Mia mengetuk meja berkali-kali mengunakan
kukunya yang cantik di manicure menunjukkan dia tidak sabar menunggu. Dia memandang
kearah mamanya dengan perasaan tidak senang. Mamanya memaksanya untuk makan
malam bersama abang tirinya atau half brother yang tidak pernah dia tahu atau
kenali sejak dia lahir sehinggalah kini dia berumur 26 tahun. Mia tidak mahu reunion
dengan abangnya. Dia sudah biasa menjadi anak tunggal. Dia tidak perlukan
abang? Dan pertemuannya dengan abangnya nanti tidak akan merubah apa-apa
kerana dia tidak akan menganggap lelaki itu sebagai abangnya. Mereka hanya
berkongsi mama dan berlainan papa. Kalau mama menyangka bahawa abangnya dapat
mengawal dirinya. Mama silap kerana dia tidak takut dan tidak ambil peduli.
“Seriously
ma..how long we gonna have to wait for him?” ujar Mia dengan wajah bosan lalu menjeling kearah
mamanya. Dia sudah ada plan malam ini untuk bertemu dengan Shafiq.
“Be
patience Mia, sekejap lagi sampailah dia,” jawab Datin Zainab bila Mia
kelihatan restless dan seperti cacing kepanasan. Sudah lama dia mahu memperkenalkan
Mia kepada anak lelakinya. Mia selalu memberi pelbagai alasan dan mengelak untuk bertemu
atau mengenali anak lelakinya. Hari ini, Mia tidak dapat membantah, kerana jika
Mia tidak mengikutnya makan malam hari ini bersama. Mia tidak akan mendapat
kereta Audi sport yang diminta di hari lahirnya nanti seperti yang telah di
janjikan.
Mia
mencebik bila mamanya berkata demikian. Seriously kalau tidak kerana mamanya
mengugut tadi dia tidak akan ke reunion dinner mama dengan long-lost-son.
“Sorry
I’m late,” tegur Mikhail lalu mencium pipi mamanya lalu duduk di kerusi
kosong berhadapan dengan Mia adiknya. Dia membuahkan senyuman kepada wanita
muda itu. Datin Zai hanya tersenyum bila Mikhail berbuat demikian. Sejak
pertemuan mereka kelmarin hubungan dia dengan Mikhail bertambah baik. Mikhail
sudah dapat menerima kehadirannya dalam hidupnya. Mikhail tempat dia bergantung harap. Datin Zainab merasa
selesa mengadu tentang Mia kepada Mikhail dan anak lelakinya itu banyak memberi
pandangan dan nasihat kepadanya cara untuk menambat hati Mia. Datin Zainab
kagum dengan anak lelakinya yang selalu berfikiran positif dan juga matang.
Cara layanan Mikhail terhadap dirinya juga menyenangkan. Mikhail mendengar kata
dan hormat padanya. Datin Zainab mengakui bahawa bekas suaminya itu adalah seorang papa yang
berjaya membentuk perbadi anak yang baik. Lihat sahaja perangai Mia dengan
Mikhail. Bagai langit dengan bumi.
Mia
tergamam sebaik sahaja terpandang akan wajah abangnya. He’s hot. Why? Why is
this thing always happening to me? I think I’m in love with my half brother. He’s so hot and
so good looking. Bisik Mia dalam hati. Gosh! What a waste? Life is cruel.
“Mia
kenalkan ini Mikhail, your brother,” ujar Datin Zainab memperkenalkan Mikhail
kepada Mia.
Mia
tidak berkata apa. Dia masih memandang wajah Mikhail tanpa berkedip seolah-olah
tidak dapat menerima kenyataan bahawa lelaki kacak yang berada di hadapannya itu
adalah abangnya sendiri dan mereka adalah adik beradik tiri.
“MIA!,”
tegur Datin Zainab lalu menyentuh lengan anak perempuannya bila tiada reaksi
yang diterima olehnya.
Mia
tersentak bila mamanya berbuat demikian. Dengan wajah selamba dia menghulurkan
tangan kepada Mikhail menandakan dia tidak begitu teruja dengan perkenalan dan
pertemuan mereka hari ini. It's no big deal.
“Nice
to meet you BROTHER,” ujar Mia lalu tersenyum sinis. Sengaja dia berbuat
demikian.
Mikhail
menyambut huluran tangan Mia. Matanya sempat menjeling ke arah jari manis Mia
yang tersemat dengan sebentuk cincin batu permata yang indah. Mikhail
membuahkan senyum kerana dia tahu Mia tidak berapa suka bila mengetahui dia
mempunyai abang dan menyangka bahawa dia adalah anak tunggal.
“It's a pleasure
to meet you too Mia,” jawab Mikhail lalu tersenyum mesra.
Mia
menjeling bila Mikhail berbuat demikian. Maknanya Mikhail tidak cocky dan
matured. Kalau Shafiq sudah pasti dia akan membalas dengan jawapan yang sinis.
Itu kalau Shafiq lah.
“What’s
nice here?” jawab Mia sambil lewa, lalu membetulkan shawl di bahunya.
Dia mencapai menu yang berada di hadapannya sambil lewa. Fikirannya sarat
dengan pelbagai persoalan mengenai so-call-newly-found-half-brother. Apa
pekerjaannya? Sudah punya teman wanita? Mia tahu Mikhail belum berumahtangga
kerana dia hadir makan malam sendirian dan tidak di temani so-call wife jika
dia sudah berumahtangga. Dan Mia tahu dijari Mikhail tidak terdapat sebarang cincin. Kenapa dia mahu tahu semua tentang Mikhail? Dia hendakkan Leverage.
Dari body language mamanya. Dia dapat merasakan mama sayangkan Mikhail kerana
Mikhail anak yang mendengar kata dan baik. Punya potensi mengugat kedudukan di hati mamanya. Mia
tidak akan membenarkan perkara ini berlaku. Dia mahu dig some dirt mengenai
Mikhail.
“Mama
cadangkan Mia try their signature salad, mesti Mia suka,” ujar Datin Zainab
lalu menoleh kearah Mia yang masih membelek-belek menu. Dia tahu Mia tidak
makan makanan yang mengemukkan.
“Ma
I come all the way here just to eat salad, apa lah ma, erm brother Mikhail any
recommendation since you suggest that we have dinner here?,” ujar Mia dengan
suara manja lalu memandang tepat ke wajah kacak Mikhail sambil tersenyum. Wajah
kacak milik Mikhail di pandang lama. Lelaki itu sedang sibuk meneliti menu di
tangannya. Dia menutup menu tersebut lalu meletakkannya di atas meja bila
menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya sedari tadi. Dia tahu
Mia memerhatikannya.
“No
salad for Mia today, I don’t know been here once only, let’s check it out,”
jawab Mikhail memberi isyarat kepada pelayan yang berada tidak jauh dari
mereka. Pelayan yang di panggil datang ke meja kami.
Mia
tersenyum bila Mikhail berkata demikian. Smooth and Charming but not for long.
Bisik Mia di dalam hati.
“This
beautiful young lady would like you to give her good food recommendation,” ujar
Mikhail lalu tersenyum. Dia menoleh kearah Mia yang agak terperanjat bila dia
mengatakan beautiful young lady. Wajah Mia merona merah bila di beri pujian
begitu.
Datin
Zainab hanya tersenyum melihat perlakuan Mia yang agak sopan dan tidak bitchy
seperti selalu. That’s a good sign. Mungkin kerana kehadiran Mikhail. Mia tidak
mahu Mikhail tahu akan perangainya dan mahu memberi good impression kepada
abangnya. Datin Zainab berdoa agar Mia berubah perangai setelah mengenali
Mikhail. Dia juga berharap Mikhail dapat membimbing dan dapat melentur Mia untuk
menjadi seorang wanita yang sopan dan baik. Mungkin dengan kehadiran
Mikhail, Mia dapat mendengar nasihatnya.
bersambung...
Best nak lagi.
ReplyDelete