Thursday, 6 February 2014

"The Proposal"

Filem romantic pilihan ku yang seterusnya adalah cerita “The Proposal” (2009). Nak tahu kenapa? Haha. Sebab selalunya yang membuat lamaran adalah orang lelaki. Tapi kali ini yang membuat lamaran adalah wanita dan the main karektor dalam cerita ini adalah Sandra Bullock (my favourite actress) and of course pelakon kacak yang pernah menjadi suami kepada actress seksi Scarlett Johanson iaitu Ryan Reynolds membuatkan jalan cerita “The Proposal” bertambah menarik. Dan lakonan Sandra Bullock dalam genre Romantic comedy tidak pernah mengecewakan.
Sinopsis mengenai cerita The Proposal
Margaret Tate (Sandra Bullock) merupakan seorang editor eksekutif dalam sebuah syarikat penerbitan buku dan juga dikenali sebagai nenek kebayan oleh pekerja-pekerja di syarikat penerbitan kerana sikapnya yang tidak boleh bertolak ansur. Bila dia mengetahui bahawa dirinya akan di hantar pulang ke Kanada kerana visa penepatannya tamat. Kate mencari helah agar dia tidak di hantar pulang dengan memberi alasan mengatakan bahawa dia sudah bertunang dan akan mengawini pembantu peribadinya iaitu Andrew Paxton (Ryan Reynolds).
 
Tate dan Andrew di kehendaki menghadiri temujanji di pejabat imigresen untuk bertemu dengan agen Mr Gibertson. Dan agen Mr Gibertson memberitahu mereka bahawa dia mengesyaki mereka melakukan penipuan untuk mengelakkan pengusiran Tate. Tate menafikannya dengan memberitahu Mr. Giberston bahawa hujung minggu ini dia akan pulang ke bandar kelahiran Andrew untuk bertemu dengan keluarganya di Sitka. Mr Gilbertson menetapkan hari temujanji sepulangnya mereka dari Sitka dan memberitahu mereka bahawa temujanji itu akan di buat di bilik berasingan dan sekiranya jawapan mereka tidak sepadan, Tate akan dihantar pulang ke Kanada dan Andrew akan disabitkan feloni yang boleh dihukum dengan denda $250,000 dan lima tahun penjara.
 
Andrew menjadi panik bila menyedari sekiranya agen tersebut mengetahui bahawa mereka menipu pihak imigresen dia akan dihukum penjara, Andrew ingin menarik diri untuk membantu Tate. Tate meminta Andrew membantunya. Andrew memberi syarat kepada Tate sekiranya dia mahukan bantuannya. Tate hendaklah berjanji menjadikannya editor dan bukan pembantunya lagi dan menerbitkan bukunya. Dalam keadaan terdesak Tate bersetuju dengan syarat Andrew. Andrew meminta Tate melamarnya supaya dia bersetuju menjadi tunangannya. Tate menurut walaupun ketika itu dia memakai pensil skirt dan agak payah untuknya melamar Andrew seperti lazimnya.
 
Di dalam perjalanan mereka ke Sitka. Andrew menyerahkan fail mengenai butir peribadinya kepada Tate agar Tate dapat menjawab dengan betul akan soalan-soalan yang bakal diajukan semasa temuduga. Tate bertanya pada Andrew samada dia tahu mengenai dirinya. Andrew mengatakan dia tahu kesemua butir peribadi Tate dan dia tidak khuatir menjawab soalan mengenai Tate. Setibanya mereka di Sitka, Andrew di sambut oleh ibu dan neneknya. Dalam perjalanan menuju ke rumah keluarga Andrew, Tate mendapati hampir setiap kedai di bandar tersebut terdapat nama keluarga Andrew dan baru mengetahui bahawa keluarga Andrew sebenarnya sangat kaya. Keluarga Andrew mengadakan parti sambutan kepulangannya, semua yang hadri terdiri keluarga dan teman rapat mereka tidak terkecuali bekas teman wanita Andrew Getrude. Kepulangan Andrew tidak disambut baik oleh ayahnya bila mengetahui bahawa teman wanita Andrew adalah Kate dan juga majikan Andrew. Ayah Andrew mahu dia mengendalikan bisnes keluarga di mana Andrew tidak berminat. Dia lebih cenderung dalam bidang penulisan dan mahu menjadi Editor. Cita-citanya itu tidak di restui ayahnya kerana Andrew sudah lama berkerja di syarikat penerbitan dan dia hanya pembantu peribadi Editor iaitu Tate. Dengan perasaan sebal Andrew mengumumkan kepada keluarga bahawa dia dan Tate sudah bertunang dan akan mendirikan rumah tangga. Pengumumannya itu mengejutkan kesemua ahli keluarganya terutama sekali ayahnya.
 
Tate tidak dibenarkan menetap di hotel. Andrew dan Tate terpaksa berkongsi bilik. Tate di benarkan tidur di katil manakala Andrew memilih untuk tidur di lantai. Pelbagai kejadian lucu berlaku sepanjang Kate tinggal di rumah Andrew.
 
Andrew memberitahu Tate bahawa keluarganya telah mengadakan rancangan untuknya. Sepanjang hari Tate di ajak ke bar tempatan dan bertemu dengan Getrude. Getrude mengatakan bahawa Andrew tidak suka bekerja di bandarnya dan dia mahu berdikari sendiri dan dia suka bekerja di bandar besar. Sepulangan Tate ke rumah dia mendapati Andrew berada di luar rumah menunjukkan perasaan. Kate mendapat tahu bahawa Andrew dan ayahnya bertelingkah. Kate bertanya kepada Andrew akan sebab konflik di antara dia dengan ayahnya. Andrew enggan memberitahunya. Sebaliknya Kate bersikap terbuka dengan Andrew dan menceritakan tentang dirinya yang tidak di ketahui oleh Andrew selama ini.
 
Keesokan harinya, ibu dan nenek Andrew meminta Andrew dan Kate berkahwin di Sitka. Tate di bawa ibu dan neneknya ke kedai tailor. Nenek Andrew mahu Tate memakai baju pengantinnya dahulu. Tate di beri rantai turun temurun dari keluarga Andrew kerana dia bakal menjadi isteri Andrew. Layanan keluarga Andew membuatkan Tate merasa terharu dan marah akan perbuatannya yang mereka menipu keluarga Andrew. Tate mengatakan dia hidup tanpa keluarga sejak berusia 16 tahun sehingga dia terlupa berasa seperti mempunyai keluarga.
 
Di hari perkahwinan mereka Tate mengambil keputusan untuk memberitahu kepada keluarga Andrew bahawa dia memaksa Andrew untuk berkahwin dengannya kerana dia tidak mahu dihantar pulang ke Kanada. Dia meminta maaf kepada mereka kerana menyusahkan mereka lalu meninggalkan Andrew berdiri sendirian di Dais. Andrew kembali ke rumah mencari Tate. Tate sudah tiada dan dia meninggalkan manuskrip buku Andrew dengan memberi nota pujian dan berjanji untuk menyiarkannya.
 
Andrew cuba menghalang Tate dari dihantar pulang tapi tidak berjaya. Tate pulang ke pejabat dan berkemas untuk di hantar pulang ke Kanada. Andrew bertemu Tate di pejabat dan mengaku di hadapan teman sekerjanya bahawa dia cintakan Tate dan dia tidak sanggup melihat wanita yang di cintainya itu di hantar pulang ke Kanada. The End.
 
The akhir kredit terdapat beberapa take mengenai temujanji Tate dan Andrew di pejabat imigresen. Lucu.
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment