Tuesday, 4 February 2014

Watsapp Luv! - Part 10


Yes. Bibirku menguntum senyum sebaik mencuba cincin replica hasil tangan Andy teman Mikhail. Cantik. Kelihatan sama seperti cincin pusaka keluarga Shafiq. Hasil tukangannya begitu teliti. Sama berat sama bentuk batu zamrud. Aku membiarkan sahaja cincin itu tersarung di jari manisku. Lesson learnt. Do not take off the ring. Aku segera mencapai handphone lalu menaip sesuatu.

I don’t know how many times I have said thank you to you. The ring looks real. I don’t care, I’m going to say it again. Thanks a million. J

Aku mencampak handphone di atas katil. Gembira rasanya hati ini. Terasa ringan sedikit bebanan di kepalaku kerana aku sudah mendapat cincin replica yang kelihatan sama seperti yang asli. Buat masa ini aku tidak mahu memikirkan kemana perginya cincinku yang asli kerana aku dapat merasakan ianya tidak hilang jauh kemana. Mungkin aku tersalah letak atau sebagainya yang penting naluri hatiku berkata cincin itu ada tapi tak tahu dimana. Ah nantilah aku fikirkannya. Aku hendak merehatkan mindaku buat seketika. Petang nanti aku hendak ke rumah mama Shafiq menghadiri kenduri. Shafiq berjanji hendak menjemputku selepas mahgrib nanti.

I’m glad to hear that. Good luck in finding your ring. J

Ah. You so sweet lah Mikhail. Aku tersenyum sebaik sahaja terbaca message dari Mikhail. Selepas dia menemani aku ke boutique Andy dia terus pulang ke pejabat. Aku pula berjalan di daerah shopping centre berdekatan untuk membuang masa. Yelah tak kan aku nak balik ke rumah dan datang semula. Aku ke starbucks minum latte dan memesan cheese cake sambil membaca buku untuk mengisi masa ku. Tadi ada ku pelawa Mikhail untuk minum kopi kerana segan pula Mikhail sudah membantu aku tidak mengajaknya minum atau apa-apa. Mikhail menolak dengan baik ajakanku kerana dia terpaksa bergegas pulang ke pejabat. Katanya banyak kerja yang perlu di uruskan. Setiausahanya berhenti mengejut dan dia terpaksa membuat kerja sendiri sementara mendapat penganti baru. Patutlah tadi dia tak menang tangan asyik menjawab email dari blackberrynya.

Aku bangkit dari katil lalu membuka almari baju. Kurung sutera berwarna dusty lavender ku capai bersama selendang magenta warna contrast. Aku mengantungkannya di pemegang pintu lemari seraya berlalu ke arah kamar mandi. Bersiap-siap untuk ke rumah Shafiq.

Selesai solat maghrib dan make-up aku segera menukar ke baju kurung sutera yang ku gantung tadi. Selendang panjang ku lilit kemas di kepala. Aku tersenyum sendiri memandang kearah cermin. Cantik juga eh bila aku bertudung. Pujiku sendiri. Ah belum sampai seru lagi. Niat tu memang ada tapi belum lagi hendak berhijrah. Mungkin lepas bernikah baru aku terbuka hati untuk memakai tudung. Aku tersentak bila terdengar bunyi hon dari luar. Aku berjalan kearah tingkap. Aikk cepat pulak si mamat ni sampai selalunya lambat. Nasib baik aku dah siap. Aku mencapai bag tangan. Sempat mengerling kearah jari manis di tangan kananku. Cincin zamrud kelihatan berkilau cantik terkena pantulan cahaya. Aku tersenyum.

Aku membuka pintu lalu masuk ke dalam perut kereta. Shafiq memandangku tanpa berkedip.

“You look nice sayang,” ujar Shafiq ringkas. Seperti tidak berapa teruja bertemu dengannya. Aku menjeling bila Shafiq mula dengan perangai peliknya. Bila sahaja berdepan dengan keluarga dan sanak saudaranya, Shafiq akan berkelakuan demikian. Tak tahu mengapa dia begitu paranoid sangat.

