Monday, 24 February 2014

Qada dan Qadar - Part 1

As salam mualai kum..

Perhatian: Saya budak baru belajar sekiranya terdapat kesilapan bahasa dan perkataan yang di gunakan harap maaf. Cerita yang ditulis di sini "partly" kisah benar seseorang dan mungkin juga berlaku di dalam masyarakat kita hari ini. Karektor-karektor yang terdapat di dalam cerita ini adalah tambahan bagi menghasilkan jalan cerita menarik. Bagaimanapun, nama dan tempat yang digunakan dalam cerita ini bukanlah nama dan tempat yang sebenarnya. Sebarang feedback dan komen yang membina amat di alu-alukan. Harap maklum. Dan cerita ini belum dapat di selesaikan kerana dalam proses penulisan..jadi sekiranya post lambat harap bersabar ye..
 
 
 
******
 
 

                              Aku menari mengikut irama music yang sedang di alunkan. Sedikitpun aku tidak memperdulikan orang yang berada di sekelilingku kerana terlalu asyik menari. Sesekali aku sempat menjeling kearah pasanganku yang turut khayal menari dek penangan pil ecstasy, aku tidak memikirkan akan risiko akibat mengambil dadah, apa yang penting aku dapat merasa keseronokan yang maksima. Malah teman-temanku yang lain turut mengambilnya. Kami tidak pernah merasa serik keluar masuk lokap dan disaman berkali-kali. Ia sudah menjadi perkara biasa buat kami. Kena saman apa susah. Papa kami yang akan uruskan semuanya, beres. Aku berjalan terhoyong hayang menuju kearah meja lalu menyambar minuman ku yang masih berbaki. Telefon ku bergegar-gegar berkali-kali. Aku mencapai telefon melirik kearah screen. Unknown caller.
 
                              “Hello,”
 
                              “Assalamualaikum, Ini Dania,” jerit si pemanggil sebaik sahaja aku menjawab telefon kerana latar belakangnya terlalu bising dan dia khuatir Dania tidak dapat mendengar dengan jelas.
 
                              “Yeah,” jawabku lalu menyandarkan kepalaku di atas meja. Kepala ku terasa berat. Aku terasa pening tiba-tiba.
 
                              “Dania, ini Miera jiran makcik Nuraishah,” ujarnya dengan suara agak cemas.
 
                              “Miera, kenapa call malam-,” aku melirik kearah jam tanganku jam menunjukkan pukul 12.45 pagi.
 
                              “Ah kenapa call pagi-pagi ni,” ujarku seraya ketawa kecil seperti orang kurang siuman. Gelihati benar bila menerima panggilan telefon dari jiran mama waktu begini.
 
                              “Dania harap jangan terkejut saya nak sampaikan berita, Cik Nuraishah mak Dania meninggal isyak tadi,” ujarnya jelas.
 
                              Aku mendiamkan diri. Cuba menyerap berita yang di sampaikan Miera ke dalam otakku. Dunia seolah-olah berhenti berputar seketika. Mama meninggal. Airmataku mengalir laju tanpa dapat ku tahan lagi. Tak mungkin.
 
                              “Bila mama meninggal, jangan nak bohong, mama tak sakit apa-apa, I baru jumpa mama minggu lepas, you jangan nak bergurau dengan I,” marahku sambil mengesat airmataku yang mengalir deras tanpa henti-henti sedari tadi. Aku benar-benar berharap ianya hanya sebuah gurauan.
 
                              “Astrafirullahalazim, perkara kematian saya tak buat main-main Dania, saya harap Dania dapat pulang ke kampong segera,” ujar Miera. Dia tahu Dania bersedih hati. Siapa tidak ibu yang disayangi meninggalkan kita. Miera pernah beberapa kali bertemu dengan anak tunggal Cik Nuraishah. Orangnya cantik dan modern. Dania tinggal di Kuala Lumpur bersama dengan papanya setelah papa dan mamanya berpisah 10 tahun yang lalu. Mamanya mengambil keputusan untuk tinggal di kampung peninggalan arwah emaknya. Cik Nuraishah terpaksa berpisah dengan anaknya kerana bekas suaminya mampu memberikan kesenangan kepada anak tunggal kerana suaminya orang berada. Dia sanggup berulang alik untuk bertemu dengan Dania bila berkesempatan. Cik Nuraishah menyara kehidupan dengan jualan kuihnya yang tidak seberapa hasilnya bagaimana dia hendak menampung Dania. Namun begitu anak tunggalnya itu tidak pernah lupa untuk menziarahi mamanya di kampung. Selalu juga di beri wang kepada mamanya. Dania anak yang baik hanya dia risaukan tentang Dania yang terlalu kebaratan dan tiada nilai ketimuran. Cik Nuraishah benar-benar risaukan tentang Dania yang tidak di berikan bimbingan agama sejak dari kecil dari bekas suaminya. Cik Nuraishah tidak dapat berbuat apa-apa selain dari menasihati Dania supaya berubah dan kembali kepangkal jalan. Siang malam dia berdoa agar allah memberikan hidayah kepada Dania juga kepada bekas suaminya itu agar tidak terus hanyut.
 
                        “Mama kenapa tak nak tinggal di Kuala Lumpur, Dani sewa rumah kita tinggal sama-sama, kat kampung boringlah bukannya ada apa, tak happeninglah tinggal kat sini,” ujarku menoleh kearah mama yang sedang sibuk memarut kelapa untuk dibuat kuih ondeh-ondeh buah Melaka.
 
                              “Siapa kata tinggal kat sini tak happening, Dani ingat tinggal kat Kota aje yang happening, kat sini mama ada ramai kawan, nak shopping pun dekat, kedai pak mat ada Econ minimart ada, pasar malam setiap malam minggu, ah dapat selalu lepak kat surau solat berjemaah dan dengar syarahan agama, lagi happening, kalau kat KL tak ada, semuanya jauh nak kena drive lagi,” jawab Puan Nuraishah sambil tersenyum mendengar keluhan Dania. Begitulah cara dia berbual dengan Dania. Dia tahu Dania darah muda. Kalau selalu di marahi dan di tengking ianya tidak akan menjadi. Sungguhpun dia hidup di  kampong. Sebelum dia berkahwin dengan papa Dania. Dia pernah bekerja sebagai setiausaha di syarikat papa Dania. Di situlah permulaan hubungan mereka. Nuraishah tidak menyangka anak Tan Sri Herman berkenankan akan dirinya. Hanya jodoh mereka tidak panjang kerana dia tidak sanggup dengan perangai Daniel yang kaki perempuan dan terlalu social. Dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan Daniel dan terpaksa berjauhan dengan anak tunggalnya Dania.
 
                              “Eii itu di katakan happening, tak happening langsung,” cemuhku seraya memeluk tubuh. Apalah yang bagus sangat tinggal di kampung aku pun tak tahu. Tapi mama suka sangat tinggal kat sini. Mama pernah tinggal dan bekerja sebagai setiausaha di syarikat papa di Kuala Lumpur dahulu, mama seorang wanita yang cantik dan bergaya. Tapi kampung juga menjadi tempat favoritenya semenjak berpisah dengan Papa. Papa pun satu dah tua tidak sedar diri masih hendak mengatal lagi sanggup ceraikan mama dan bernikah lagi. Mama bukannya tidak cantik. Cantik. Kalau dah lelaki memang tidak cukup dengan satu. Aku kalau tidak mengenangkan papa financierku sudah lama aku tinggalkan dia. Sebab itu aku sengaja tidak mahu bekerja bertujuan agar emak tiriku tidak dapat membolot kesemua harta papaku. Nasib baiklah emak tiriku tidak punya zuriat hasil dari perkahwinan mereka sehingga sekarang. Kalau tidak aku terpaksa berkongsi dengan adik beradik tiriku.
 
                              “Dani balik juga ke hari ni, tak nak tidur sini,” soal Puan Nuraishah lalu menoleh kearah Dania yang berdiri di muka pintu. Dia tahu Dania tidak betah kehidupan di kampung. Dania di besarkan di Bandar. Walaupun dia tahu Dania tidak akan bermalam di sini namun dia tidak pernah berputus asa untuk memujuk anaknya itu.
 
                              “Tak naklah mama, sini tak ada water heater, bila mama hendak ke Kuala Lumpur boleh Dani sewa bilik hotel, lepas tu kita pergi shopping, janganlah asyik terperap aje kat sini, mama tak rindu ke tinggal kat Kuala Lumpur,”
 
                              “Tiada apa yang mama hendak rindukan KL selain dari Dani, kehidupan mama di sini, bila Dani hendak temankan mama, lagi sebulan lagi kita dah nak berpuasa, Dani kan dah janji dengan mama hendak cuba berpuasa tahun ni,” ujar Puan Nuraishah menuntut Dania hadiah hari lahirnya, Dania berjanji akan menunaikannya. Dia mahu Dania berpuasa dan beraya bersama dengannya tahun ini.
 
                              “It’s not fair tau mama how can you ask for that as a birthday gift,” ujarku tidak puas hati. Tapi oleh kerana aku sudah berjanji dengan mama aku terpaksa akur akan kehendak mama.
 
                              “Dania juga kata anything you want mama, I will give it to you, remember,” ujar Puan Nuraishah mengingatkan Dania akan janjinya.
 
                              “Oklah, kerana you mama kalau orang lain I won’t do it,”
 
 
 
bersambung...

No comments:

Post a Comment