Tuesday, 4 February 2014

Watsapp Luv! - Part 9


Aku sibuk melihat keindahan cincin-cincin permata yang terdapat di cabinet kaca yang berada di hadapanku. Wah harga sebentuk cincin zamrud atau lebih di kenali sebagai batu ‘emerald’ sahaja mencecah ke RM40k. Mikhail silap dengar tak? Aku hanya hendakkan cincin tiruan, untuk di jadikan cincin sementara selagi aku belum menjumpai cincin yang asal. Aku khuatir keluarga Shafiq akan bertanyakan tentang cincin pusaka pertunangan aku bila ke rumah mereka khamis ini nanti. Lagipun mana mungkin tukang emas boleh membuat cincin kelihatan sama seperti yang asal tanpa melihat cincin itu sendiri. Dari gambar sahaja tak accurate. Mikhail rekomen aku kedai emas salah tak? Mana mampu aku membayar cincin semahal ini. Gila! Aku mula merasa tidak selesa bila menyedari kesemua cincin permata di dalam cabinet kaca tersebut harganya lebih dari RM10k. Bajet aku tidak melebihi RM700.00. Aku mencapai bag tangan ingin keluar dari kedai tersebut sebelum aku memalukan diri sendiri. Bila tertiba pekerja yang menyambut kami tadi menegurku.

“Andy, suruh you berdua pilih batu permata yang ingin dijadikan cincin dahulu, dia akan bertemu dengan cik Farah sebentar nanti,” ujar pekerja tersebut lalu membuka sebuah kotak yang sebesar kotak tisu. Dia menarik beberapa laci kecil yang terdapat di kotak tersebut. Laci kecil yang beralaskan baldu itu dipenuhi dengan pelbagai warna batu permata yang berkilauan cantik sebaik sahaja terkena pantulan cahaya lampu. Mataku bersinar gembira melihat batu-batu tersebut. Cantiknya. Aku meletak bag tangan kembali di atas sofa tidak jadi untuk keluar dari kedai sebaik sahaja terpandang akan keindahan batu-batu permata tersebut.

Is this genuine gem stones,” tegur Mikhail tiba-tiba dari belakang ku ketika aku sedang berkhayal membelek-belek keindahan seketul batu delima yang berbentuk cushion cut.

Yes, our finest gem stones,” jawab pekerja tersebut tersenyum bangga menunjukkan koleksi precious stones yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya.

Finest gem stones. What! Mana aku mampu hendak membelinya. Aku meletak batu delima merah darah itu kembali ke dalam laci kecil bersama batu-batu delima yang berbentuk lain. Seram aku hendak menyentuhnya entah berapalah harga sebiji permata merah itu.

We are looking for cultured gem stones, not the finest gem stones,” jawab Mikhail lalu membuahkan senyum kepada pekerja tersebut. Wajah pekerja tersebut berubah sebaik sahaja Mikhail berkata demikian seperti tidak percaya dengan apa yang di dengar.

Aku mengerutkan dahi merasa hairan melihat reaksi wajah pekerja tersebut. Handphone Mikhail berdering lagi. Mikhail mengambil keputusan untuk menyambut panggilan telefonnya itu di luar boutique. Kali ini pekerja tersebut kembali dengan sebuah tray baldu berwarna hitam. Di dalamnya terdapat batu-batu permata dari pelbagai warna yang dicampur menjadi satu. Di dalam kotak pertama tadi. Batu-batu di susun mengikut warna. Mudah untuk mencarinya. Mungkin kerana batu yang di dalam tray itu adalah cultured maka ia tidak di simpan di dalam kotak khas.

“Ini cultured gem stones,” soalku ingin kepastian dari pekerja tersebut sebelum menyentuh batu-batu tersebut.

Pekerja itu mengeluh kecil lalu menganggukkan kepalanya perlahan. Sebaik sahaja dia mengesahkan batu tersebut adalah batu buatan manusia. Aku mula mencari batu zamrud yang kelihatan sama seperti batu cincin pertunanganku. Wah batu buatan manusia sama cantiknya dengan batu gem stones yang asli yang membezakannya cultured di perbuat daripada campuran plastic.

Mikhail kembali duduk di sofa bersebelahan denganku. Dia turut membantu mencari batu zamrud yang kelihatan serupa seperti cincin aku. Aku menyusun batu-batu zamrud yang ku rasa mirip seperti cincinku. Mikhail mencapai salah satu dari batu yang ku susun.

I think this is the one, berapa harganya termasuk workmanship,” ujarnya lalu membuahkan senyuman kepada pekerja tersebut.

Pekerja tersebut membuka laci dari cabinet kaca lalu mengeluarkan calculator. Dia menekan butang calculator mengira harga batu termasuk harga pertukangan.

“RM440,” jawabnya seraya memandang kearah Mikhail yang masih lagi membelek batu tersebut.

“Berapa karat gold?,”

“24k,” jawab pekerja tersebut.

“Mustahil Andy tidak boleh kurangkan harganya,” ujar Mikhail lalu meletak kembali batu tersebut di tempat asalnya.

Bagai hendak pitam pekerja tersebut mendengar jawapan dari Mikhail. Apa tidaknya. Orangnya bukan main segak dan bergaya. Dia tahu lelaki itu lebih dari mampu untuk membayar harga yang diberikannya. Tengok sahaja jam tangan yang di pakainya. Jam tangan vintage dari jenama Piaget yang harganya puluhan ribu ringgit. Dan dia percaya jam vintage itu dibeli semasa auction. Masakan cincin pertunangannya begitu murah sekali. Tidak sayangkah dia pada tunangnya. Dia merasa kasihan melihat wanita yang bakal menjadi tunangannya itu. Dari reaksi wajahnya sahaja tadi sudah cukup mengambarkan dia terperanjat bila tunangnya itu meminta cultured stones.

“Mikhail,” tegur lelaki yang baru keluar dari bilik.

“Andy,” jawab Mikhail lalu berjabat tangan dengan Andy.

“Bagi lah discount sikit tak kan dengan buddy pun tak boleh kurang,” ujar Mikhail lalu menepuk bahu Andy mesra.

“Ah no worries itu bisa di atur,” jawab Andy. Pekerja Andy menjeling bila Andy berkata demikian. Dia tidak sanggup hendak mendengar perbualan mereka lebih lanjut dia mendekati wanita yang datang bersama dengan lelaki yang bernama Mikhail tadi. Dia membuka cabinet dari belakang kaunter lalu mengeluarkan beberapa kotak cincin dari pelbagai bentuk rupa.

Oh yes, from the pic you have given me this morning, I dah pilih the prong for your ring, I just need your ring size and fix the stone,” jawab Andy seraya menyerahkan cincin yang belum di letak batu zamrud itu kepada Farah.

Aku mencapai bentuk cincin dari tangan Andy. Cincin tersebut kelihatan sama seperti cincin pertunangan aku. Pandai Andy menyamakan warna cincin tersebut seperti cincin asal. Maklumlah cincin pertunangan aku adalah vintage jadi kelihatan sedikit kusam dan tampak classic. Andy menyamakan warnanya sama seperti cincin aku. Rustic. He’s genius. Puji aku dalam hati. Yelah kalau dia tidak pakar mana mungkin Mikhail rekomenkan kepadaku. Terima kasih Mikhail. I owe you big time. Aku menyarungkan cincin tersebut ke jari manisku. Kebetulan saiznya sama dengan jariku. Alhamdullilah ini bermakna Andy hanya perlu memasang batu tersebut ke atas cincin tersebut dan tidak perlu mengubah saiznya.

Excellent,” jawab Andy bila menyedari cincin tersebut muat di jari Farah.

Aku mengeluarkan cincin di jariku lalu menyerahkannya kembali kepada Andy. Bentuk cincin berpindah tangan. Andy menyerahkannya kepada salah seorang pekerja lain yang aku percayai ditugaskan untuk memasang batu zamrud yang ku pilih ke atas cincin tersebut.

How long is the process to fix the stone?,” soal Mikhail matanya tidak berganjak dari blackberry yang di pegangnya sedari tadi. Mikhail kelihatan sibuk menaip sesuatu di blackberrynya.

You can have it this evening say about 5.30pm,” jawab Andy lalu memandang kearah Mikhail dan teman wanitanya.

Sure, Thanks Andy,” jawab Mikhail lalu menyimpan blackberry ke dalam saku seluarnya. Dia menoleh kearah Farah lalu tersenyum. Senyuman yang ku kira dia memberi isyarat kepadaku bahawa dia tidak dapat menemaniku petang nanti.

Aku mengangguk faham dan membalas senyumannya. Berterima kasih pada Mikhail kerana sudi menemaniku ke boutique temannya sekaligus membantu aku menyelesaikan masalah aku buat seketika. Walau bagaimanapun aku akan tetap tidak berputus asa mencari cincin tunangku yang hilang. Jika aku terpaksa menampal flyer aku sanggup melakukannya.

Mikhail duduk berhadapan dengan Andy kerana mereka hendak berbincang sesuatu. Aku menuju kearah pekerja yang melayan aku tadi memberikan aku senyuman sebaik sahaja aku berada di hadapannya.

“Saya hendak membuat bayaran cincin tersebut,” ujarku seraya membuka dompet untuk membuat pembayaran harga cincin tersebut. Aku merasa sedikit hairan bila pekerja wanita itu kelihatan tidak senang bila aku yang membuat bayaran. Pelayan wanita itu menarik lenganku perlahan.

“Bukan ke bakal tunang you yang seharusnya membayar harga cincin itu, kenapa you yang  bayar, dia kan yang hendak melamar you nanti,” ujarnya dengan wajah kurang senang. Tidak mengerti mengapa lelaki kacak lagi hebat itu tidak langsung berhati perut sehinggakan bakal tunangnya sendiri yang membayar cincin pertunangan mereka. Lelaki cemuhnya dalam hati.

