Wednesday, 5 February 2014

Watsapp Luv! - Part 14


Shafiq memberhentikan keretanya di hadapan gate rumahku. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Aku sengaja memejamkan mata seolah-olah aku terlalu penat. Shafiq tidak pula menganggu aku bila di lihatnya aku berkeadaan demikian. Aku sengaja tidak mahu berbual dengan Shafiq kerana aku masih merasa sakit hati bila dia menuduh aku mempunyai lelaki lain. Shafiq seolah-olah senang dengan perbuataan aku. Apa yang telah berlaku di antara kami. Bukankah kami baru bertunang sebulan yang lepas. Sebulan lepas aku merasa teruja bila bergelar tunangan Shafiq. Begitu juga Shafiq. Tapi hari ini kami berdua seperti orang yang sudah berumahtangga sepuluh tahun lamanya. Mana perginya perasaan kasih dan sayang kami. Kenapa tiba-tiba hubungan kami begitu hambar tidak seperti orang lain yang sudah bertunang. Benarlah kata orang. Bila kita sudah bertunang dugaan nya banyak. Mungkin ini salah satu dari dugaan yang dimaksudkan. Aku merasa bersalah bila berbuat demikian terhadap diri Shafiq. Kesian Shafiq tujuannya bertemu dengan aku kerana hendak meluangkan masa bersama, namun aku tolak ajakannya bulat-bulat kerana aku tidak ada mood untuk keluar dengannya hari ini.

“I’m sorry dear, kita keluar esok bila I feeling ok,” ujarku sebaik sahaja aku menanggalkan tali pinggang keledar.

Shafiq menoleh kearah Farah. Lalu mengelus pipi tunangnya itu perlahan.

“It’s ok dear, kita jumpa lagi bila you dah sihat, sure you tak hendak I hantarkan you ke klinik?,” ujar Shafiq, dia risau dengan keadaan Farah. Farah wanita yang terlalu independent. Dia tidak suka menyusahkan orang. Dia tidak suka bergantung harap kepada seseorang.

“Selsema sikit aje, lagipun I masih ada lagi ubat yang doctor bagi 2 minggu lepas, sorry I can’t accompany you today, Luv you,” ujarku lalu mencium pipi Shafiq lembut sebelum keluar dari perut keretanya. Sudah lama aku tidak berbuat demikian.

“Luv you too, take care ok,” balas Shafiq lalu mencium dahiku. Aku tersenyum bila Shafiq berbuat demikian. Ah aku sayangkan Shafiq. Wajah lelaki itu ku pandang penuh kasih sayang. Shafiq melambai kearah ku sebelum memecut keretanya membelah jalan raya.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment