, please don’t say something that you don’t mean it,” ujarku seraya meleraikan pelukannya. Aku dapat merasa kelegaan bila dapat melepaskan rasa geramku kepada Adam. (Actually aku dah lama reda menangis cuma sengaja hendak peluk Adam lebih lama sesekali buat begitu tak menjadi salah bukan, hehe bukan senang nak buatkan Adam care pada aku). Aku duduk di atas katil mencapai tisu lalu mengesat sisa air mataku. Tiada gunanya aku menangis lagi. Life is too short.

 

Adam hanya mendiamkan diri bila aku berkata demikian. Aku tidak perlukan penerangannya. Aku tidak kisah sekiranya dia berbuat baik dengan aku kerana dia tidak mahu merosakkan mood aku. Dia tak nak aku membuat perangai di sini.

 

“Besok kita ke Nice,” ujar Adam seraya bangkit dari katilku.

 

“You tak ada meeting,” soalku hairan. Aikk sekejap nah meeting dia over. Dia kata business trip 2 minggu. Ni baru satu hari business meeting dia dah habis. Dia kemari kerana business trip atau sengaja hendak melancong dengan aku.

 

“Dah habis,” jawabnya ringkas.

 

“Ok nak buat apa kat Nice,” soalku lalu tersenyum. Yelah apa yang hendak dibuat Adam di Nice. Yang aku tahu Venice, Nadia pernah beritahu aku kalau ke Venice jangan lupa naik Gondola. Romantik gitu. Hah lupa lak aku nak tuliskan dalam list aku tadi. Manalah tahu Adam hendak ke Venice boleh aku pujuk dia untuk naik gondola. Walaupun rata-rata kebanyakkan orang yang menaiki gondola terdiri dari para kekasih atau para suami aku pulak bakal naik dengan Adam yang bukan para kekasih mahupun para suami. Ah lantaklah asalkan dapat merasa. Sebut pasal list mana perginya list things to do aku tadi.

 

Aku bergegas keluar dari bilik menuju kearah terrace kerana seingatku aku meninggalkan list tersebut di atas meja semasa aku minum petang tadi. Meja itu kelihatan bersih. Aku menuju kearah bakul sampah manalah tahu aku terbuang tadi. Bakul sampah kelihatan bersih. Hmm tak apalah aku boleh buat list baru. Adam masih berada di bilikku memerhatikan gerak geriku sedari tadi. Namun dia tidak bertanya mengapa aku berperangai pelik.

 

“Ada apa kat Nice,” soalku ingin tahu. Yelah aku tak sempat nak google Nice, France apa tempat menariknya di sana. Tempatnya ada tak macam di Paris.

 

“It’s a surprised,” ujarnya lalu tersenyum.

 

“Oh ok,” jawabku acuh tak acuh. Dalam hati aku meronta-ronta ingin tahu apa yang surprised sangat. Pasal setahu aku besok bukan birthday aku dan juga bukan birthday Adam. Yang si Adam ni nak bersurprised surprise dengan aku kenapa? Pelik aku dengan Adam versi Europe ni. Baik sangat seram aku di buatnya. Apa dia buang tebiat ke.

 

To be continue.... 

No comments:

Post a Comment