“It’s that’s your
hubby?,” bisikku ke telinga Anis bila kami duduk bersila untuk makan tengahari.
Kekok juga kena duduk bersila. Aku bukannya pernah makan di atas lantai. Seksa
betul dahlah pakai baju kurung besar dah macam budak terencat aku lagaknya,
serba tak kena. Masa aku bantu Anis ke dapur (bukannya bantu pun aku sibuk interview,
kenapa dia kahwin muda itu ini manakala Anis sibuk memasak sambil menjawab
pertanyaan aku) tak pulak aku terserempak dengan anak lelaki Ustazah Mariam.
Anis
tidak menjawab dia hanya menganggukkan kepalanya perlahan.
Oh
gosh. Not bad looking sungguhpun dia hanya mengenakan baju melayu dan berkain
pelikat. Suaminya Anis atau dikenali sebagai Amirul membuahkan senyum kepadaku
sebelum dia duduk menyertai kami mengadap hidangan. Seketika kemudian datang
seorang lelaki berumur menyertai kami. Sungguhpun lelaki itu berumur dia masih
lagi kelihatan sihat dan kuat. Wajahnya kelihatan bersih dan tenang. Aku
mencuit lengan Anis ingin tahu siapa lelaki itu.
“Ustaz
Ahmad,” bisik Anis perlahan.
Oh
ok. Aku menjadi gugup kerana aku tidak biasa dengan keadaan begini. Aku tidak
pernah makan bersama dengan mama dan papa semeja sejak mereka berpisah. Papa sentiasa
sibuk dengan kerja dan persatuannya. Mama pula di kampung. Aku pula sibuk
dengan teman-teman di luar. Kadang-kadang aku merasa iri hati melihat orang
lain yang mempunyai keluarga yang sempurna. Manakala aku tidak pernah merasanya
sebelum ini.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,”
jawab mereka serentak kecuali aku yang masih belum lagi biasakan diri dengan
ucapan salam.
Wanita
separuh umur yang lebih kurang sebaya dengan ibu Miera memberi salam sambil menyerahkan
bakul berisi sayur-sayuran yang dipetik dari kebunnya kepada Anis. Dia segera
ke sinki mencuci tangannya lalu mengelapnya bersih.
“Ini
Dania, alhamdulilah sampai juga kamu kemari, maaf makcik ke kebun tadi
gara-gara nak sambut kamu yang dari bandar rasa sayur segar dari kebun makcik,”
ujar Ustazah Mariam ramah kepada perempuan muda yang berada disebelah menantunya.
“Thank
you, cik,” ujarku lancar tanpa berfikir panjang.
“You’re
welcome,” jawab Ustazah Mariam sambil tersenyum.
Kami
berlima ketawa serentak bila Ustazah Mariam jawab spontan bila aku mengucapkan
terima kasih dalam bahasa inggeris. Aku dah terbiasa. Boleh tahan lawak juga
Ustazah Mariam ni. Nampak macam serius.
Selepas
makan tengahari kami bersiap-siap untuk ke surau yang tidak jauh dari rumah
Ustazah Mariam. Suami Anis mendahului kami untuk ditugaskan menjadi bilal
setiap kali dia di kampong manakala Ustaz Ahmad salah seorang imam di surau
tersebut. Buat pertama kalinya aku merasa teruja untuk ke surau kerana selama
ini aku tidak pernah menjejakkan kaki ke surau apatah lagi ke masjid. Nasib
baiklah aku minta tolong Anis ajarkan aku tadi bagaimana hendak mengambil
wudhuk dan bersolat kalau tidak bagaimana agaknya reaksi Ustazah Mariam aku
kata tak tahu langsung. Pengsan dia barangkali. Aku solat berjemaah buat
pertama kali dan juga solat untuk pertama kali.
bersambung...
No comments:
Post a Comment