Wednesday, 26 February 2014

Selamat Pengantin Baru buat Temanku “Z”

Sabtu lepas sedang aku sibuk tengok-tengok FB. Aku terbaca akan ucapan dari seorang teman kepada temanku yang bernama “Z” ‘Selamat Pengantin Baru’. Dan setiap seorang yang mengenali “Z” memberi ucapan tahniah kepadanya tidak terkecuali aku. Aku turut menumpang gembira bila temanku itu dapat mengecapi kebahagian semula. Aku sebagai teman akan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

“Z” seorang wanita yang tabah. Semasa awal aku mengenalinya. Dia seorang wanita yang suka berlawak dan kelihatan happy-go-lucky. “Z” pandai memasak dan suka memasak untuk keluarga. Dan aku dan keluarga seringkali di jemput hadir ke rumahnya pada hari raya. Nasi ayam madu yang di masak dan di sediakan oleh “Z” sehingga kini menjadi sebutan ibu mertuaku yang kebetulan di jemput hadir ke rumahnya. Malah kami sekeluarga pernah pergi bercuti di Malaysia bersama. Pendek kata kami agak rapat ketika itu kerana kami bekerja di syarikat yang sama. Sungguhpun begitu “Z” banyak berahsia denganku sehinggalah suatu hari dia menceritakan tentang dirinya. Aku tidak menyangka “Z” yang suka berlawak dan kelihatan Happy-go-lucky rupa-rupanya berhadapan dengan pelbagai masalah. Aku sebagai teman hanya mampu bersimpati dan mendengar keluhan “Z” kerana aku tidak dapat membantunya kerana masalahnya itu hanya boleh di selesaikan oleh dirinya sendiri. Kata orang berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Bila “Z” bertanya kepadaku serba sedikit mengenai Syariah (aku pernah bekerja sebagai setiausaha di syarikat guaman mengenai kes syariah dahulu). Aku mengatakan padanya aku hanya boleh memberinya idea mengenai hak wanita. Jika kesnya tidak terlalu rumit dan jika kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya dengan secara baik maka dia boleh ke mahkamah tanpa bantuan peguam.

Dan hidup sebagai ibu tunggal tidak mudah. Segala ujian yang diterima dapat di harunginya dengan tabah. Kali terakhir aku bertemu dengan “Z” dia menceritakan kepadaku mengenai teman baru dalam hidupnya. Aku merasa gembira bila temanku itu kembali ceria seperti waktu aku mula mengenalinya dahulu. Kami jarang bertemu dan jarang berhubungan kerana “Z” tidak lagi bekerja di bawah satu bumbung dan telah berpindah rumah. Kami hanya bertanya khabar melalui sms dan kadang-kala terjumpa di MRT ketika kami di dalam perjalanan ke tempat tugas.

Bila melihat montaj gambar pernikahan “Z” baru-baru ini membuatkan aku tersenyum. “Z” masih kelihatan anggun dan menawan. Kepada “Z” aku ingin mengucapkan “Selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga ke Jannah”. Amin.
 
 
 

No comments:

Post a Comment