Sepanjang
perjalanan ke tempat kerja aku asyik memikirkan Shafiq. Semalam langsung dia
tak call mahupun message aku. Kadang-kadang geram juga kerana dia punya masa
untuk melayan orang lain dan untuk tunangnya sendiri pun dia tak lalu hendak
layan. Siapa yang dia sayang sebenarnya. Aku atau wanita-wanita yang dia kata
untuk suka-suka. Hati siapa yang tidak sakit jika orang yang kita sayang
terang-terangan berbuat begitu di hadapan kita. Apa Shafiq ingat aku tunggul
yang tidak punya hati dan perasaan maka sewenang-wenangnya dia berbuat demikian
terhadap diriku. Bila di tanya samada dia sayang padaku. Dia beria-ia
menyatakan bahawa dia cinta dan sayang padaku. Entahlah aku tidak tahu akan
perangai lelaki sekarang yang mengakal.
Stress aku
memikirkannya. Aku menyeluk bag tangan bila terasa handphone ku bergegar.
Morning sayang, dah sampai werk place?
Aku
menjeling meluat bila menerima message Shafiq. Baru sekarang hendak ditanya
khabar aku? Semalaman dia kemana? Tidak kisah tentang diriku langsung.
OTW to werk masih dalam bus. Semalam you
kemana? Tak call or message me satu hari pun.
Sorry sayang I out-station pegi Singapore
baru balik ni.
Out-station kenapa tak beritahu?
Last minute boss suruh attend meeting kat Singapore.
Sorry I tak sempat nak beritahu you.
Aku
menjeling lagi. Tak sempat macamlah dia harus mencari public phone untuk
telefon aku. Ini semua alasan sahaja. Macamlah aku tak tahu dia malas hendak
memberitahuku.
I dah nak alight ni. Petang jumpa?
Sorry sayang lusa can? I macam tak sedap
badan lah. I think I want to rest at home.
Sekali lagi
aku mencebik bila Syafiq memberi aku alasan sedemikian. Malas aku hendak
melayan karenah Syafiq. Tak nak jumpa sudah. Aku pun tak kisah. Kalau jumpa
hanya menaikkan darah aku aje.
Ok. Call you later. Take Care.
Bye sayang. Take Care.
Aku menyimpan
handphone kembali ke dalam bag tanganku dengan perasaan sebal. Aku semacam
putus asa dengan hubungan kami. Kalau tidak kerana aku masih sayangkan Shafiq
sudah lama aku memutuskan pertunangan kami. Buat apa kalau selalu sakit hati
memikirkan perangai kasanovanya. Ini baru tunang belum berkahwin, sudah buat
macam-macam perangai.
Aku
mencapai handphone lalu menaip sesuatu.
Lynda aku frust dengan perangai Shafiq.
Dia buat endah tak endah sahaja perasaan aku. Benci. Macam hendak putuskan
tunang sahaja.
Aku
mencampak handphone ke dalam bag tangan sebaik sahaja aku melepaskan geram di
watsapp. Aku tidak kisah lagi kalau Lynda tidak menjawab messageku yang penting
aku dapat melepaskan perasaan geramku.
Kali ini
watsapp notification aku berbunyi. Aku mencapai handphone sambil lewa.
Putus sahaja tunang dengan Shafiq.
Aku
mengerutkan dahi sebaik sahaja terbaca message kedua kalinya yang dijawab oleh
Lynda. Ringkas sahaja bunyinya. Putus sahaja tunang dengan Shafiq. Lynda pun
satu, hampir seminggu aku message baru kali ini dia hendak memberi aku nasihat.
Dan nasihat yang di berikan begitu mudah. Putus sahaja tunang full stop.
Lynda kau tak komen apa-apa sebelum ini
kau suruh aku putus tunang macam tu saja?? L
Lynda
menaip sesuatu aku menanti messagenya dengan penuh debaran kerana hendak tahu
apa nasihat yang hendak di sampaikan kepada ku.
