Friday, 7 February 2014

Watsapp Luv! - Part 23


              Mikhail membuka butang kemeja yang menjerut lehernya. Dia menarik dan melonggarkan tali lehernya sebaik sahaja meetingnya dengan para director berakhir. Terasa sesak nafasnya bila mesyuarat kali ini para director bertanyakan bermacam-macam soalan mengenai urusan projek mereka yang lalu. Dan board of directors meminta dia membentangkan report terperinci mengenai projek yang dikendalikan 2 tahun yang lalu. Pada ketika itu Mikhail merupakan Projek Direktor untuk projek-projek tersebut. Menurut mereka ada yang tidak kena pada kertas kerja yang difailkan. Dan mereka mahu Mikhail bertanggungjawab sekiranya syarikat mengalami kerugian.

               Mikhail mencapai beberapa fail yang berada di hadapannya. Dia cuba mencari kesilapan pada kertas kerja yang mereka maksudkan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Mikhail percaya ada dalang yang hendak cuba melihat dia gagal sehingga membuatkan dia disoal siasat oleh peguam syarikat.

               “Mik?” tegur Emilia risau melihat keadaan Mikhail sebaik sahaja mesyuarat berakhir. Semua yang terbabit di dalam mesyuarat sudah meninggalkan bilik hanya Mikhail masih lagi berada di tempatnya.

               “Macamana kertas kerja ini boleh berlainan dengan apa yang aku sudah sediakan,” ujar Mikhail lalu memandang kepada Emilia. Emilia salah satu manager untuk projek “Atalia”. Mereka sama-sama menjayakan projek tersebut.

               “Mik seriously I don’t know anything about the paper work, you better ask farouk,” ujar Emilia merasa tidak selesa bila Mik menyoalnya tentang kertas kerja tersebut kepadanya.

               “Farouk,” ujar Mikhail sepatah sebaik sahaja Emilia menyebut nama Farouk. Mikhail membuka fail tersebut semula. Dia menyelak kertas kerja tersebut mencari sesuatu. Setelah ketemu apa yang di cari di atas kertas kerja tersebut dia menutup fail itu kembali. Kepalanya terasa berat teramat sangat. Dia mengurut dahinya perlahan.

               Melihatkan Mikhail berbuat demikian Emilia berjalan ke belakang Mikhail lalu mengurut kepalanya perlahan.

               “Kau buat apa Emilia?,” ujar Mikhail menoleh kearah Emilia. Kurang senang dengan perlakuan Emilia.

               “I miss you Mik,” ujar Emilia lalu memeluk Mikhail dari belakang.

               Mikhail mengeluh bila Emilia berbuat demikian. Tangan Emilia yang melingkari lehernya di tarik perlahan menandakan dia tidak suka diperlakukan begitu.

               “Mik, why can’t we be together again macam dulu, I really miss you sayang,” ujar Emilia merengek manja berharap Mikhail akan melayannya. Dia sayangkan Mikhail. Mereka dahulu pasangan kekasih. Mikhail juga sangat menyayanginya begitu juga dirinya. Dia tidak tahu kenapa Mik berubah dan memutuskan hubungan mereka 2 tahun yang lalu. Mikhail tidak memberi alasan kenapa dia minta berpisah. Yang dia tahu Mikhail terlalu membencinya sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi bersama dengannya. Sehingga kini dia masih cuba untuk memikat hati Mikhail kembali kerana dia masih sayangkan Mikhail. Namun Mikhail tidak pernah ambil endah. Seolah-olah dia tidak pernah wujud dalam hidupnya. Mikhail hanya menganggap dia teman sekerja dan tidak lebih dari itu. Cara layanan dia juga berbeza dan tidak seperti dahulu. Mik melayannya sama seperti pekerja lain. Dia tidak tahu kenapa Mikhail begitu membencinya sehingga kini. Apa yang dia tahu Mikhail selalu menyatakan bahawa dia telah mengkhianati dirinya.

               Mikhail menoleh kearah Emilia. “Emilia, we can’t be together again, never,” jawab Mikhail ringkas. Dia bangun dari kerusi lalu meninggalkan bilik mesyuarat tanpa memperdulikan Emilia. Emilia mengetap bibir menahan geram.



bersambung...

No comments:

Post a Comment