Wednesday, 5 February 2014

Watsapp Luv! - Part 12


Aku menyerahkan kotak yang berisi salad kepada Mia. Tanpa ucapan terima kasih Mia menyambut kotak tersebut dari tanganku. Datin Zainab hanya mengelengkan kepala melihat perangai Mia yang kurang sopan itu.

“Terima kasih Farah,” jawab Datin Zainab bagi pihak anaknya.

“Tak mengapa auntie, saya sudah biasa dengan Mia dah tidak terasa hati lagi,” jawabku cuba menyedapkan hati Datin Zainab.

“Farah masih berkawan dengan Mia walapun kelakuannya begitu kenapa? Kalau auntielah tak ada kawan macam tu pun tak apa?” bisik Datin Zainab perlahan sambil tersenyum.

Aku tersenyum mendengar soalan Datin Zainab. Aku tidak tahu kenapa aku bertahan berkawan dengan Mia sedangkan dia tidak pernah berkelakuan baik terhadap diriku. Entahlah mungkin aku kasihan padanya. Di sekolah, tiada seorang budak perempuan di kelas kami yang ingin berkawan dengan Mia. Mereka tidak suka akan perangai Mia yang sombong tidak bertempat. Sudahnya Mia selalu sendirian. Tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Aku kasihan melihat Mia selalu bersendirian. Aku cuba berkawan dengan Mia. Pada awalnya Mia masih bersikap sombong. Tapi bila menyedari dia keseorangan dan tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Dia terima juga salam perkenalan dariku dan secara tidak langsung dia juga berkawan dengan teman-teman lain ku. Lisa, Shah, Aina dan Tasha walaupun mereka tidak berkenan langsung dengan perangai Mia.

“Ini cincin tunang Farah,” soal Datin Zainab tiba-tiba, bila terpandang akan cincin zamrud tersemat kemas di jari manis Farah.

“Ya,” jawabku gugup kerana Datin Zainablah orang pertama yang membelek cincin tersebut dari jariku. Aku berdoa di dalam hati janganlah Datin Zainab tahu bahawa cincin itu bukan cincin asli.

“Cantik, cincin nikah arwah moyang,” jawab Datin Zainab lalu menjeling kearah Mia dengan wajah kurang senang. Mia menoleh kearah jari Farah sekilas bila mamanya menayangkan cincin zamrud itu kepadanya.

“Norman, I call you back later,” ujar Mia segera mematikan telefon.
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment