Friday, 7 February 2014

Watsapp Luv! - Part 20


             Shafiq duduk sambil meneguk black coffeenya. Matanya memandang kearah kaunter dimana para pekerja Bistro Starbucks sedang sibuk melayan pelanggan mengambil pesanan. Sesekali dia mengurut dahinya perlahan bila kepalanya mula berdenyut-denyut. Shafiq menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan packet rokok yang di belinya tadi. Dia membuka paket tersebut lalu mengeluarkan sebatang rokok lalu di kepitkan di celah bibirnya. Tangannya mencapai lighter yang terdapat di atas meja lalu menghidupkan lighter dan di acukan lighter tersebut ke arah hujung rokoknya. Seketika kemudian asap-asap kecil berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Shafiq melirik kearah pasangan yang duduk tidak berapa jauh darinya. Pasangan itu kelihatan sedang hangat di lamun cinta dari cara mereka memandang di antara satu dengan lain. Mereka kelihatan bahagia. Mengikut anggaran hubungan pasangan tersebut tidak lebih dari 3 bulan. Dia tahu, 3 bulan pertama hubungan percintaan memang semuanya indah belaka dan tiada cacat celanya. Shafiq tersenyum sinis. Ah memang cinta itu indah. Cinta juga yang membuatkan seseorang itu buta. Fikiran Shafiq benar-benar buntu dan berkecamuk di tika dan saat ini. Dan dia tidak tahu bagaimana hendak menangani masalahnya sekarang. Sampai bila dia hendak lari dari masalah. Dia harus berdepan dengan masalahnya.


               “Shafiq?” tegur seseorang.


               Shafiq tersentak bila secara tiba-tiba seseorang menepuk bahunya.


               “Kau kenapa bro masalah perempuan?”


               Shafiq tidak menjawab pertanyaan temannya itu. Rokoknya yang tinggal suku itu di matikan di dalam ashtray. Dia menarik sebatang rokok lagi lalu di hidupkan.


               “Apa lagi yang tak kena, bukankah kau dah ada Farah,” ujar Haiqal. Dia tahu tujuan Shafiq mahu bertemunya tentu masalah mengenai perempuan kerana dia sahaja yang tahu akan masalah Shafiq dengan kawan perempuannya.


               “Dia tak hendak lepaskan aku,” ujar Shafiq setelah mendiamkan diri agak lama.


               “Siapa Farah? Eh kau kan ke hendak bernikah dengan dia tak lama lagi apa masalahnya?,” jawab Haiqal tidak faham akan masalah temannya. Farah tidak mahu lepaskannya. Eh tentulah bukankah dia tunangnya Farah. Dia juga yang beria-ia mahu bertunang dengan Farah. Hah sekarang sudah tukar cerita pulak.


               “Kau tahu bukan Farah yang aku maksudkan, bukan?” jawab Shafiq bila Haiqal mula hendak berlawak dengannya.


               “Aku dah cakap dari dulu jangan di layan, kau layan juga, perempuan tu memang tak betul, kau masih cintakan dia?”
 
               Haiqal teman yang paling rapat dengan Shafiq dan dia tahu akan masalahnya dengan Mia. Sudah dia nasihatkan dari dulu. Lupakan sahaja Mia dan jalani hidup seperti biasa. Namun Shafiq tidak mahu mendengar nasihatnya. Dia tahu Mia tidak suka melihat temannya itu bahagia.



               “Kau tahu hubungan aku dengan dia macamana, tentu kau tahu jawapannya,” jawab Shafiq.



               “Habis Farah macamana kau cintakan dia ke tidak?,”



               Shafiq melempar puntung rokok di atas lantai lalu memijaknya agar api tersebut mati. Dia tahu dia tidak dapat lari dari soalan Haiqal.



               “Aku sayangkan Farah, tapi aku tidak boleh lupakan dia,” jawab Shafiq meraup wajahnya perlahan dengan kedua belah tapak tangannya. Dia merasa serba salah. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh terlibat di dalam cinta tiga segi. Dia sayangkan Farah dalam masa yang sama dia tidak dapat melupakan Mia.
                            


                 “Nikah aje kedua-duanya sekali kalau kau tidak boleh buat pilihan,” jawab Haiqal lalu tersenyum.

 
               “Tidak semudah itu, sekarang sahaja kepala aku bagai hendak pecah memikirkan cara hendak membahagikan kasih sayang aku kepada kedua-dua mereka, inikan pula kau hendak aku bernikah dengan kedua-duanya sekali, kau hendak kasi aku mati, kau tahu Mia tidak suka berkongsi kasih,” jawab Shafiq tertekan dengan masalah yang di hadapinya. Dia juga yang mencari masalah. Sudah mendapat tunang yang baik masih lagi hendak meneruskan hubungan sulitnya dengan Mia.

 
               “Jadi kau hendak terus-terusan menipu Farah, kesiankan lah Farah dia tidak bersalah, kau berdua yang bermasalah,” ujar Haiqal.

 
               Shafiq hanya mendiamkan diri bila Haiqal berkata demikian. Hendak lepaskan Farah. Tidak mungkin kerana dia turut sayangkan Farah. Dia cuba mencari jalan penyelesaian sebelum masalah ini berlanjutan.
        
bersambung...

No comments:

Post a Comment