Aku tersenyum sendiri bila pekerja wanita itu mengata tentang Mikhail. Hailah perlu ke aku memberitahu pekerja itu bahawa Mikhail bukanlah bakal tunangku dan sebenarnya aku sudah pun bertunang dengan orang lain dan cincin pertunangan aku hilang, dan atas sebab itu aku membuat cincin replica untuk di pakai sementara. Mikhail tidak bersalah sama sekali.

“It’s ok, dia bagi supplement card, in other words dia yang bayar,” ujarku tersenyum. Terpaksa bohong sunat. Aku tidak mahu wanita itu terus-terusan mengutuk akan perangai Mikhail yang tidak gentleman itu. Kesian pula kerana Mikhail di label kan begitu.

Pekerja wanita itu mengeluh lega bila aku berkata demikian. Wajahnya kembali ceria. Sementara menanti kad kredit ku lulus dari mesin kad. Pekerja wanita itu menunjukkan aku pelbagai bentuk kotak cincin kepadaku. Wow cantiknya. Wanita itu memberi peluang untuk aku memilih kotak-kotak cincin yang aku suka.

“You hendak yang mana satu,” ujarnya sambil tersenyum. Dia merasa simpati pada wanita muda itu. Sekurang-kurangnya cincin kotak yang diberi kelihatan exclusive.

I don’t think she needed a box, masukkan aje dalam small pouch sudah memadai,” ujar Mikhail lalu tersenyum dengan wajah tidak bersalah.

Pekerja wanita itu menarik muka masam sebaik sahaja Mikhail berkata demikian. Dia menyimpan kembali kotak-kotak yang di susun cantik ke dalam almari di bawah kaunter. Mikhail perasan akan perubahan wajah pekerja wanita tersebut. Dia menoleh kearah ku. Aku mengerti akan maksud pandangannya itu.

I’ll tell you later,” ujarku lalu tersenyum.

Pekerja wanita itu memberi slip untuk wanita itu menandatangan. Sebaik sahaja resit keluar dari mesin. Wanita itu memberi slip kad kredit bersama resit tersebut tanpa memandang ke arah Mikhail.

Thanks,” jawab Mikhail cuba menarik perhatian pekerja wanita itu kerana dia tahu wanita itu tidak mahu menoleh ke arahnya seolah-olah dia membuat kesilapan besar sehingga membuatkan wanita itu merasa jengkel untuk memandang ke arahnya.

Pekerja wanita itu menjeling bila Mikhail berbuat demikian. Oh oh! Sebelum apa-apa berlaku. Aku segera menarik lengan Mikhail menuju kearah pintu. Seperti awal tadi Mikhail membukakan pintu untukku. Gentleman sungguh. Sebaik sahaja keluar dari kedai boutique tersebut aku menoleh kearah Mikhail yang berada di belakangku. Kali ini aku dapat melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Aku menelan air liur kerana mengakui Mikhail benar-benar kacak orangnya. Seperti motto iklan Dunhill. Mikhail punya “gaya, mutu dan keunggulan” mustahil orang sekacaknya bukan model.

Thank you so much for your help,” ujarku gugup tiba-tiba bila berdepan dengannya. Perasaan malu mula menyelubungi hatiku. Yelah macam tak kena gaya pula berjalan bersebelahan dengan lelaki seperti dari dalam catalogue.

Ah no worries, I hope it help to lessen your burden, I’m sure the ring is somewhere around, you will need to trace back and think harder,” ujarnya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih lagi teratur cantik. Wow ok. Pasti dia model iklan colgate.

“Yah, I hope so,” jawabku membalas senyumannya.

“Kenapa staff Andy macam tidak sukakan I tadi,” soal Mikhail ingin tahu. Dia perasan staff Andy yang melayan mereka tadi merasa jengkel bila setiap kali dia bersuara. Apa salah yang telah dia lakukan sehingga wanita itu meluat melihatnya.

“Dia ingat you tunang yang tak gentleman,” jawabku tertawa kecil. Gelihati kerana Mikhail di dilabelkan lelaki tidak gentleman oleh staff Andy. Sorry.

Oh really, damn, here goes my reputation gone down the drain,” ujarnya seraya tersengih baru mengerti mengapa wanita itu terlalu meluat melihatnya. Harus ke dia membayar cincin Farah. Sebenarnya dia tidak merasa bersalah apa-apa ketika berbuat demikian kerana cincin itu bukanlah cincin untuk di gunakan untuk melamar teman wanitanya. He’s not that type of person. Dia seorang lelaki yang begitu prihatin dalam perkara-perkara ini. Dia mahu bakal tunangnya merasa istimewa.

Aku ketawa lagi bila Mikhail berkata demikian. He’s a joker. Not bad. Ingatkan Mikhail seorang lelaki yang snobbish kerana aku pernah di marahi Mikhail semasa aku tersilap hantar watsapp dulu. He’s sound so arrogant sewaktu membalas watsapp ku.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment