Thursday, 6 February 2014

Watsapp Luv! - Part 18



“Psst, babe company nak volunteer for the old folks home, interested?” tegur Nora sebaik sahaja Farah kembali ke mejanya. Nora terbaca email dari committee meminta pekerja syarikat menjadi sukarelawan badan-badan kebajikan yang syarikat kami pilih untuk membantu. Selain dari menderma Syarikat mengadakan majlis hari-hari istimewa seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan juga Christmas menyambut bersama badan kebajikan yang syarikat pilih. Jadi beberapa pekerja Syarikat diminta menjadi sukarelawan untuk menjayakan majlis yang di anjur.

Aku menghirup coffee perlahan lalu melirik kearah Nora yang masih menanti jawapan dariku.

“Aku ons kalau kau ons,” jawabku sebaik sahaja meletak mug berisi coffee di atas coaster. Last year company kami volunteer untuk anak Yatim. Tahun ini volunteer untuk warga emas. Tahun lepas aku benar-benar terhibur dengan keletah anak-anak kecil yang kami raikan bersama. Kami mengadakan game dan pelbagai acara untuk menghiburkan mereka. Aku pernah mengajak Shafiq tapi lelaki itu selalu memberi alasan bahawa dia sibuk atau erti kata lain dia tidak berminat untuk menjadi sukarelawan.

“Great, I will email to the committee member, aku ingat nak ajak Farhan sekali kau tak ajak Shafiq?” ujar Nora sambil menaip email kepada committee.

“Shafiq, I don’t think so, tapi kalau kau nak bawak Farhan bawaklah aku tak kisah,” jawabku tidak menoleh kearah Nora. Aku sibuk membalas email dari akaun mengenai travel claim bos ku.

“Betul kau tak kisah, kalau kau tak selesa, aku tak jadi nak ajak Farhan,”

“Eh aku oklah, it’s good that Farhan suka buat kerja-kerja amal ni, don’t because of me kau tak ajak dia pulak aku cubit kau baru tahu,” ugutku bila Nora mengatakan dia tidak jadi mengajak Farhan sekiranya aku tidak membawa Shafiq.

“Serius, oklah,” jawab Nora ceria lalu menekan send. Email dihantar kepada committee member.

Aku sibuk memformat dokumen yang baru di beri Mr. Adrian. Mr. Adrian hendakkan dokumen itu untuk mesyuarat petang nanti.

“Kau dengan Shafiq ok?” tegur Nora.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya?” soalku masih lagi memandang kearah screen monitor di hadapanku. Jariku ligat mengetuk papan keyboard.

“Tak lah aku tengok kau lebih happy sebelum kau bertunang dengan Shafiq, I thought you would be happier bila dah menjadi tunangan Shafiq sekarang,” ujar Nora. Bukan dia hendak menjaga tepi kain Farah. Tapi sebagai teman rapat dia dapat merasakan ada yang tidak kena tentang hubungan Farah dengan Shafiq.

“I thought so too, I thought I would be the most happiest woman in the world bila sudah menjadi tunangan Shafiq, but sadly I don’t feel that way, Shafiq yang aku kenal dulu tidak sama dengan Shafiq sekarang,” keluhku perlahan. Kadang kala aku dapat merasakan Shafiq seperti tidak mahu bertunang apatah lagi bernikah dengan aku.

“Maksud kau?,”

“Pernah tak kau rasa kau bersama orang itu tapi kau rasa he’s not really into you, that kind of vibe, macam dia buat ni semua kerana tiada pilihan lain atau you his last choice,” jawabku lalu memandang kearah Nora. Itu yang aku rasakan bila setiap kali bersama dengan Shafiq. Atau ianya hanya perasaan aku sendiri.

“I know that kind of feeling, it’s bad, kau yakin Shafiq buat macam tu pada diri kau,” ujar Nora. Kalau itu yang di rasa Farah setiap kali bersama Shafiq. Kemungkinan besar Shafiq memang merasa demikian terhadap diri Farah. Kalau tidak masakan Farah merasainya.

“Itu yang aku rasa bila setiap kali bersama dengan Shafiq,” jawabku

“How’s Shafiq behavior towards you?,”

“He’s still say I love u, sayang and all but I feel it’s not from the bottom of his heart, do you think he is in love with someone else,” ujarku lalu memandang kearah Nora. Aku tidak tahu dimana datangnya idea bahawa Shafiq cintakan orang lain? Betul ke Shafiq tidak cintakan aku? Aku menjadi kalut sendiri.

“Aku rasa itu hanya perasaan kau sahaja Farah, mungkin kau stress Shafiq selalu out-station dan majlis kau pun dah tak lama lagi kan, sebab itu kau fikir yang bukan-bukan, insyallah tak ada apa-apalah?,” terang Nora cuba menyenangkan hati temannya. Yelah dia bukan sehari dua kenal dengan Farah dan Shafiq. Shafiq sayangkan Farah. Mereka pasangan ideal.

“Aku pun harap begitu juga,” ujarku perlahan berharap bahawa apa yang dikatakan Nora itu benar. Dan apa yang aku rasa hanya perasaan aku sahaja.

 
bersambung...

No comments:

Post a Comment