“You bawak bag apa?,” soal Shafiq tiba-tiba mematikan lamunanku.

“Bag longchamp,” jawabku ringkas. Pelik kerana Shafiq tiba-tiba mahu tahu aku membawa bag apa ke rumahnya. Selama ini dia tidak ambil kisah atau peduli bag apa yang aku bawak.

“Kenapa you bawak bag longchamp dear, bukan ke you beli bag Coach itu hari?,” ujarnya tanpa memandang kearah Farah kerana menumpukan perhatiannya ke atas jalan raya.

Eh! Ingat pulak dia aku ada beli bag tangan dari Coach. Masa aku beritahunya tempoh hari dia buat endah tak endah sahaja. Kenapa pula dia bertanyakan bag Coach.

“Bag coach tu I hanya gunakan untuk ke majlis rasmi aje, tak kan I nak bawak pergi rumah you pulak,” jawabku sambil lewa. Setakat pergi kenduri tak kan aku hendak membawa bag Coach. Bawa longchamp pun dah kira bagus.

“Tak lah tak de lah orang mengata tentang tunang I nanti,” jawab Shafiq.

Aku menoleh kearah Shafiq bila dia berkata demikian. Mengata. Mengata sebab aku bawa bag longchamp. Aikk pelik bag pun boleh di jadikan bahan umpatan. Hmm pelik aku akan manusia seperti itu.

“Biarlah orang nak mengata, I tak kisah pun,” jawabku malas hendak bertekak dengan Shafiq. Kalau aku menjawab spoilt pula mood aku nanti.

“You pakai cincin tunang kita tak?,” soal Shafiq lagi.

Aku membetulkan kedudukanku bila Shafiq berkata demikian. Dadaku berdegup kencang tiba-tiba bila Shafiq bertanyakan cincin tunang. Sabar Farah. Rileks jangan kalut. Pujukku dalam hati. Tidak mahu kelihatan kalut bila setiap kali orang bertanyakan cincin.

“Tentulah,” jawabku tanpa mahu mengulas panjang. Nanti terlepas kata naya aku di buatnya. Sepanjang perjalanan ke rumah Shafiq aku tidak berbual banyak dengannya kerana Shafiq seperti yang aku katakan dia tidak punya mood untuk berbual denganku jika dia membawa aku bertemu dengan sanak saudaranya. Entah apa yang dia stress sangat aku pun tidak tahu.
 
Setibanya di pengkarangan rumah keluarga Shafiq kelihatan pelbagai jenis kereta berderet-deret park di hadapan rumahnya. Hmm no wonder Shafiq stress semacam sahaja rupa-rupanya banyak tetamu VVIP yang hadir rupanya. Patutlah dia mempertikaikan tentang bag aku tadi. Kata kenduri, jadi aku pakai simple ajelah. Tak kan aku nak pakai kebaya dengan corset bling-bling pulak kan. Shafiq mematikan enjin lalu keluar dari perut kereta. Aku turut berbuat demikian. Bila kaki aku hendak melangkah Shafiq menarik lenganku. Aku tersentak bila dia berbuat demikian. Aku memandangnya dengan wajah hairan. Apa kena dengan mamat ni.
“Selendang you senget,” ujarnya sambil membetulkan tudungku yang dikatakan senget tadi. Aku membiarkan sahaja Shafiq membetulkan selendang aku. Begitulah keadaan Shafiq bila dia berdepan dengan keluarga mamanya. Tidak senang duduk apa yang dia risaukan sangat aku pun tidak pasti.               
 
“Dah ok, boleh kita masuk sekarang,” ujarku bila Shafiq masih lagi berdiri tercegat di hadapanku tanpa berbuat apa-apa.
“Ok let’s go,” ujarnya mengeluh perlahan setelah puas dengan penampilan tunangnya.
bersambung....
 

No comments:

Post a Comment