Anis menantu Ustazah Mariam membawaku
ke bilik yang ditempatkan kepadaku sebagai tetamu mereka selama sebulan lamanya.
Aku sudah berjanji kepada diriku sendiri bahawa aku mahu berubah. Aku mahu
menunaikan permintaan mama. Aku sudah muak dengan cara hidupku yang dahulu. Aku
meninggalkan pesanan SMS kepada papa memberitahunya bahawa aku pergi bercuti
dengan teman-temanku dan aku tidak pulang selama sebulan. Seperti yang aku
jangkakan papa tidak pernah menghubungiku dan bertanya kemana ku pergi. Malah
aku hanya menerima SMS dari papa mengatakan dia sudah memasukkan 3 ribu ke
akaunku untuk perbelanjaanku selama aku bercuti. Itu sahaja. At times aku tidak
tahu samada aku ni anak Papa atau anak angkatnya. Tiada kasih sayang yang aku
terima dari Papa.
“Dania, rehat dahulu mak selalu
balik dalam pukul 12.30 tegahari, lepas makan tengahari kita pergi surau untuk
tunaikan solat zohor sama-sama,” ujar Anis seraya tersenyum.
“Solat, erm tak boleh solat kat
rumah ke?,” ujarku kalut kerana aku baru aje baca buku cara-cara bersolat. Baru
sampai ke bab ambil wudhuk. Buat belum lagi pasal aku masih lagi terkial-kial
hendak cuba
menghafal doa-doa ketika mengambil wudhuk sesudah wudhuk. Belum sampai ke bab
menghafal surah-surah pendek dah nak kena solat kat surau. Boleh ke aku buat?
“Kat rumah, erm boleh juga nanti Anis
beritahu mak, erm Dania ada baju lain, Anis rasa pakaian Dania tak sesuai
dengan cara hidup di kampong ni, kampong ni banyak nyamuk dan serangga,” ujar Anis.
“Banyak mozzie, ok..ok, I think
ada,” ujarku lalu membuka bag luggageku. Aku mengeluarkan segala isi perut yang
terdapat di luggage tersebut mencari pakaian yang sesuai. Aku menarik tight
berwarna hitam dengan body hugging tops warna kelabu. Anis membesarkan matanya
bila aku tidak merasa segan silu lagi menyalin skirt pendek yang ku pakai tadi
kepada tight hitam di hadapannya dengan wajah selamba.
“Er Dania tak ada baju lain yang
lebih baik dari ni ke?,” soal Anis kerana baju pilihan Dania tidak ada bezanya
dengan baju yang di pakainya sebentar tadi. Masih seksi walaupun tidak mendedah
seperti tadi tapi ia menunjukkan bentuk tubuh Dania yang cantik.
“Tak sesuai ke?,” ujarku
memandang kewajah Anis dengan wajah tak bersalah.
“Tak apa, apa kata Dania pakai
baju Anis, saiz kita tak jauh beza kan ,”
ujar Anis lalu membuka almari pakaian yang terdapat di bilik tetamu. Dia
mengeluarkan sehelai baju kurung berwarna hijau muda lalu menyerahkan kepadaku.
Aku menyambut baju tersebut dari
tangannya. Baju kurung. Bukan aku tak pernah pakai. Tapi kebanyakan baju kurung
aku di rumah baju kurung moden dan exclusive tidak plain dan besar seperti baju
pemberian Anis. Plain sangat.
“Besarnya?,” ujarku sebaik sahaja
ku sarungkan baju kurung tersebut ke atas badanku.
“Tak besarlah,” ujar Anis merasa
hairan kerana baju kurung tu terletak cantik di badannya.
“Apa tak besarnya, ni tengok….,”
ujarku seraya menarik tepi baju itu.
“Oh, memang baju kurung tu
fashion begitu, ini baju kurung pesak,” terang Anis seraya tersenyum gelihati
bila baju kurung berpesak dikatakan besar oleh Dania.
“Pesak, tak retilah pakai baju
besar-besar macam ni, mana nak nampak figure macam orang pregnant aje,” bebelku
lalu menarik-narik baju tersebut. Aku kembali ke luggage bag ku lalu
mengeluarkan D&G light blue parfum dan menyemburkan minyak wangi tersebut
ke baju kurung yang ku pakai. Aku segera menuju kearah almari soleknya untuk
membelek wajahku. Yelah aku tak touch up sejak sampai tadi.
Anis tidak dapat menahan diri
dari tersenyum melihat gelagat dan karenah Dania merungut tentang baju kurungnya
walhal ianya tidak besar hanya ia tidak mengikut bentuk badan Dania mengatakan
ianya besar. Inilah kali pertama dia berdepan dengan tetamu lain dari anak
murid yang selalu belajar dengan ibu mertuanya. Anak-anak murid ibu mertuanya
sebelum ini mahu mendalamkan ilmu agama mereka dengan belajar mengaji untuk
menjadi guru mengaji atau qariah. Dia tidak tahu bagaimana caranya ibu
mertuanya membimbing Dania yang jauh berbeza dengan anak-anak muridnya yang
lain. Dia mendapat panggilan telefon dari Miera adik sepupunya tempoh hari
mengatakan temannya mahu belajar agama dengan ibu mertuanya Ustazah Mariam. Ibu
mertuanya tidak pernah keberatan menerima sesiapa sahaja yang hendak belajar
agama.
“Anis, kenapa you nangis tadi,”
soalku tiba-tiba seraya memandang kearah Anis yang sedang duduk memerhatikan
aku.
Anis tersentak
bila aku berkata demikian.
“Macamana
Dania boleh kenal abang Ariel?,” soal Anis dengan wajah serius tanpa menjawab
soalan Dania terlebih dahulu.
“Ariel??
I don’t really know him, we bump into each other few times at Zouk, speaking of
which I totally forgot about my car, sharks,” ujarku baru teringat bahawa
kereta Honda ku masih lagi tersadai di Batu 4 silap haribulan hanya tinggal bekas
tayar kereta aje nanti. Aku segera mencapai tas tanganku lalu mengeluarkan
telefon bimbitku dan mendial nombor telefon workshop.
“Kita
sambung cerita lagi ok,” ujarku lalu keluar meninggalkan Anis sendirian di
dalam bilik.
bersambung...
No comments:
Post a Comment