Aku
mengeliat kecil bila alarm di handphone berbunyi nyaring. Mataku terasa kelat
untuk di buka. Aku mencapai handphone lalu mengosok mataku perlahan. 5.40 pagi.
Tiada notification watsapp yang aku terima. Ah terlalu awal. Mungkin Lynda
tidak sempat hendak membaca message ku. Aku bangkit lalu mencapai tuala dan
menuju kearah kamar mandi. Setelah setengah jam aku berada di kamar mandi. Aku
mengerjakan solat subuh dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Berdandan sahaja makan
hampir satu jam. Aku sempat menoleh kearah handphoneku lagi, kalau-kalau Lynda
ada membalas message ku. Namun hampa tiada balasan langsung dari Lynda. Mana
Lynda ni? Ini tak bole jadi. Aku mencapai telefon lalu menaip sesuatu.
Morning Lynda. Kau busy gila ke sampai
watsapp aku satu pun kau tak balas?
Aku
menyimpan handphoneku ke dalam bag tanganku kerana aku pasti Lynda tidak akan
menjawabnya. Sebelum keluar bilik aku sempat menyembur minyak wangi romance
dari Ralph Lauren minyak wangi kegemaran Syafiq. Setelah berpuas hati dengan
penampilan aku. Aku mencapai coach tote bag hitamku lalu menuju kearah pintu.
Aku jarang bersarapan di rumah. Bila berkesempatan aku akan singgah membeli
kuih di gerai berdekatan dengan pejabat.
No comments:
Post a Comment