Ariel memandu keretanya selaju 90km
sejam kerana dia tidak begitu terburu-buru untuk sampai ke destinasinya. 3 Bulan sekali dia akan ke
pantai Air papan dan bermalam beberapa hari untuk bercuti. Dia tidak tahu
kenapa dia selalu memilih destinasi percutian yang sama. Mungkin kerana pantai
itu yang selalu menjadi tempat permainannya bersama adiknya Amirul semasa
mereka kecil dahulu. Ariel rapat dengan Amirul walaupun dia suka mengusik dan
menyakat Amirul kerana Amirul seorang anak yang jujur tidak pandai menipu atau
berbohong manakala dia seorang anak yang nakal dan lincah. Sungguhpun begitu
dia tetap menjadi anak kesayangan ayahnya. Apa yang dia hendak semua ayahnya cuba adakan dan
sediakan untuknya. Walaupun Amirul anak bongsu, Amirul tidak pernah mendapat
keistimewaan seperti Ariel. Ini sedikit sebanyak membuatkan Amirul sedikit
cemburu dengan abangnya Ariel. Namun begitu dia tetap sayangkan Ariel.
Ariel memerlahankan had kelajuan
keretanya bila terpandang akan seseorang berdiri di bahu jalan melambai ke
arahnya. Ariel melirik kearah jam di dashboard. Jam menunjukkan 11.40 malam. Ariel
mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya. Ariel menurunkan cermin
tingkap. Matanya sempat menjeling ke arah kereta Honda hitam milik wanita itu
yang tersadai di bahu jalan.
“Please help me, my kereta rosak
and it’s getting late, and I’m scare,” ujar wanita itu dengan wajah terdesak.
Suaranya tersekat-sekat kerana menahan takut. Apa taknya bagai nak gila dia
melambai kerarah kereta atau kenderaan yang lalu di tempatnya namun tak ada
seorang pun yang berani hendak memberhentikan kereta mereka. Sungguhpun kecut
kerana tempat itu gelap dan hari semakin larut dia terpaksa bertindak sedemikian
agar pemandu itu dapat menumpangkannya setidak-tidaknya ke pekan daripada dia
terpaksa bermalam di dalam kereta sendirian.
“Masuk,” jawab Ariel dengan wajah
selamba.
Wanita itu segera menuju kearah
boot keretanya lalu mencapai travel beg dan menuju kearah kereta lelaki yang
sedang menunggunya. Tiada perasaan takut pun terbit di hatinya kerana dia lebih
rela menjadi teman lelaki itu dari terpaksa bermalam di tempat ini yang sunyi
dan gelap.
“Thanks,” jawab wanita itu lalu
menutup pintu kereta lelaki itu.
Ariel tidak menjawab dia hanya
menganggukkan kepalanya perlahan tanpa memandang kearah wanita itu.
“Where are you heading to?,” soal
Ariel.
Wanita itu tidak menjawab. Dia
menyeluk saku skirtnya lalu mengeluarkan secebis kertas yang tertera alamat
yang hendak di tuju. Dalam cahaya samar-samar lampu neon dia cuba membaca
alamat yang terdapat di kertas tersebut.
“Erm,
No. 15 Kampung Baru, Mersing,”
“Kampung
Baru, Mersing, buat apa kat sana?,” soal Ariel tiba-tiba berminat ingin tahu.
“I’m
meeting someone there?,” jawab wanita itu acuh tak acuh bila lelaki itu ingin
tahu akan tujuannya ke alamat tersebut. Kenapa dia berminat ingin tahu?
“Sorry,
I can’t send you to the address, you bermalam sahaja di hotel dan besok sahaja
you kesana sendiri,” jawab Ariel sinis lalu menoleh kearah wanita muda itu.
Baru dia dapat melihat wajah penumpangnya dengan jelas.
“Ariel
Ahmad?,” ujar wanita itu bila menyedari lelaki yang memandu itu adalah lelaki
yang cukup dikenali.
“Yup,”
jawab Ariel ringkas kerana dia tidak terperanjat bila penumpang wanita itu tahu
akan namanya kerana pernah beberapa kali terserempak dengan wanita itu di Zouk
bersama teman-temannya. Dia kenal akan wajah wanita itu tapi tidak tahu akan
namanya.
“Out of millions people in Malaysia I bump
into you,” cemuhku perlahan. No doubt aku masih lagi meminatinya tapi aku masih
sakit hati dengan perangai jerknya yang memarahi aku tempoh hari. Kenapa aku
ditemukan dengannya hari ini ketika aku benar-benar memerlukan pertolongan.
“Excuse me??,” ujar Ariel kerana
menyedari wanita itu berkata sesuatu namun tidak begitu jelas di
pendengarannya.
“Fine just send me to the nearest
hotel,” jawabku malas hendak bertekak dengan lelaki sombong itu. Buatnya dia
tukar fikiran berhentikan aku di tempat sunyi dan tinggalkan aku sendirian naya
nanti, lebih baik aku mendiamkan diri.
Ariel menjeling bila wanita itu
tidak banyak soal. Wanita itu memalingkan wajahnya kearah luar kerana tidak
berminat untuk berbual dengannya. Sempat mata nakalnya menjeling kearah betis
putih gebu milik wanita itu.
“Give me the address,” soal Ariel
tiba-tiba.
Aku yang hampir terlelap
tersentak bila tiba-tiba di sergah Ariel.
“Kan I dah beritahu
address dia tadi,” jawabku tidak berpuas hati.
“Entah-entah
salah address,” sindir Ariel tanpa menoleh kearah wanita itu.
Aku
mengetap bibir menahan marah bila disindir Ariel begitu. Apa dia ingat mata aku
cemeh ke tak nampak. Aku menyeluk saku skirt lalu menyerahkan cebisan kertas
tersebut kepadanya. Ariel mencapai kertas tersebut tanpa banyak bicara. Ariel
menghidupkan lampu dari dalam kereta untuk memastikan alamat yang diberikan
adalah betul. No. 15 Kampung Baru, Mersing. Ariel mematikan lampu.
Matanya melirik kearah jam di dashboard jam menunjukkan 12.30 malam.
“I will send you to the address tomorrow,
dah lewat semua orang dah tidur,” ujar Ariel tanpa mengulas panjang.
“Ok, whatever!,” jawabku dalam
hati. Malas hendak layan lelaki sakit jiwa macam Ariel. Hilang mengantukku bila
di sergah Ariel. Sepanjang satu jam perjalanan ke hotel kami tidak berkata
apa-apa. Jauh juga rumah yang dimaksudkan Miera. Dah nak dekat daerah Air
papan, Mersing juga. Ariel memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan
hotel Sentosa. Aku dapat mengagak hotel
itu menjadi pilihannya.
“Thanks for the ride, I’m
indebted to you,” ujarku cuba
membuahkan senyum. Aku sepatutnya berterima kasih dengan Ariel kerana dia menyelamatkan
aku dari tempat sunyi dan gelap itu. Tapi aku tidak tahu kenapa aku tidak
begitu sincere bila mengucapkan terima kasih kepadanya.
“Pay for the room,” ujar Ariel
ringkas lalu membuka pintu kereta.
“Sharks,” gerutuku sebal.
Patutlah aku tidak begitu sincere bila mengucapkan terima kasih tadi kerana dalam baik
dia mengenakan aku. Fine. Aku bayar sewa biliknya semalam so we even 0-0 tak
ada lagi terhutang budi dengannya. Dasar lelaki tak gentleman langsung. Aku
menghempas pintu kereta BMWnya sekuat hati. Sempat aku menendang tayar
keretanya. Ah rasakan. Geram dengan perangai ass*#%&nya. Ariel menyerahkan
kunci bilik kepadaku sebaik sahaja terpandang wajahku. Aku mencapai kunci
tersebut dari tangannya tanpa berkata apa.
“Meet me here at 7.30am sharp if you want me to send
you to that address,” ujarnya seraya tersenyum sinis. Dia mendaki tangga untuk
menuju kearah biliknya tanpa memperdulikan aku yang membara dengan perangai dan
perbuatannya itu. Kalau tidak kerana kereta rosak aku tidak akan bertemu dengan
Ariel dan tidak perlu sakit hati dengan perangai Ariel. Kalau diikutkan kepala
gila aku. Memang aku maki dia teruk-teruk. Aku peduli apa lelaki handsome ke
tak handsome kalau kurang ajar lebih terima aje habuan dari aku. Cuma nasibnya
baik hari ini kerana aku tidak ada mood untuk berbuat demikian sebab aku
kepenatan dan mengantuk dan juga kerana aku hendak berubah kepada wanita yang
baik. Betul lah kata Miera untuk berbuat baik dan mencari pahala tidak begitu mudah cubaannya
banyak.
No comments:
Post a Comment