Friday 26 July 2013

"How Can I Not Love U" - Part 27


Sekali lagi aku terpesona dengan keindahan Hotel Du Cap Eden Roc yang bakal kami diami selama 2 malam di French Riviera. Hotel yang pada awalnya ku sangka istana kerana tidak punya rupa hotel, dari luar semacam bentuk mansion atau istana lama. Tapi bila di dalam terlopong aku seketika melihat betapa grand hotel tersebut. Perhiasan dalaman kelihatan simple namun grand berlantaikan batu marmar putih mutiara manakala sofanya berwarna kuning keramat dan putih. Tiba-tiba aku terasa bahawa aku tidak layak ke tempat-tempat gah seperti ini. Terasa benar-benar janggal seperti rusa masuk kampong. Kirakan aku beruntung dapat juga merasa melancong ke France dan mendiami di Hotel-hotel ternama.

 

“Are you ok, kenapa you senyap aje dari tadi,” ujar Adam bila sebaik sahaja dia mendapatkan aku yang sedang duduk menunggunya di sofa lobby tadi.

 

“This place amazing, I cuba menghargai keindahan Hotel ini,” ujarku lalu tersenyum. Spontan sahaja aku merangkul lengan Adam. Adam pula tidak membantah malah menyenangi perbuatanku. Ah sesekali aku nak romantic sikit dengan Adam apa salahnya. Aku kan ke kekasihnya walaupun kami hanya kekasih olok-olok. Tapi kalau sudah berada di tempat ini tak banyak sedikit pun pasti menaikan mood romantic kan.


“Don’t get too excited, you belum tengok lagi biliknya,” jawab Adam cuba menahan tawa bila dilihatnya Era kelihatan teruja akan Hotel tersebut. Setahun sekali Adam pasti ke France untuk bercuti dan dia tidak pernah terlupa untuk singgah ke Nice. Selama ini dia tidak pernah membawa sesiapa menemaninya bercuti ke Eropah. Inilah kali pertama dia membawa teman. Dan dia tidak menyangka Era merupakan wanita pertama yang begitu di senangi di bawa bercuti bersama. She’s funny and innocence dan tidak pernah malu menunjukkan keterujuaannya dalam satu perkara.

 

“I think you have to blindfold me,” jawabku seperti budak kecil yang tidak sabar mendapatkan sesuatu.

 

“Serious,” jawab Adam lalu memandang kea rah ku.

 

“You ni percaya aje apa I cakap, you think I gila, oh yeah maybe I am pasal dating dengan billionaire like you,” jawabku lalu tersenyum hilang cool aku bila berada di Eropah. Selalunya aku pandai mengawal perasaanku bila tiap kali bersama dengan Adam. Terutama sekali bila Adam membawaku ke tempat-tempat posh atau ke boutique mahal di KL. Aku masih boleh lagi berlagak cool seolah-olah tiada apa yang hendak ku herankan. Tapi di sini. Aku kalah. Perangai gilaku mula datang. Lantaklah Adam bukan matair aku yang sebenar so aku tak perlu control anggun biar dia tahu perangai aku yang sebenarnya.

 

Adam ketawa kecil bila Era berkata demikian. Era lucu dan jujur. Era berbeza dengan wanita yang di kenalinya 2 bulan lalu.

 

“Don’t laugh at me ok, I tahu I jakun, but what the heck siapa yang tak jakun bila datang ke mari,” ujarku lalu mengambil kad kekunci dari tangan Adam bila Adam menyerahkan kepadaku untuk membuka Suite yang Adam sewa.

 

Aku menolak dan menarik kad kekunci tersebut. Kedengaran beep bila aku menarik kad tersebut.

 

“Bismillahirahman ni rahiim,” ujarku lalu menolak pintu tersebut. Aku membuka mata benarlah apa yang di kata Adam biliknya lebih cantik dari lobby yang ku lihat di bawah tadi. Perhiasan dalaman dan perabot semuanya berwarna putih. Walaupun tidak semuanya putih bersih. Ada putih off white dan putih mutiara biliknya di hias dan di reka klasik mempengaruhi French pada awal kurun 18an. Bilik kami terletak di bangunan utama hotel tersebut dan menurut Adam dia sengaja memilih bilik yang mempunyai terrace menghadap laut Juan-les-Pins. Oh my, kalaulah aku kaya raya aku akan dirikan sebuah rumah di Nice. Boleh tenang fikiran ku melihat keindahan bandar ini.

 

Pandangan aku kelam tiba-tiba. Badanku terasa melayang-layang seolah-olah aku kini berada di atas kapal yang sedang di landa ombak besar. Aku memaut birai pintu terrace untuk mengelak dari terjatuh.

 

“Are you alright,” ujar Adam segera menyelamatkan aku sebelum aku terjatuh ke lantai. Dia mendukung ku ke arah sofa berdekatan. Dia membaringkan aku di atas sofa tersebut lalu menyelak anak rambut yang menutupi mataku.

 

“Sorry, I felt dizzy,” jawabku memandang ke arah Adam.

 

Adam melirik ke arah jam di tangan.

 

“Sharks,” ujarnya lalu menuju ke arah telefon mendial room service.

Aku mengerutkan dahi bila pertama kali aku terdengar Adam mengunakan perkataan itu. Sayup-sayup aku terdengar suara Adam berbual berbahasa peranchis dengan seseorang di telefon. Mataku tiba-tiba terasa mengantuk teramat sangat.
 
To be continued..

No comments:

Post a Comment