Thursday 18 July 2013

Popeyes

I'm popeye the sailor man. Ingat lagi tak kartun popeye dengan pasangannya yang bernama Olive tu. Hehe. Kali ini aku dan BFFku Liza, kami bercadang untuk makan di fast food chain Popeyes. Selain dari KFC, Popeyes dan Texas Chicken adalah fast food chain yang terbaru mendapat sijil halal di Singapura, maka hendak makan ayam goreng tidaklah terhad macam dulu betul tak?
 
Popeye tidak seperti KFC yang hanya menjual makanan yang ada kena mengena dengan ayam sahaja. Popeye punya variaties. Ada seafood, salad dan juga nasi pada yang tidak berapa minat makan ayam sahaja.
 
Disebabkan tujuan utama aku ke Popeye kerana hendak merasa ayam gorengnya. Maka aku pun order 2 pieces chicken mix meal (sekeping original dan sekeping spicy) yang merangkumi air soda, satu side dish pilihan (coleslaw/whipped potato/cajun fries) aku pilih whipped potato kerana di rekomen kuat oleh Liza dan biscuit. Biscuit! Ah ha. Biscuit yang lemak masin sikit tu di makan samada dengan jam strawberry atau pun nak makan dengan whipped potato pun sodap juga. Kalau di KFC 2 pcs chicken mealnya datang bersama whipped potato dan coleslaw. Tapi Popeye datang dengan biscuit dan satu side dish pilihan.
 
Liza pun nampak gayanya order benda yang sama dengan aku. Meh tengok gambar.
Whipped potato
2 pcs chicken meals ngan biscuit
 
Logo Halal
Popeyes Louisiana Kitchen

Kesimpulannya. Ayam popeyes ranggup sedikit dari KFC mungkin kerana ramuan dan tepung yang di gunakan membuatkan ayam goreng juicy favorite aku adalah popeyes. Bagi peminat KFC. Bolehlah mencuba ayam popeyes sekali sekala untuk rasa kelainan. Whipped potato (kentang pusar) yang Liza syorkan memang best. Sedap dan smooth texture. Sebab bukan sahaja sos ayam yang dituang ada terasa herbal sedikit dan bits of chicken. Biscuit pula aku cuba separuh dengan jam strawberry dan separuh dengan kentang pusar. Kedua-duanya sedap. So kalau yang tak berminat makan dengan jam boleh juga di cecah dengan whipped potato. Tapi hati-hati kerana biscuitnya tu tak berapa keras. Dia lembut tapi tidak chewy. Silap hari bulan boleh berderai. Pokoknya hamba memang berpuas hati makan ayam goreng di Popeyes.


 


No comments:

Post a Comment