Aku memaksakan diri untuk keluar rumah
hari ini. Hampir seminggu aku berkurung di rumah kerana masih lagi dalam
keadaan bersedih di atas kehilangan mama. Di rumah aku hanya terperap di dalam
bilik sendirian. Papa dan mama tiriku tidak pernah tahu samada aku berada di
rumah atau tidak kerana mereka tidak peduli samada aku pulang atau tidak. Rumah ku buat seperti hotel. Mama Ana memang
tidak pernah sukakan aku, kerana aku selalu melawan cakapnya dan sentiasa
mengadu dengan papa sekiranya dia cuba bersikap aneh denganku. Papa
sungguhpun jarang berada di rumah tapi bila aku mengadu akan perihal mama Ana.
Dia tidak bagi muka kerana aku seorang sahaja anaknya. Papa tidak pernah lupa
memasukkan wang elaun bulanan kedalam akuanku dan sekiranya aku mahu lebih dari
biasa dia tidak banyak soal menambahkan lagi jumlahnya. Itulah satu-satunya kasih
sayang yang aku terima dari papa sejak papa menjagaku. Hanya mama yang
memberiku kasih sayang, tanpa mama hidupku terasa kosong. Aku keluar ke club
malam ini bersama teman-teman karibku. Aku cuba mengembalikan keceriaan dalam
hidupku. Mama tidak akan kembali lagi. Aku melirik kearah Sue yang sedang mabuk
dan khayal dengan pil ecstasy. Aku tiba-tiba merasa meluat melihat perangai orang
di sekelilingku. Masing-masing sudah lalok dan khayal dengan pil ecstasy. Aku
tidak menyentuh dadah tersebut apatah lagi mengambilnya malam ini. Malam ini
aku tidak begitu teruja untuk keluar berhibur seperti selalu. Namun diatas
desakan teman-temanku. Aku paksakan diri untuk pergi. Selalunya akulah orang
yang pertama akan memakan pil tersebut sebaik sahaja berada di dalam club demi
untuk mendapatkan kepuasan. Tapi hari aku hanya melihat sahaja pil-pil tersebut
berteraburan di atas meja. Azman menyerahkan kepada ku sebiji pil bila
dilihatnya aku masih lagi tidak menyentuh pil. Aku mengelengkan kepala tanda
tidak mahu. Aku tidak punya mood. Aku mula merasa bosan teramat sangat, hidup
ini tiada makna tanpa mama. Aku seperti orang kehilangan arah tujuan. Perkara
yang selalu membuatkan aku happy tidak lagi mengembirakan aku. Aku tidak lagi
ghairah untuk berseronok hari ini. Sejak dua tiga hari lepas, moodku tidak
begitu baik. Ada sahaja yang tidak kena di mataku. Malah teman-teman ku sering
menjadi mangsa kemarahanku walaupun kesalahan mereka tidak seberapa. Aku
merasakan ada yang tidak kena pada diriku. Puas sudah aku mencari jawapannya
namun sehingga kini masih lagi belum terjawab dan ku temui. Aku tidak tahu apa
yang aku cari. Shima, Sue dan Tiara macam biasa, mereka sukakan keseronokan
tiada sedikitpun mereka merasa bosan seperti diriku. Aku dan mereka kenalan rapat
sudah lama, kami masing-masing anak orang berada. Selalu clubbing bersama dan
berkongsi suka duka bersama. Kami sudah diibaratkan sebagai isi dengan kuku. Kami
bebas untuk melakukan apa sahaja kerana tiada siapa yang menyekat kebebasan kami,
malah ibu bapa kami tidak pernah melarang atau menegur akan perangai kami yang
liar kerana mereka sporting dan lagi masing-masing sibuk bekerja dan juga mengejar
kekayaan. Pada kami. Itu yang kami mahukan dari ibu bapa kami hidup bebas tanpa
batasan.
“Dani,
nak lepak rumah aku,” teguran Azman membuatkan aku tersentak dari mengelamun
panjang. Aku menolak muka Azman jauh dari wajahku kerana tidak tahan akan bau
arak yang keluar dari mulutnya. Sesak nafasku bila terhidu baunya. Selalunya
aku tidak kisah malah aku ikut sama minum minuman itu bila setiap kali kami
keluar clubbing. Itu sudah menjadi minuman kebiasaan kami.
“I’m
going home today,” jawabku ringkas.
“Balik
rumah, apa yang ada kat rumah?,” jawab Azman seraya mentertawakan Dania.
“I
miss my room,” jawabku memberi alasan kerana aku tahu tiada gunanya bertekak
dengan orang yang sudah mabuk. Aku melirik kearah jam di pergelangan tanganku.
Jarum jam menunjukkan pukul 11.20 malam. Aku sudah mula tidak betah berada lama
di tempat ini walaupun kami baru sahaja berada di sini setengah jam yang lalu.
Aku menoleh ke arah Shima dan Tiara mereka sedang terkinja-kinja di dewan tari
bersama teman-teman Azman manakala Sue kini terbaring di atas sofa di kerjakan
Azman. Tangan rakus Azman merayap di seluruh tubuh Sue. Aku tiba-tiba merasa
jijik melihat keadaan mereka. Begitukah keadaan aku seperti Sue tidak sedarkan
diri ketika mabuk. Adakah aku juga di kerjakan Azman dan teman-temannya
sepertimana Azman melakukannya keatas diri Sue. Aku segera mencapai tas
tanganku seraya bangun dari sofa meninggalkan Azman dan Sue yang masih lagi
bercumbuan. Tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu aku meredah ruang tarian
yang sarat dengan pengunjung-pengunjung yang sedang berseronok. Tanpa menoleh
ke belakang lagi aku cuba meloloskan diri untuk segera keluar dari tempat puaka
ini.
“Watch
where you are going...,” marah seorang lelaki bila aku tidak tersengaja terlanggar
dirinya yang kebetulan sedang memegang minuman. Minuman yang dipegangnya
tertumpah di bajunya. Dalam samar-samar aku cuba melihat wajahnya. Mungkin aku
kenal akan dia. Yelah kami pengunjung tetap di club ini. Jadi aku kenal
beberapa orang yang selalu kemari.
Sah
memang aku kenal akan lelaki yang ku langgar itu. Ariel Ahmad. Aku memang sudah
lama meminati lelaki itu. He’s charming and good looking for a malay guy. Dan
sehingga kini aku masih lagi belum berpeluang untuk mendapatkan perhatian
darinya. Ikutkan dengan paras rupaku yang cantik dan memiliki body yang
mengiurkan aku mudah mendapat perhatian mana-mana lelaki. But Ariel. He’s not an easy person to
deal with. He’s the only guy is hard to please. Aku percaya Ariel perasan akan
kami berempat kerana kami adalah pengunjung tetap club tersebut termasuklah
dirinya. Bezanya kami berempat selalu ditemani Azman dan teman-temannya
manakala Ariel selalu bertukar-tukar pasangan bila kemari. Malah Tiara pernah dibawa
pulang Ariel sekali. Temanku itu menyangka dia sudah berjaya menakluki hati Ariel
kerana Ariel membawanya pulang. Tapi jangkaannya itu salah bila Ariel tidak
pernah menghubungi Tiara selepas mereka bermalam bersama. Ariel tidak pernah
melayan bila Tiara cuba
mengodanya lagi. Menurut kenalan Ariel. Ariel tidak akan meniduri wanita yang
sama lebih dari sekali. Once only. And he’s quite choosy. Tak semua perempuan
cantik dan mengoda itu akan menjadi pilihannya. Dan tak semua wanita yang di
bawanya pulang akan dibawa tidur bersama dengannya, pelik memang pelik lelaki
itu. Apa tujuannya membawa wanita-wanita itu pulang, hanya hendak dijadikan
teman berbual? Hampir kesemua wanita yang pernah bermalam dengannya menyatakan Ariel
hebat di ranjang walaupun pada hakikatnya Ariel tidak pernah menyentuh mereka. Mereka
mengaku begitu hanya untuk menutup malu kerana tidak dilayan Ariel. Dan aku
percaya Tiara terjatuh dalam kategori perempuan yang dibawa pulang oleh Ariel
tapi dia tidak melakukan apa-apa ke atas dirinya. Cemburu. Bukan kerana aku
cemburu, aku mengesyaki Tiara tergolong dalam kategori tersebut kerana bila
setiap kali aku bertanyakan tentang pengalamannya dengan Ariel, Tiara akan
menceritakan kepadaku berlainan-lainan versinya tak consistent. Aku tidak tahu
mana yang betul sekejap dia kata Ariel membawanya pulang ke Condonya, sekejap
dia mengatakan Ariel menyewa Hotel Hyatt untuk bermalam dengannya, sekejap dia
kata Ariel hanya menghantarnya pulang. Aku menjadi bingung sendiri. Dan lagi
Tiara seakan cuba
mengelak bila aku bertanya lebih lanjut mengenai Ariel. Tiara tahu aku meminati
Ariel. Sebagai kawan Tiara seharusnya berkongsi cerita mengenai lelaki yang ku
minati tapi Tiara seperti tidak berminat untuk berbuat demikian. Mungkinkah
Tiara benar-benar sukakan Ariel maka dia tidak bersedia untuk berkongsi
maklumat mengenai dirinya dengan aku? But that’s not Tiara that I’ve known. Her
favorite phrase “Too many guys too little time”. Yup we are like the characters
from the Sex & the City. Tiara more like Samatha, Sue – Charlotte, Shima – Miranda
dan karektorku seperti Carrie. Jadi
bila Tiara a bit reluctant to share information about this Ariel guy. I’m quite
surprised. She doesn’t like commitment and don’t like to stick to one guy. That’s
her principle. Itu yang membuatkan aku mahu mengenali lelaki misteri itu. What’s
so special about him? Aku pernah melihat jejaka kacak itu mabuk dan bercumbuan
dengan berlainan wanita setiap kali kami lihat dia kemari. He’s kasanova. So, nothing
new?
“I’m so sorry, I didn’t see you,”
jawabku lalu memandang ke arahnya berharap dia mengenali diriku.
Ariel tidak menjawab dia meletak
dua gelas minuman yang tertumpah itu di atas meja kecil. Tangannya mengibas
shirt hitamnya yang terkena tumpahan air. Tanpa memperdulikan aku yang masih
tercegat memandang ke arahnya dia berjalan menuju kearah bar. Aku mendengus geram
bila Ariel berkelakuan demikian. Snob. Arrogant piece of s@#% cemuh ku dalam
hati. Jerk. Berbakul-bakul aku memakinya. Who he think he is? Belum pernah
lelaki tidak pandang aku lebih dari sekali. Mereka kagum akan kecantikan rupa
parasku. Malah semua lelaki yang ku kenali bersedia untuk menjadi my slave. Sekali
petik ramai lelaki seperti dirinya yang beratur untuk menjadi temanku. But
Ariel? Hanya lelaki itu yang tidak seperti lelaki-lelaki lain. Hatiku panas bila
memikirkan kesombongan Ariel. Aku menolak pintu menuju ke luar dan berjalan
menuju kearah restaurant 24 jam yang berdekatan. Pulang rumah. Aku tidak berniat
untuk pulang terus ke rumah. Tanpa menghiraukan jelingan tajam dari pelanggan
lelaki dan siulan mat-mat motor aku menarik kerusi lalu duduk sambil melemparkan
pandangan kearah jalan raya yang masih lagi sibuk dan penuh dengan kenderaan. Setelah
memesan minuman aku kembali memandang kearah kesibukan jalan raya. Seriously, aku
tidak pernah merasa bosan seperti hari ini. Night still young. Kalau aku masih
lagi berada di dalam club kami hanya meninggalkan club bila club tersebut
tutup. Malam kami seperti siang dan di waktu siang kami menghabiskan masa untuk
tidur. That’s our life. Shopping and clubbing. Aku mengalihkan pandangan kearah
bangunan bersebelahan dengan restaurant bila terdengar suara kekecohan sekumpulan
anak-anak muda yang hampir sebaya denganku pulang dari kelas malam. Mereka
menghadiri kelas malam untuk mendapatkan diploma. Ada diantara mereka menuju ke restaurant
untuk makan supper dan ada yang terus ke bus stop supaya tidak tertinggal bas
terakhir untuk pulang ke rumah.
“Miera tak nak join kami,” pelawa
Azlin.
“Tak apalah Lin, lain kali aje
lagipun kelas malam ni habis lambat takut tak sempat nak dapatkan bas nanti,”
“Oklah kalau macam tu, kita jumpa
lagi minggu depan ok, assalamualaikum,” ujar Azlin lalu bersalaman dengan
Amiera.
“Waalaikumsalam, Insyallah,
jangan balik lambat tau,” pesan Miera sebelum mengatur langkah menuju ke arah
bus stop di hadapan.
Azlin tidak menjawab dia hanya
menganggukkan kepalanya perlahan.
Aku mengalihkan pandangan kearah
gadis yang bernama Miera. Gadis cantik bertudung biru berblaus putih itu ku
pandang dengan penuh minat. Macam pernah ku lihat wajahnya sebelum ini. Tapi di
mana? Aku berusaha untuk mengingatkan di mana aku bertemu dengannya. Oh ya?
Miera jiran arwah mama di kampong. Dia belajar disini. Bisikku lalu melirik
kearah bangunan di sebelah restaurant tersebut. Aku meletak
note 5 ringgit di atas meja lalu mencapai tas tanganku. Aku mengeluarkan kunci
kereta tergesa-gesa. Aku masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin. Stering
keretaku ku tolak ke kanan untuk membelokkan kereta kearah perhentian bus dimana
Miera masih lagi berada disana sedang menunggu bas. Aku menekan hon untuk
mendapatkan perhatiannya. Miera menoleh kearah kereta Honda hitam yang berhenti
tidak jauh darinya sekilas bila hon di bunyikan. Miera segera mengalihkan
pandangannya kearah bas yang menuju kearah bas stop mengharap bahawa itu bas
yang di tunggu. Bila menyedari bukan basnya Miera kembali duduk ke tempat
asalnya lalu membaca buku yang dipegangnya tadi.
Aku
mengeluh kecil bila usahaku untuk mendapatkan perhatian Miera tidak berhasil.
Aku mematikan enjiin lalu keluar dari kereta. Dress putih pendek yang ku pakai
ku tarik ke bawah perlahan. Aku melabuhkan punggung duduk bersebelahan dengan
Miera yang kelihatan leka membaca buku.
“Hello
you Miera kan?,” ujarku menegur gadis itu setelah yakin gadis itu adalah jiran
arwah mama.
Miera menoleh ke
kanan bila ditegur seseorang. Dia membuahkan senyum sebaik terpandang akan
wajah cantik wanita muda yang menegurnya tadi lalu menganggukkan kepalanya
perlahan kerana mengecam akan wajah wanita muda itu.
“Dania, apa
khabar?,” soalnya ramah lalu tersenyum. Dia menutup buku yang di bacanya lalu
memandang tepat ke wajah wanita muda yang menegurnya. Dia tidak menyangka akan
dapat bertemu dengan Dania lagi. Dania tidak lagi pulang ke kampung sejak arwah
jirannya tiada. Rumah
peninggalan mamanya dibiarkan kosong.
“Still trying to except the fact
that my mum is gone,” jawabku tanpa berselindung cuba menyembunyikan perasaan
sedihku.
“Sabarlah Dania, setiap yang hidup
pasti akan mati, banyak-banyaklah sedekahkan al-fateha kepada roh mama Dania, agar
rohnya di tempatkan di samping orang-orang yang beriman, in shah allah,” pujuk
Meira.
Aku terkedu bila Miera berkata
demikian. Bagaimana hendak ku sedekahkah al-fateha sekiranya aku sendiri sudah
tidak tahu membacanya. Aku mahu mama masuk syurga. Aku mahu mama di tempatkan
di tempat yang istimewa. Tapi aku tidak tahu bagaimana caranya. Aku benar-benar
perlukan bantuan. Tapi kepada siapa hendak ku minta bantuan. Aku tidak punya
kenalan yang dapat membimbingku. Aku menoleh kearah Miera. Ya, Miera. Mungkin
Meira dapat membantuku.
“You boleh tolong I,” ujarku memandang
kearah Miera.
“Bantu, in sha allah apa yang Dania hendak
saya bantu,” soal Miera.
“I need someone to guide me,”
“Guide?,”
“Someone to guide me to become a good
muslim,” jawabku seraya menoleh kearah Miera.
“Really, syukur al ham du llilah,
in shah allah saya akan membantu Dania setakat mana yang mampu,” jawab Miera seraya
tersenyum gembira. Dia benar-benar bersyukur ke hadrat illahi membuka pintu
hati Dania untuk bertaubat. Kalaulah cik Aishah masih hidup pasti dia gembira
doanya diperkenankan allah.
“Terima kasih,” jawabku sebak tatkala
terbayangkan wajah mama menguntum senyum bila aku berkata demikian. Oh mama,
semoga kau di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
“Er Miera nak balik ke, biar I hantarkan
dah lewat ni,” ujarku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku.
Miera mengerutkan dahinya lalu
menjeling kearah jam di pergelangan tangannya.
“Tak menyusahkan ke?,” soal
Miera.
“Menyusahkan, mana ada, Miera dah
banyak bantu arwah mama Dania, mama selalu kata Miera selalu menemaninya bila
balik ke kampong, terima kasih Miera,” ujarku kerana kelmarin aku tidak sempat
mengucapkan terima kasih kepada Miera. Selepas pengembumian mama aku terus
pulang ke Kuala Lumpur .
Aku meminta Miera membantuku untuk membuat kenduri tahlil untuk arwah mama dan
memberi wang secukupnya untuk majlis tersebut.
“Baiklah, alhamdulilah terima
kasih,” jawab Miera lalu mencapai bagnya. Kami berdua bangkit dari bangku bas
stop. Seperti tadi juga aku cuba
menarik dress ketatku agar tidak ternaik ke atas.
bersambung...
No comments:
Post a Comment