Aku tersentak bila pemandu taxi
mengatakan bahawa kami sudah tiba. Perjalanan masa selama 3 jam tidak kurasai
kerana aku tidak tidur walau sesaat pun. Sepanjang perjalanan kenangan demi
kenangan aku bersama mama semasa hidupnya ku singkap satu persatu. Air mataku
mengalir laju tiap kali ku imbas kenangan lalu bersama mama. Aku sayangkan mama.
Hanya mama yang memahami hati aku. Mama seorang wanita yang tabah. Sejak mama
dan papa berpisah. Mama tidak pernah lupa untuk menziarahi aku bila berpeluang
berbuat demikian. Tapi sejak papa bernikah baru mama tidak lagi berkunjung ke
rumah kami. Dia akan menjemputku dan kami akan menghabiskan masa bersama ke
tempat-tempat kegemaran kami samada picnic di taman permainan atau di taman
riadah. Mama akan membawa kuih tradisional kegemaran ku seperti ondeh-ondeh
buah Melaka, kuih koci pulut hitam dan putri salad bila tiap kali datang
bertemu denganku. Sungguhpun aku ni lebih gemarkan cheesecake and fancy
pastries tapi kuih tradisional dari air tangan mama tetap menjadi favourite ku.
Mama tidak punya wang untuk membawaku ke tempat-tempat lain jadi kami ke
tempat-tempat tersebut. Semua itu aku tidak kisah. Asalkan aku dapat bersama
dengan mama.
Seperti yang telah dijanjikan aku
menyerahkan note RM300 kepada pemandu taxi tersebut untuk menghantar ku ke kampung
pada pukul satu pagi. Aku tidak bisa memandu dalam keadaan begini. Keretaku
tersadai di parkir berdekatan dengan club. Tanpa memberitahu teman-temanku aku
meninggalkan mereka lalu menahan taxi terus menuju kemari. Aku membuka pintu
taxi lalu melangkah longlai menuju kearah rumah mama. Mataku yang sembab akibat
terlalu banyak menangis ku sembunyikan disebalik cermin mata hitam Chanel. Ramai
penduduk kampung datang menziarahi mama buat kali terakhir. Kedengaran surah
yassin dibacakan oleh jiran tetangga. Beberapa tetangga menoleh kearah ku. Ada yang berbisik semasa
mereka tak kurang juga mengelengkan kepala tatkala melihat diriku. Ah aku tidak
mengindarkan pandangan mereka.
“Assalamualaikum Dania,” tegur seorang
gadis berjubah putih dan bertudung putih menyapaku.
Aku hanya menganggukkan kepala tanpa
menjawab salamnya.
“Dania, mari ke rumah Miera sekejap,
apa kata Dania mandi dan bersihkan diri dahulu, tak elok mengadap jenazah dalam
keadaan begini,” ujar Miera lalu menarik lengan Dania perlahan.
Aku tidak memprotes kerana fikiranku
tidak stabil, kepalaku sakit kerana penangan ecstasy dan juga kerana aku tidak
tidur semalaman. Aku masih lagi di dalam keadaan terperanjat akan berita mama
sudah tiada dan masih lagi belum dapat menerima bahawa mama sudah pergi
meninggalkan aku untuk selamanya. Aku yang seperti patung bernyawa mengekori
Miera kerumahnya. Sebaik sahaja Miera membuka pintu rumahnya. Aku terus sahaja menuju
kearah sofa lalu menyandarkan kepalaku di kepala kerusi tanpa di pelawa
terlebih oleh tuan rumahnya.
Miera merasa kasihan melihat keadaan
anak jirannya yang kelihatan tidak terurus. Dia percaya Dania terus balik ke
kampung sebaik sahaja mendapat pangilan telefon darinya. Sungguhpun Miera tidak
tinggal di kampung tapi bila setiap kali dia pulang dia tidak pernah lupa
singgah bertemu dengan cik Aishah. Miera rapat dengan cik Aishah. Cik Aishah
tidak macam jiran tetangga yang lain yang hobi mereka suka menceritakan hal
orang lain dan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Cik Aishah
tidak. Dia lebih suka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di masjid dan surau
dan dia juga tidak lokek ilmu. Resepi kuih tradisional yang diturunkan nenek
moyangnya di kongsi bersama dengannya. Sedikit sebanyak dia tahu akan kisah
hidup Cik Nuraishah dan anaknya Dania. Cik Nuraishah bimbangkan akan Dania yang
tidak dibimbing dengan baik oleh papanya seorang mualaf dan dia memeluk islam kerana mahu bernikah dengan Nuraishah, dia tidak mempraktikan ajaran islam. Hendak meluntur buluh biar dari
rebungnya. Cik Nuraishah sering mengingatkan bekas suaminya agar Dania diberi
pendidikan agama secukupya. Kerana di Kuala
Lumpur tidak kurang dengan sekolah agama dan guru
mengaji, namun setiap saranannya tidak di ambil peduli bekas suaminya. Hendak
di bawa Dania tinggal bersama dengannya, bekas suaminya tidak izinkan malah
mengugut tidak akan memberi wang sesen pun kepada Dania sekiranya Dania tinggal
bersama dengannya di kampung. Dia terpaksa mengalah demi kebahagian dan
kesenangan Dania. Setiap kali dia memanjatkan doa kepada ilahi, dia tidak
pernah putus memohon kepada allah agar Dania di berikan hidayah dan
dikembalikan kepada jalan yang benar.
bersambung...
No comments:
Post a Comment