Cincin
zamrud itu berpindah tangan dari Tasha kepada Lisa. Lisa membelek-belek cincin
pertunangan Farah sambil tersenyum. Dia turut akui akan kecantikan cincin
tunang zamrud pemberian Shafiq. Jarang sekali orang memberi cincin tunang milik
turun temurun keluarga lelaki tersebut. Inilah kali pertama dia melihatnya.
Cincin itu memang cantik dan klassik. Mereka mengucapkan tahniah dan gembira
Farah akan berumahtangga tidak lama lagi. Bolehlah join married women club. Lama
benar Farah tidak bertemu dengan Lisa, Mia dan Tasha teman sekolah dahulu.
Kebetulan juga Mia itu adalah sepupu kepada Shafiq dan agak rapat dengan
keluarganya.
“Show me,
show me the ring,” ujar Mia tidak sabar-sabar lagi sebaik sahaja dia melabuhkan
punggung di atas kerusi. Bag Miu Miunya di campak di atas peha Tasha tanpa memberinya
amaran terlebih dahulu. Terperanjat beruk Tasha dibuatnya. Mia memang begitu
excited tidak menempat. Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat Mia yang
terover excited. Cincin zamrud itu ku serahkan kepada Mia. Mia menyarungkan
cincin tersebut ke jari manisnya dengan wajah selamba.
“Gorgeous
ring, tak sangka jari kau dengan aku lebih kurang eh Farah,” ujar Mia masih
lagi membelek-belek cincin tersebut. Aku membiarkan sahaja Mia mencuba cincin
tersebut.
Tasha dan Lisa
menjeling sesama sendiri bila Mia berkata demikian. Mereka tidak berapa
berkenan dengan perangai Mia yang sentiasa nak “up” sahaja dan tidak mahu
kalah. Hanya dia sahaja yang mampu mendapat yang terbaik. Tasha dan Lisa tidak
faham kenapa Farah masih lagi mahu berkawan dengan Mia sedangkan Mia selalu
memandang rendah pada Farah ada sahaja komennya.
“Betul ke
si Shafiq ni nak kahwin dengan kau, kau tahu kan perangai Shafiq macamana,
playboy tak sudah,” ujar Mia seraya mencapai jus oren Farah lalu menyedutnya
dengan selamba. Mia melambai tangannya ke arah pelayan restoren yang berada
tidak jauh dari meja mereka.
“Insyallah
Shafiq akan berubah nanti, betul tak Farah,” celah Lisa seraya menjeling Mia.
Tidakkah Mia tahu dengan perbuatannya itu menyakitkan hati Farah. Dan Farah
tidak pernah pula melawan atau membidas balik akan kata-kata Mia.
“Hmm tak
rasa, aku lebih kenal sangat perangai sepupu aku tu, we can only hope for the
best,” jawab Mia sambil lewa. Dia membelek-belek menu untuk membuat pesanan.
“Bagi I satu
smoke salmon caesar salad dengan orange carrot juice, thanks,”
Pelayan
tersebut mencatat pesanan yang dibuat oleh Mia seraya berlalu pergi.
“Kenapa
lambat datang Mia lama kita tunggu dah hampir 45 minit,” aku mengubah tajuk
kerana aku tahu Lisa dan Tasha mula rasa tidak kerasan sebaik sahaja Mia join
sama. Walaupun kami bertujuan untuk makan tengahari berempat mood yang gembira
bertukar tense sejak kehadiran Mia.
“Mia tak
pernah lambat, kau orang yang cepat sangat sampai, eh korang tak tahu hendak
berdiet eh, makan yang bergoreng dan berminyak-minyak ni, tak tahu jaga badan
eh, nanti tunang dan suami kau orang lari baru tahu nasib,” ujarnya tersenyum
menyindir matanya melirik kearah pinggan bekas nasi goreng paprik Farah dan
claypot chicken rice Tasha dan Lisa. Kalau dia tidak pernah sentuh makanan
bergoreng. Penampilan harus di jaga.
Panas
telinga Lisa dan Tasha bila Mia memberi komen sedemikian. Ikutkan hati hendak
sahaja di cili-cili mulut Mia yang tak berinsuran tu. Tapi demi Farah mereka
cuba sedaya upaya berlagak cool kerana tidak mahu Farah kecewa dengan sikap
mereka. Kalau tidak dah lama mereka ikat Mia dan cilikan mulutnya yang celupar
tu.
“Lari kita
kejar,” jawab Tasha seraya tersenyum sinis. Lisa dan Farah turut tersenyum
mendengar komen spontan Tasha. Lisa tahu Tasha cuba beralas kerana tidak mahu
bergaduh dengan Mia pulak nanti. Dia sudah berjanji dengan Farah tidak akan
membuat hal bila Mia ada. Tapi Mia seakan tidak reti makan saman masih hendak
berbuat demikian. Seronok barangkali.
“Kau bila
lagi nak kahwin Mia, tak kan nak stay “single” je,” ujar Lisa yang berdiam
sedari tadi. Bukan dia pendiam. Tapi dia malas hendak berbual banyak bila Mia
ada. Perempuan itu lebih suka orang menumpukan perhatian kepadanya.
“Aku belum
bersedia nak kahwin, malas lah nak layan suami dan rasa terikat, rimas, tengok
ah nanti kalau ada jutawan yang datang meminang aku, mungkin aku terima kot,
aku nak jadi tai-tai aje, orang hot macam aku kan in demand,” ujar Mia lalu
tersenyum bangga.
Tasha dan Lisa
menjeling meluat bila Mia berkata demikian.
Makanan
pesanan Mia sampai ke meja. Tasha dan Lisa sudah memberi isyarat kepadaku
mengatakan mereka hendak pergi. Lagipun Mia lambat sampai bukannya mereka. Mia
tidak penting kerana mereka semua hanya mahu bertemu dengan Farah mengucapkan
tahniah kerana baru bertunang dan mereka merancang untuk membuat “hen party”
untuk Farah dimana Mia tidak tersenarai dalam ‘hen party’ list mereka.
“We have to go, we will need to fetch our
children back from school, see you Farah, Mia later,” ujar Tasha lalu
menyerahkan kembali bag tangan MiuMiu Mia yang dicampakkan di atas pehanya
tadi.
“What dah nak pergi, tulah sebabnya I tak
suka berkahwin dan ada anak, tengok dah sibuk nak pulang jemput anak balik
sekolah, oklah see you later gals or
aunties,” ujar Mia seraya melambaikan tangannya kepada Tasha dan Lisa.
Hendak
sahaja Lisa menjahit mulut Mia bila dia berkata demikian. Memang cari nahas si
Mia ni. Tasha menarik lengan Lisa agar dia tidak meroyan bila Mia terus menerus
dengan sikap mengadanya tak bertempat. Dia memandang kearah Farah dengan
simpati kerana Farah terpaksa melayan Mia yang mulut laser tu.
“See you later ladies, apa-apa nanti
call,” ujarku seraya bangun dari kerusi lalu memeluk Tasha dan Lisa sebelum
mereka pergi. Mereka tidak pula datang ke tempat Mia untuk berbuat demikian.
Mia pula seperti tidak heran kerana dia lebih berminat memotong Caesar saladnya
dari memeluk teman-temannya.
“Later,” ujar Mia tersenyum sinis sambil
melambai kearah Tasha dan Lisa. Dia tahu mereka tidak berapa menyukainya sejak
di bangku sekolah tapi dia tidak pernah ambil pusing.
bersambung...
No comments:
Post a Comment