Kedai yang
kelihatan seperti kedai emas vintage itu ku pandang penuh minat. Cantik.
Dekorasinya cantik seperti zaman dahulu. Tak tahu pula deretan jalan ini terdapat
banyak kedai emas. Adalah beberapa kali aku lalu di hadapan deretan rumah kedai
di sini tidak pernah terperasan bahawa kedai yang kelihatan vintage itu adalah
kedai emas. Aku percaya hanya orang yang berkemampuan sahaja yang mampu
menempah barang kemas mereka di sini. Boleh ke aku mampu untuk membayar kos
tukang dan harga cincin itu nanti. Aku berkira-kira sendiri kalau dalam RM700
aku masih mampu. Kalau lebih dari harga itu lebih baik aku beli cincin berlian
solitaire dari Love & Co. puashati. Berlian tulen dan emas putih. Hai lah
Farah. Kalau kau tak cuai tak hangus duit kau sampai beratus ringgit. Mana si Mikhail
ni? Dia lupa ke temujanjinya dengan aku. Aku melirik kearah jam di tanganku. Kurang
10 minit ke 2 petang. Ah! Aku yang awal. Mikhail janji untuk bertemu jam 2 petang
di hadapan kedai tersebut. Sebenarnya idea untuk bertemu dengan Mikhail itu
tidak pernah terlintas di pemikiran aku. Memang aku tidak mahu bertemu dengan
dia pun. Tujuan aku hanya mahu berkawan melalui watsapp. Lagipun Mikhail bukan
kenalan aku. Aku tidak mengenali Mikhail entahkan dia baik atau tidak. Buatnya
dia tu perogol bersiri atau penjenayah macamana? Aku menjadi gementar sendiri bila
memikirkan perkara-perkara tersebut. Ah sudah tadi masa berjanji tak pula aku
fikirkan benda-benda negative ni. Baru sekarang hendak fikir dah terlambat. Aku
sudah pun terpacak di hadapan kedai ni menanti Mikhail. Harap-harap Mikhail
bukanlah lelaki yang aku sangkakan tadi. Aku berdoa dalam hati. Selama ini aku
tidak pernah pun bertemu dengan dia. Hanya watsapp di telefon. Gambar Mikhail
pun kecil aje masa di profilnya.
“Farah, dah
lama menunggu,”
Teguran mengejut
dari seseorang, cukup membuatkan aku terlompat kecil. Apa taknya aku sedang
berdoa menadah tangan sambil tutup mata tetiba aje orang menegur aku, macamana
tak terperanjat beruk. Nasib tak melatah. Aku membuka mata memandang tepat
kearah orang yang menegur ku tadi. Pemuda yang ala-ala ‘Man Hunt’ tu ku pandang
tanpa berkedip. Tergamam aku seketika. Betul ke ni Mikhail? Hendak sahaja aku
mengosok mata untuk memastikan aku tidak tersilap pandang. Aku tidak berbuat
demikian kerana tidak mahu Mikhail mengetahui bahawa aku sebenarnya tidak
percaya bahawa itu adalah dia. So terpaksalah aku membuat wajah selamba.
Mikhail pula selamba sahaja bila menegur aku tadi. Reaksi wajahnya bersahaja
dan tidak terperanjat seolah-olah ini bukan pertemuan kami yang pertama. Macam
dah selalu berjumpa.
“Tak lama, you on time,” jawabku cuba untuk tidak
tersenyum gatal. Stop it Farah. Jangan nak mengatal kau tu sudah bertunang.
Bisik ku dalam hati.
“Ok, after you,” ujar Mikhail lalu tersenyum
dia perasan Farah terkejut bila dia menegurnya tadi. Namun dia tidak bertanya
mengapa Farah terperanjat tadi, sedangkan Farah tahu bagaimana rupanya melalui
profil watsappnya. Dia membuka pintu membenarkan Farah masuk dahulu ke dalam
boutique allure milik temannya. Salah seorang pekerja Boutique tersebut
tersenyum menyambut kami.
“Hendak
menempah engagement ring atau hendak membeli yang sedia ada,” tegur pekerja itu
ramah sebaik sahaja aku dan Mikhail duduk di atas sofa berhadapan dengan
cabinet kaca yang mempamerkan koleksi engagement ring. Wah cantiknya. Ikutkan
hati hendak sahaja aku meminta pekerja tersebut menunjukkan ku beberapa bentuk
cincin koleksi mereka. Aku ni memang pantang akan benda-benda cantik dan
berkilauan. Aku membatalkan niat untuk berbuat demikian kerana tujuan aku
kemari hendak menempah cincin yang serupa dengan cincin pertunanganku.
“We have an appointment with Mr. Andy at
2.00pm, I’m Mikhail,” ujar Mikhail lalu membuahkan senyum kepada pekerja
boutique yang menyambut kedatangan kami.
“Oh Mr. Mikhail, I will let Mr. Andy know that
you are here,” ujarnya lalu menuju kearah pintu yang berdekatan dengan
cabinet kaca tersebut yang ku jangka pasti pejabat temannya Mikhail. Seketika
kemudian handphone Mikhail berdering nyaring.
“Please excuse me, I have to take this call,”
ujarnya seraya bangun dari sofa dan berjalan agak jauh dari tempat Farah duduk
menanti Andy.
Aku
membuahkannya senyuman menandakan aku tidak kisah. Sempat juga aku mengerling
kearah Mikhail yang berdiri tidak jauh dari aku. Mikhail mengenakan suit
berwarna dark blue dan berkemeja
putih. Pakaian rasmi business man atau ahli korporat, hanya dia tidak memakai
tali leher. Seriously good looking man.
Aku benar-benar tidak menyangka bahawa itu adalah Mikhail kerana aku menyangka
Mikhail tidaklah sehebat mana kerana suaranya di telefon macho. Selalunya orang
yang bersuara macho di telefon bila berjumpa orangnya so-so sahaja. Ini tidak dahlah suara macho orangnya pun super macho
macamana aku tak terperanjat.
“Bakal
tunangnya,” soal pekerja tadi sebaik sahaja keluar dari pintu yang dia masuk
sebentar tadi.
Tunang. Erkk.
Oh tidak bukan tunang. Kenalan hanya kenalan. Bisikku dalam hati. Namun mulutku
seakan terkunci untuk membetulkan statement pekerja tersebut. Sebaliknya kepala
ku angguk perlahan mengiyakan pertanyaannya. Issk tebiat eh aku ni. Ah
lantaklah. Kalau aku cakap bukan, lagilah pelik kan bunyinya. Untuk
menyelamatkan diri dari di tanya soalan pelik aku mengaku sahajalah yang
Mikhail itu tunang aku. Habis cerita.
bersambung...
No comments:
Post a Comment