Monday, 24 February 2014

Qada dan Qadar - Part 4


                               Aku segera mematikan stereo bila lagu dari nyayian Lady Gaga Alejandro berkumandang di corong radio. Walaupun aku meminati Lagu dari nyanyian Lady Gaga. Hari ini aku tidak berminat untuk mendengarnya. Aku lebih berminat untuk mengenali Miera lebih rapat lagi. Aku tidak tahu kenapa. Ikutkan aku tidak pernah berminat untuk berkawan dengan minah bertudung.
 

                              “You don’t mind berkawan dengan I,” soalku tiba-tiba bila menyedari Miera tidak sedikitpun merasa janggal bersama denganku. Dia tidak memandangku dari atas hingga kebawah seperti perempuan bertudung lain bila setiap kali kami berselisih jalan dengan mereka. Miera tidak. Malah Miera juga yang menyelamatkan aku di kampung kelmarin bila aku tiba di kampung dalam keadaan yang tidak terurus. Miera tidak pernah mengenaliku secara peribadi. Dia hanya tahu mengenai diriku dari arwah mama.
 

                              “Apa yang nak di kisahkan, menambahkan kenalan, mengeratkan silatulrahim,” jawab Miera lalu menoleh ke arahku.
 

                              Aku terdiam bila Miera berkata demikian.
 

                              “Frankly speaking, I’m clueless, I felt empty, I don’t feel the same,” jawabku meluahkan isi hati dan perasaanku kepada Miera berharap dia mengerti akan perasaan kekecewaanku.
 

                              “Sabarlah Dania, mungkin ada hikmahnya di sebalik pertemuan kita hari ini,” jawab Miera sambil tersenyum.
 

                              “Is that the way you talk to people all the time,” soalku ingin tahu.
 

                              “Maksud Dania,”
 

                              “You soft spoken, look so calm apa rahsia you?,”
 

                              “Bercakap dengan perlahan dan sopan membuatkan orang akan merasa tenang berbual dengan kita, saya pun manusia biasa, kadang-kadang tu ada juga perasaan marah tapi bila setiap kali saya merasa demikian saya beristifar banyak-banyak dan ia akan melembutkan hati saya,” terang Miera sambil tersenyum.
 

                              “Istifar tu apa?,” soalku dengan wajah tak bersalah.
 

                              Miera beristifar dalam hati kerana agak terkejut kerana Dania tidak tahu apa itu istifar. Namun begitu Miera cuba berlagak biasa kerana tidak mahu menyinggung perasaan Dania.
 

                              “Astarfiruallallazim, Dania cuba ulang beberapa kali sehingga hati Dania merasa tenang, in sha allah,” ujar Miera lalu tersenyum.
 

                              Aku mencubanya di dalam hati. Dan mengulanginya beberapa kali. Benar kata Miera hatiku mula merasa tenang bila aku berbuat demikian. Tidak berkecamuk dan tidak tentu arah seperti tadi. Tidak resah seperti selalu. Adakah itu yang aku cari selama ini. Ketenangan jiwa. Mengenali allah. Mendekatkan diri kepadanya.
 

                              “Dania, ok ke?,” soal Miera bila dilihatnya air mata Dania mengalir perlahan di pipinya.
 

                              Aku segera menyeka airmataku. Hatiku merasa sebak tiba-tiba mengenangkan bahawa selama ini aku tidak pernah mengenal agama ku. Walaupun dilahirkan dalam agama islam namun aku tidak pernah mempraktikannya. Papa tidak pernah menghantar aku ke sekolah agama mahupun mengaji. Aku jahil dalam ilmu agama. Tidak tahu membezakan halal dan haram. Yang aku tahu Syurga dan Neraka. Siapa yang meninggalkan larangan allah dan lakukan apa yang di suruhnya akan memasuki syurga manakala orang yang tidak mengikuti suruhannya akan di campakkan ke neraka. Siapa yang mahu ke neraka. Aku yang banyak melakukan dosa tidak ingin ke neraka. Untuk ke Syurga, tiada jalan pintas untuk masuk ke syurga melainkan aku sendiri melakukan sesuatu untuk merubah cara hidupku dan balik ke pangkal jalan dan mempelajari ilmu agama islam sebelum ianya terlambat. Tapi bagaimana hendak aku mulakan. Terasa menyesal kerana tidak mendengar nasihat mama selama ini. Kalau mama masih hidup tentu dia yang akan dapat membimbingku. Kini mama tiada lagi di dunia ini. Siapa yang dapat membantu aku. Papa. Teman-temanku. Mereka sendiri jahil dan alpha pada syurga dunia.
 

                              “Nothing,” jawabku cuba menyembunyikan perasaanku.
 

                              “Ibu saudara Miera bekas seorang guru agama di sekolah Ustazah, dia boleh mengajar Dania, tapi Dania kena tinggal bersama dengannya sekurang-kurangnya sebulan kerana dia tinggal jauh dari bandar ini,” ujar Miera seraya menoleh kea rah Dania.
 

                              “Really, no problem, bila I boleh pergi jumpa Ustazah tu,” soalku tanpa berfikir panjang.
 

                              “Miera cuba hubungi sepupu Miera dulu, in sha allah kalau semuanya ok saya akan hubungi Dania,” jawab Miera lagi.
 

                              “Boleh ke Ustazah tu terima I sebagai studentnya, don’t expect me to wear hijjab straight away, I promise I will change but bit by bit, not in a drastic way,” jawabku tersenyum bila Miera ghairah bila aku berkata demikian. Aku membelok kan kereta ku kearah flat angsana tempat tinggal Miera. Aku memberhentikan kereta dekat dengan lift lobby.
 

                              “Terima kasih Dania kerana tumpangkan saya, ini nombor telefon bimbit saya,” ujar Miera seraya bersalaman dengan Dania.
 

                              Aku mencapai kertas kecil yang tertulis nombor telefon bimbit Miera lalu menyimpannya ke dalam tas tanganku.
 

                              “Thanks, don’t forget to call me about the Ustazah thing,” ujarku sambil tersenyum.
 

                              “in sha allah,” jawab Miera.
 

                              “Ok, in sha allah,” jawabku teragak-agak kerana aku tidak pernah berkata demikian seumur hidupku. Walaupun terasa agak janggal tapi aku cuba.
 
 
 
bersambung...

1 comment: