Pakcik Ibrahim meletak knightnya bersebelahan
dengan bishopku. Aku mula merasa tidak senang duduk. Nampaknya kalah lagi lah
aku macam ni! Dah masuk tiga kali aku tewas dalam permainan catur bersama
dengan Pakcik Ibrahim. Champion sungguh Pakcik Ibrahim ni. Aku mengerutkan
bibir memikirkan cara mencari jalan bagaimana aku hendak menyelamatkan king aku
yang mula tersepit. Silap langkah habis kena check mate. Pakcik Ibrahim
tersenyum puas kerana dia berpeluang untuk menang lagi kali ini. Aku melirik
kearah Pak Anwar di sebelah kiriku.
“Macamana
Pak Anwar, ada harapan tak?,” soalku kerana Pak Anwarlah guru yang mengajar aku
bagaimana hendak bermain catur.
“Hmm
agak payah sikit,” jawabnya lalu mengelengkan kepalanya.
Payah.
Ah sudah. Semua mata tertumpu ke arah papan catur. Masing-masing cuba
memikirkan langkah seterusnya. Giliran aku untuk menjalankan buah catur. Aku
bukannya arif sangat bermain catur. Apa taknya asyik defence aje namun hendak
attack tak ade. Sebab tulah aku selalu kalah kerana tidak berani hendak
mengambil risiko. Aku sayangkan buah-buah catur aku. Lebih-lebih lagi Queen
aku. Aku sepatutnya protect King aku kerana jika King tersepit tak boleh
bergerak langsung maknanya aku kalah.
Aku
mengerutkan dahi cuba memikirkan buah catur mana hendak ku korbankan sebelum
Pak Ibrahim check king aku.
“Amacam
kalah lagi?,” ujar Nora lalu duduk bersebelahan denganku. Tugasnya membantu
Makcik Leha dan Makcik Minah dan warga emas membuat senaman ringan sudah
berakhir. Mereka sedang berehat sekarang dan sebentar lagi mereka ditugaskan
menyediakan makanan untuk mereka.
“Hmm
nampaknya begitu lah, kau pandai main catur tak?” ujarku menoleh kearah Nora
berharap dia dapat membantu aku untuk memang kali ini.
“Aku
main chess? Mana lah aku tahu main chess ni, orang pandai berfikir aje yang
reti,” jawab Nora lalu mencapai buah anggur dari meja sisi. Janganlah tanya
tentang main chess ni, Dam biasa pun belum tentu dia tahu main inikan pula
chess.
“Pak
Brahim nak pergi ke tandas dulu, Anwar kau jangan hendak mengelat bila aku
pergi nanti, Harun kau tolong tengok-tengokkan,” pesan Pak Ibrahim sebelum
pergi ke tandas.
“Kau
pergi lah biar aku jagakan,” jawab Pak Harun duduk mengantikan Pak Ibrahim.
Aku
hanya mampu tersenyum kelat bila Pak brahim berkata demikian. Iskk tak de
harapan aku hendak mengelat.
5
minit kemudian Pak Brahim kembali mengadap papan catur. Aku masih belum
mendapat idea hendak mengerakkan buah catur ku. Benar-benar buntu dan tidak
tahu bagaimana hendak menyelamatkan king aku.
“Pak
Ibrahim, talian hayat please?,” ujarku meminta ehsan dari Pak Ibrahim agar aku
di beri talian hayat.
“Ok
satu hayat sahaja,” ujar Pak Ibrahim memberi Farah peluang meminta pertolongan
dari sesiapa dia berhajat.
“Uissk
kau nak mintak tolong dengan siapa? Shafiq?” ujar Nora lalu menyenggol lengan
Farah.
“Thanks
to you aku ada idea sekarang,” ujarku lalu tersenyum. Aku mengeluarkan
handphone dari bag tangan. Jariku ligat menaip sesuatu.
Hi. J
free to chat?
Aku
meletak handphone bersebelahan dengan papan catur. Menanti orang yang aku
hantar pesanan tadi reply messageku.
“Kau
message siapa Shafiq?,” bisik Nora ingin tahu.
“Kawan
aku,” jawabku ringkas.
“Kawan
kau siapa?”
“Eh
kau ni banyak tanya lak, adalah,” jawabku acuh tak acuh.
Ting..
telefon ku berdenting. Aku segera mencapai handphone.
Sure J
Aku tersenyum lebar bila menerima positive
respond dari Mikhail. Hehe. Aku sudah naik sedap watsapp Mikhail bila aku
tersepit dengan masalah. Dia sudah ku anggap teman rujukan aku.
I
need your help with chess game. I’m kind of stuck here L
Hope you can help. J
Aku
meletak handphone kembali di atas meja.
“Eh
siapa yang kau watsapp?” ujar Nora lalu mencapai handphone Farah. Semasa
watsapp Farah appear tadi dia ternampak profile lelaki.
“Nora,
beri handphone aku balik?” ujarku bila Nora menekan ikon profile watsapp
Mikhail.
“Siapa
Lynda?” ujar Nora ingin tahu. Di ikon profilenya terdapat gambar lelaki hitam
putih. Ah pasti gambar model lelaki pujaannya. Siapa Lynda? Farah tidak pernah
sebut nama Lynda sebelum ini.
“Lynda?
Lynda message?” ujarku terperanjat bila Nora berkata demikian. Aku segera
mengambil handphone dari tangan Nora bila Nora menyebut nama Lynda. Yelah aku
memang nantikan Lynda menelefon aku atau message aku kerana aku rindu padanya.
Aku tergelak kecil bila menyedari aku tidak menukar nama yang terdapat di ikon
Mikhail. Aku masih mengekalkan nama Lynda. Tak apalah aku tak perlu hendak
menerangkan kepada Nora tentang Mikhail kalau di tanya nanti. Biar dia fikir
aku message dengan Lynda. Bukan aku tidak mahu memberitahu Nora tentang
Mikhail. Aku rasa tidak perlu kot.
Chess game sure!
Forward me the pic. I see what I can do.
Aku memetik gambar segera attach message ku
kepada Mikhail. Kurang 5 minit aku menerima reply message dari Mikhail
memberiku move cara untuk menang. Aikk cepatnya dia jawab. Aku fikir adalah
dekat setengah jam. Dia tak sampai 3 minit sudah tahu move seterusnya. Bagus.
Dengan confidentnya aku mengerakkan Bishop ku ke petak yang disarankan Mikhail.
Kini giliran Pak Ibrahim untuk mengerakkan buah caturnya.
Pak
Ibrahim mencapai knightnya lalu di letakkan di petak berdekatan dengan bishop
ku tadi. Dia kelihatan teragak-agak untuk berbuat demikian. Yes. Sepertimana
yang Mikhail katakan tadi. Kalau Pak Ibrahim tidak begitu cekap dia akan
mengerakkan Knightnya dan meletak di petak tersebut. Dan jika Pak Ibrahim
berbuat demikian. Aku harus tewaskan queen Pak Ibrahim mengunakan bishopku dan
seterusnya checkmate king Pak Ibrahim. Mudah sahaja bunyinya. Kenapa pula aku
tidak terfikir atau tidak nampak move tersebut. Wah Mikhail pasti terrer dalam
permainan catur.
“Anda
pasti Pak Ibrahim,” ujarku lalu tersenyum bila Pak Ibrahim meletak knightnya di
petak tersebut.
Pak
Ibrahim tidak menjawab malah menganggukkan kepalanya tanda dia sudah pasti.
“Ok,”
jawabku tidak sabar hendak mengerakkan buah catur ku.
Aku
mencapai bishop lalu menewaskan Queen Pak Ibrahim. Pak Ibrahim menepuk dahinya
baru menyedari kesilapannya sebaik sahaja aku berbuat demikian. Dia baru
perasan yang Queennya dalam bahaya dan begitu juga King nya.
“Checkmate,”
ujarku lalu tersenyum puas.
Semua
yang menyaksikan kami bermain papan catur menepuk tangan serentak bila aku
berkata demikian. Kecoh bukan main. Mereka semua mengucapkan tahniah kepadaku
kerana berjaya menewaskan Pak Ibrahim yang di katakan jaguh chess di rumah
kebajikan tersebut. Belum pernah seorang pun yang dapat mengalahkan Pak Ibrahim
kerana Pak Ibrahim bijak menjerat pihak lawannya sekaligus menewaskan pihak
lawannya.
Nora
di sebelahku pun turut teruja bila aku memenangi permainan catur tersebut
dimana permainan itu di dominant oleh orang lelaki. Bagaimana teman Farah dapat
memberi Farah tips dalam masa singkat.
“Good
game,” jawab Pak Ibrahim mengaku kalah.
“Yes
Pak Ibrahim good game, ok kita rehat sekejap lepas ni kita makan-makan ok,”
ujarku kepada Pak Ibrahim dan pakcik-pakcik lain. Pakcik-pakcik tadi bersurai
menuju ke katil masing-masing. Aku dan Nora menuju ke dewan makan untuk
memastikan pihak catering sudah menyediakan makanan. Ada beberapa staff dari
syarikat kami turut sibuk menguruskan acara selanjutnya. Aku dan Nora
ditugaskan untuk bermain game dan meluangkan masa bersama warga emas. Manakala
staff yang lain menguruskan perkara yang lain. Farhan teman lelaki Nora turut
membantu. Dia kelihatan sibuk menyusun meja dan menguruskan hidangan warga
emas.
Thanks!! I won
the chess game yuhoo. J taipku
lalu tersenyum.
Really?? Good J
I
hope you don’t find me nuisance. I’m kind of missing Lynda actually. She’s the
only one who always entertains my nonsense.
Aku
menyimpan handphone ke dalam poket seluarku. Tiba-tiba terasa kehilangan. Aku
rindukan Lynda. Hanya Lynda yang faham dan kenali aku. Nora teman sekerja. Aku
memang rapat dengannya. Tapi Lynda aku kenali sejak kami kecil lagi. Jadi semua
rahsia dan perangai aku Lynda sudah kenal sangat. Kemana Lynda? Dia tidak
ingatkan aku lagi ke? Sampai hati dia tidak memberi aku nombor telefon
terbarunya.
Ting..sekali
lagi telefonku berdenting.
You can always message me.
Sebak
dadaku bila Mikhail berkata demikian. Terharu kerana Mikhail seakan mengerti
apa yang aku rasa.
Thanks. Itu
sahaja yang mampu ku katakan pada Mikhail. Thanks for being a good and
understanding friend to me.
bersambung...
No comments:
Post a Comment