Friday 26 July 2013

Sweet Revenge - Part 5


            Alyssa memandang wajah Arash yang kini dibaluti bandage yang mengikat di kepalanya serta plaster menutupi luka-luka dimukanya. Wajahnya yang dahulu tampan kini di penuhi oleh parut luka yang dalam. Sepatutnya setelah tahu Arash berjaya di selamatkan dia harus menghubungi Tan Sri Farihin untuk memberitahunya akan keadaan anak tunggalnya yang terlibat dengan kemalangan, tapi di tegah Shima. Katanya jangan di beritahu dahulu. Apa tujuan Shima berbuat demikian. Dia sendiri tidak pasti.

 
            Alyssa membuka pintu setelah di ketuk beberapa kali dari luar namun tiada jawapan yang di terima dari dalam bilik Arash. Dia tahu lelaki itu ada di dalam bilik kerana Jannah baru sahaja menyuruhnya ke bilik Dictator tu. Dia menjeling meluat tatkala terpandang akan Arash yang sedang duduk meneliti sesuatu dari fail. Arash mengangkat kepala ingin mengetahui siapa yang masuk ke biliknya. Sebaik sahaja dia terpandang akan wajah Alyssa dia hanya buat tidak tahu sahaja dan menyambung meneliti fail yang berada di hadapannya.

 

            Tanpa dipelawa Alyssa duduk di salah satu kerusi yang berada di hadapannya lalu meletak fail yang di pegangnya sedari tadi di atas meja dengan kasar.

 

            “Hmm, no manners,” ujar Arash sinis tanpa memandang kearah Alyssa.

 

            Alyssa tersenyum sinis bila Arash berkata demikian. Dia sudah lali dengan ungkapan kesat yang keluar dari mulut Arash dia tidak terasa hati lagi dengan komennya.

 

            “Ada, tapi bukan untuk orang biadap macam you,” ujar Alyssa berani.

 

            Arash menutup fail yang di beleknya tadi bila Alyssa berkata demikian. Dengan wajah serius dia mencapai fail yang di bawa Alyssa ke pejabatnya lalu membaca isi kandungan document tersebut.

 

            Alyssa senyum bila Arash agak terperanjat bila dia berani mencabar egonya walaupun Arash tidak menunjukkannya.

 

            “Not complete,” ujar Arash lalu menconteng document yang di bacanya dengan pen merah.

 

            Bulat mataku bila Arash berkata demikian. Apa maksudnya not complete. Dia juga yang approve draft yang diberi tempoh hari hanya minor amendments dan Arash sendiri mengatakan report itu sudah boleh di print. Tapi sekarang dia mengatakan report yang aku buat tidak complete.

 

            “I don’t get it, apa maksud you report I tak complete, you yang approve semalam,” jawabku kasar tidak peduli bahawa Arash adalah boss aku sendiri. Arash sudah melampau.
 

            “Who’s the boss here, you or me, if I say the report is not complete it means not complete,” jawab Arash dengan wajah sinis.
 

            “Ass@#!%,” ujarku lalu merampas fail yang berada di mejanya lalu meninggalkan pejabat Arash.

 

            “Puan Alyssa, Encik Arash mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan berkemungkinan dia mengalami gegaran di otaknya, jangan Puan Alyssa terperanjat sekiranya dia tidak dapat mengingati apa-apa yang berlaku sebelumnya atau lebih tepat dia akan mengalami amnesia,”terang doktor yang merawati Arash sejak di bilik kecemasan.

 

            Alyssa hanya mendiamkan diri tanpa berkata sepatah apa pun. Dia tidak pasti samada dia bermimpi ataupun ini adalah kenyataan. Serasanya baru semalam dia di herdik dan dimarahi lelaki sombong itu. Sakit hatinya terhadap kelakuan Arash masih terasa. Kalau ia benar-benar mimpi Alyssa tidak ingin terjaga dari mimpi kerana selama ini dia sudah lama menunggu saat dimana dia dapat mengajar Arash anak orang kaya yang biadap tu. Tapi kalau ini reality Alyssa tidak tahu. Apa yang harus dilakukan terhadap Arash.

 

            “Puan Alyssa,”ujar doktor itu setelah tiada jawapan dari Alyssa.

 

            “Baiklah doktor, boleh saya melawatnya,”

 

            “Boleh tapi dia masih belum sedar lagi, Puan Alyssa kena banyak bersabar,”ujar doktor itu dengan simpati, dia tahu Alyssa tentu bersedih hati bila melihat keadaan suaminya sekarang.

 
          

Alyssa melirik ke arah jam tangannya jarum jam menunjukkan tepat jam 11.30 malam. Alyssa sudah mula resah. Esok hari Rabu dia terpaksa datang awal ke pejabat kerana ada meeting di cawangan Stasia Enterprise di Shah Alam. Dia tidak sepatut berada di sini, dia seharusnya pulang sebaik sahaja mengetahui Arash masih bernyawa. Dia tidak ada kena mengena dengan lelaki bernama Arash. Dan dia tidak perlu bertemu dengan dengan doktor dan berpura-pura mengaku bahawa dia adalah isterinya. Tapi dia tidak sampai hati. Semarah dan sedendam mana pun dia terhadap Arash dia tidak sanggup meninggalkan Arash begitu. Pintu bilik wad ICU di tolak dari luar Alyssa menoleh sekilas ke arah pintu tersebut. Shima tersenyum kepadanya seraya menuju ke arahnya perlahan.

 

“What is his condition now,” soal Shima berbisik perlahan, dia menarik kerusi yang tidak jauh darinya dan duduk berhadapan dengan Arash yang masih tidak sedarkan diri. Shima menoleh ke arah tiub darah yang tergantung di sebelahnya menitik perlahan ke dalam salur getah yang disalurkan didalam uratnya.

 

“Besar kemungkinan dia mengalami selective amnesia,” jawab Alyssa tanpa mengalih pandangannya dari terus memandang Arash. Arash yang dahulunya sihat dan sombong kini terlantar tidak sedarkan diri di hospital.

 

“Selective amnesia?”

 

“Ye hilang ingatan, kenapa kau tanya lagi,” tanya Alyssa.

 

Shima tersenyum sebaik sahaja Alyssa berkata demikian. Dia sepatutnya merasa kasihan terhadap Arash tapi dia tidak merasa begitu. Dia masih teringatkan akan layanan Arash terhadapnya di pejabat kelmarin. Lelaki itu tidak berperasaan sewenang-wenangnya memarahinya di hadapan pekerja lain hanya kerana dia terlewat sampai 5 minit. Shima meletak tangannya di atas peha Alyssa. Alyssa menoleh ke arah Shima dengan penuh tanda tanya.

 

“Inilah masanya untuk kita mengajar Arash, get even,” ujar Shima seraya tersenyum penuh makna.

 

Alyssa yang tidak faham dengan maksud Shima hanya memandang wajah Shima dengan penuh tanda tanya apa yang dimaksudkan Shima dengan “get even”. Adakah Shima benar-benar hendak melakukan sesuatu yang buruk terhadap diri Arash. Bisik Alyssa dalam hati.

 

“Are you nuts,” jerkah Alyssa apabila dia rasakan idea Shima tidak kena pada masanya. Sungguhpun dia turut geram dengan Arash tapi dia tidak sanggup ambil kesempatan ke atas dirinya dalam keadaan sebegini.

 

“Bukankah plan kita hendak mengajar anak orang kaya tu,”ujar Shima cuba mengingatkan Alyssa tentang layanan buruk Arash keatas diri mereka.

 

“Yelah, but look at him, aren’t you pity of his condition now, he is helpless can’t you see,” jawab Alyssa tegas dia tidak setuju sama sekali dengan rancangan Shima.

 

“You think I’m that crazy aren’t you,” jawab Shima dia tahu Alyssa tidak faham dengan maksudnya yang sebenar.

 

“So what the hell is it,”ujar Alyssa sedikit marah kerana Shima gemar membuatkan dia berteka-teki. Sudahlah dia penat dari siang hingga ke malam berada di hospital. Shima hendak berteka-teki dengannya pula.

 

Shima memandang tepat ke wajah Alyssa yang sememangnya ingin tahu perkara yang sebenarnya. Tiba-tiba Shima tersenyum seraya mengelengkan kepalanya.

 

“What,”

 

“Don’t tell me you still don’t get it,”ujar Shima seraya tersenyum.

 

“Get what, come on Shima enough already, tell me,”ujarnya tak sabar-sabar lagi.

 

“Maksud aku, kau kata besar kemungkinan dia hilang ingatan, so jika benar dia hilang ingatan maka senanglah kerja kita hendak mengenakannya,” ujar Shima sambil matanya memandang ke arah katil Arash. Keadaannya masa seperti tadi. Tidak bergerak hanya nafasnya sahaja yang kelihatan turun naik.

 

“Maksud kau, kita cuba mengubah cara hidupnya,”tanya Alyssa. Dia sudah mula berminat dengan rancangan Shima.

 

“Pandai pun kau, so balik nanti aku kena sibuk buat script untuk kau,”ujarnya seraya tersenyum. Memang dia suka dengan perkara-perkara yang menyeronokan lebih-lebih lagi perkara ini berkaitan dengan Arash.

 

“Wait a minute, maksud kau aku kena berlakon, no way ini plan kita berdua maka kita berdua yang kena berlakon, kenapa pula aku sorang,”ujar Alyssa lagi. Dia tidak puas hati dengan rancangan Shima kerana berat sebelah.

 

“Kau kan isteri dia,”

 

“Itu tadi aku terpaksa cakap aku isteri dia, lepas ini tak ingin aku jadi isteri dia,” ujar Alyssa membentak. Dia tidak suka berlakon sebagai isteri Arash lebih-lebih lagi mengenangkan perangainya yang buruk siapalah yang ingin menjadi isterinya. Simpang malaikat empat puluh empat.

 

“Come on Alyssa, it’s a part of our plan-,”

 

“Maaf Puan Alyssa, saya rasa Puan Alyssa kena beredar sekarang kerana pesakit tidak boleh diganggu terlalu lama,”ujar seorang jururawat gadis awal 20an yang sedang menatang dulang berisi tiub air yang perlu di ganti memandangkan tiub air yang tergantung di sebelah katil Arash tinggal sedikit.

 

“O.k, jaga suami saya baik-baik, jika perlu bagi ubat pada dia lebih-lebih biar cepat baik,”ujar Alyssa sebelum berlalu.

 

Shima disebelah mencubit lengan Alyssa kerana dia tidak sepatutnya berkata demikian kerana ini menunjukan bahawa dia tidak suka akan suaminya. Jururawat itu hanya menganggukan kepalanya lalu tersenyum.
 
 
To be continued...

No comments:

Post a Comment