You nak nasihat. Sekarang I bagi you
nasihat. Putuskan sahaja pertunangan you dengan Shafiq.
What the
hell? Lynda tidak pernah begitu blunt. Selalunya Lynda akan beri aku nasihat yang
munasabah dan tidak terlalu direct. Aku tidak puas hati dengan nasihat Lynda
berikan. Ah. Call Lynda lebih baik. Aku mendial nombor Lynda.
“Hello
Lynda, aku ni Farah,” ujarku sebaik sahaja telefon di jawab. Sebaik sahaja
pintu bus buka. Aku berjalan menuju kearah bangku berdekatan.
“Hello,”
jawab orang yang menyambut panggilan.
“Hello,
siapa ni?,” soalku agak terperanjat bila yang menjawab telefon bukannya Lynda
kerana yang menjawab telefon adalah seorang lelaki.
“Mikhail,”
jawab nya ringkas.
“Maaf Lynda
ada, boleh saya bercakap dengan Lynda,”
“No such
person,”
“Ini number
016 723 4561 kan?,” ujarku cemas takut tersalah dial.
“Yes,”
“Jadi betul
lah ini number Lynda, you must be Lynda’s boyfriend, can I speak to her please,
it’s kind of urgent,” ujarku terdesak kerana aku benar-benar mahu berbual
dengan Lynda.
“Sweety
there’s no Lynda here and I’m not Lynda’s boyfriend,”
“You can’t
be serious, dia baru saja reply my watsapp,” ujarku tidak berpuas hati dengan
jawapan lelaki itu. Mengada nak berslang-slang mat saleh sepak karang. Cemuhku
dalam hati meluat dengan boyfriend Lynda. Nama Mikhail melayu tetapi hendak
berbual mengalahkan mat-saleh. Pfft.
“It’s me
who reply to your watsapp,”
“What the-
are you telling me that Lynda is no longer using this number?,” ujarku baran. Siapa
lelaki itu untuk mencampuri urusan aku?
“Yes,”
“So all
along I have been messaging and telling you about my personal problem? Why
can’t you say something? How could you? You invading my privacy,” ujarku
berang. Kalau benar Lynda tidak lagi mengunakan number tersebut, kenapa lelaki
itu tidak berterus terang dari awal. Kenapa lelaki itu mendiamkan diri. Dasar
jantan tidak bermaruah. Cemuhku dalam hati. Sakit benar hatiku dengan lelaki
ini. Sudahlah aku punya masalah hubungan dengan Shafiq ditambah pula dengan
masalah aku menceritakan segala perihal peribadiku kepada orang yang aku tidak
kenali langsung.
“Pardon me,
siapa yang invade privacy siapa sekarang ni?,” ujar lelaki itu bila wanita yang
di kenali sebagai Farah menuduhnya mencerobohi ruang peribadinya.
“Don’t act
smart Mr., you know very well I tersalah orang from the start why can’t you
tell me,” ujarku cuba mengawal perasaan marah. Ikutkan hati hendak sahaja aku
menjerit di telefon. Lelaki sombong.
“I did,”
jawabnya ringkas tanpa mengulas panjang.
“Bila?
never you hanya mendiamkan diri, seronok ke tahu hal ehwal orang lain,” ujarku
geram sempat menoleh ke kiri kananku berharap tiada sesiapa berada berdekatan
denganku. Takut nanti orang boleh kena heart attack bila mendengar aku menjerit
nanti. Hilang keangunan aku bila baran. Ah lantaklah. Aku tengah marah ni.
“Sweety
cuba you tengok profile number yang you dial?,” ujar Mikhail nada suaranya
bertukar perlahan. Dia tahu wanita itu sedang marah dan dia tidak mahu bergaduh
dengan orang yang tidak dia kenali di telefon.
“Don’t you
sweety me, I’m not your friend,” bentakku bila lelaki itu berkata demikian.
Bloody swine. Sewenang-wenangnya memanggil aku sweety. Aku mengikut seperti
yang di arah Mikhail. Gambar profil seorang seorang lelaki black and white.
Normal lah tu. Aku pun kekadang letak gambar lelaki pujaanku di profile. Dan
Lynda pun selalu letak gambar model-model lelaki yang di minatinya di profile.
So apa yang hendak aku herankan. Sambil lewa aku menekan gambar profil itu agar
aku dapat melihatnya dengan jelas. Serious ini Mikhail, aku zoom in gambar
profil itu lagi untuk memastikan aku dapat meneka siapa lelaki itu, pasti
model-model terkenal yang aku tahu. Ah tak mungkin itu Mikhail. Ini gambar
model yang di ambil dari internet. Bisikku dalam hati, yakin itu bukan Mikhail.
“Ah gambar
orang lain you letak kan, kenapa tak letak gambar sendiri,” sindirku.
“Ah yes, I
suka letak gambar orang lain, so that orang tidak I kenali, tidak akan stalked
I,” jawab Mikhail menyindir wanita itu kembali. Dia tidak perlu menyakinkan
wanita itu kerana mereka orang asing.
“Whatever,
you don’t have to be rude, jangan hendak mengada-ada sangatlah,” ujarku
membalas kata-kata lelaki itu.
Wait a
minute, jika aku dapat melihat profil Mikhail ini bermakna Mikhail dapat juga
melihat profil aku. Ah sudah. Aku menekan watsapp melihat gambar watsappku.
Gambar aku dengan Shafiq bersama di dalam frame bentuk hati. Kenapalah aku
tidak ganti gambar lain. Haizz. Lantaklah apa aku kisah. Lagipun gambar profil
dia pun bukannya gambar betul.
“I don’t
have time for this, I did told you, tapi you still carry on messaging me, I
don’t know why, and for you information I ni lelaki, I’m not interested hendak ambil
tahu kisah you dengan your tunang and today I told you to putuskan sahaja
tunang dengannya supaya you will stop messaging me,” terang Mikhail panjang
lebar. Ikutkan, dia malas hendak melayan wanita yang menuduh dia mencerobohi
ruang peribadinya.
Aku terkedu
seketika bila lelaki itu berkata demikian. Aku menyusahkan dia keterlaluan
sangat ke sehingga dia tidak tahan membaca keluhan hatiku.
“Hello,”
ujar lelaki itu bila tiada jawapan yang di dengar dari hujung talian.
“Yeah, I’m
sorry ok,” jawabku menahan sebak. Benar-benar terasa dengan tindakan lelaki itu
Aku tidak sepatutnya emosi akan kata-kata lelaki itu. Dia tidak mengenali aku
dan dia tidak berhak menghakimi aku dengan hanya membaca message-message ku
sahaja.
“Maaf saya
tidak bermaksud untuk bertegas dengan awak, tetapi awak sudah di kirakan
menyusahkan saya, bukan sekali awak tersalah menghantar pesanan sudah banyak
kali dan saya tidak suka menghubungi orang yang saya tidak kenali sebab itu
saya tidak menghubungi awak memberitahu akan perkara yang sebenar, kerana saya
fikir setelah tiada jawapan dari saya, awak akan berhenti dari menghantar
pesanan lagi,” terang lelaki itu perlahan seolah-olah cuba mengawal suaranya
agar tidak terlalu kuat. Latar belakangnya bising seolah-olah dia berada di
seminar atau di bilik mesyuarat.
“But
frankly speaking, kalau you perlukan nasihat yang jujur, buat sepertimana yang
I sarankan, putuskan sahaja pertunangan you dengan Shafiq, I’m in the middle of
something, I’m sorry for being blunt earlier, got to go,”
ujar Mikhail lalu mematikan talian.
Aku cuba
memahami akan maksud sebenar lelaki itu. Boleh kah aku hidup tanpa Shafiq? Dan
bolehkah aku hidup jika Shafiq terus-terusan bersikap demikian walaupun kami
sudah berumahtangga nanti. Bolehkah aku bertahan dengan perangai dan sikap
Shafiq.
bersambung...
No comments:
Post a Comment