Thursday, 27 February 2014

Qada dan Qadar - Part 9


                        Ariel mencampak kunci bilik di atas meja. Dia berjalan menuju kearah verandah lalu menolak pintu seluas-luasnya. Angin laut bertiup menyapu wajahnya. Ariel berdiri mengadap ke laut. Fikirannya menerawang kembali ke zaman kanak-kanaknya. Dia dan Amirul selalu bermain-main di pantai ini. Mereka banyak menghabiskan masa terluang memancing dan berenang ketika remaja. Pantai ini banyak meninggalkan kenangan. Ariel nakal berbanding dengan Amirul. Amirul selalu di bulinya kerana Amirul anak yang baik. Tidak pandai berbohong dan terlalu lurus bendul. Jika dia ingin melakukan perkara yang tidak baik Ariel akan memastikan bahawa Amirul tidak ikut sama kerana adiknya itu akan sampaikan kepada abahnya. Amirul tidak ramai kawan kerana Amirul seorang yang alim berbanding dengan dirinya. Perkara yang tidak betul Amirul akan menegur mereka mengatakan ianya dosa. Jadi Ariel selalu meninggalkan adiknya sekiranya dia mahu ponteng sekolah atau curi-curi menghisap rokok. Pernah suatu ketika Amirul memberitahu abahnya yang Ariel tidak hadir sekolah agama kerana sibuk hendak tengok perlawanan bola. Sungguhpun dia anak kesayangan abah tapi jika dia nakal teruk juga dia dipukul.
 

                              “Abang buat apa tu,” soal Mirul bila dilihatnya abangnya duduk membongkok membelakangkannya. Selalunya waktu begini mereka suka pergi ke arah jeti untuk memancing ikan. Hari ini abangnya tidak membawa sebarang perkakas untuk memancing. Dia sudah dapat sebotol cacing yang dicari pagi tadi dengan Anis.
 

                              “Melukis,” jawab Ariel ringkas. Tangannya ligat melakar sesuatu di atas kertas putih. Sesekali dia memandang kea rah sekumpulan budak perempuan yang sedang riang bermain-main di persisiran pantai.
 

                              “Abang pandai melukis,” jawab Mirul dengan mata bulat kerana dia tidak pernah tahu abang Arielnya minat melukis. Mirul duduk mengadap abangnya.
 

                              “Jangan bagitahu abah, abang suka-suka aje,” jawab Ariel tanpa menoleh kea rah adiknya. Dia tekun melukis gambar seseorang.
 

                              “Macam muka Anis aje, wah pandailah abang lukis, mesti Anis suka,” jawab Mirul tersenyum sendiri. Lukisan Ariel memang cantik. Pandai Ariel melukis. Ariel tidak menjawab dia memberi sentuhan terakhir kepada lukisannya yang sudah hampir siap. Ariel menyerahkan kertas lukisan yang sudah siap dengan potret Anis kepada Mirul.
 

                              “Cantik,” soal Ariel kepada Mirul yang masih lagi kagum akan hasil lukisannya.
 

                              “Masyallah, cantik,” jawab Mirul mengangguk sambil tersenyum.
 

                              “Abang nak jadi artkitek bila dewasa nanti,” jawab Ariel lalu tersenyum.
 

                              “Artkitek, kan abah hendak kita jadi pensyarah agama atau guru agama,” soal Amirul terperanjat bila abangnya berkata demikian. Bukankah itu harapan abah. Abah mahu anaknya berjaya dunia dan juga akhirat. Abah mahu anaknya mengikut jejaknya.
 

                              “Kau diam, kau apa tahu, jangan beritahu abah, kalau abah tahu siap kau nanti,” marah Ariel. Dia berjalan meninggalkan Mirul sendirian. Sempat tangannya merampas lukisannya itu lalu di koyak-koyakkan kepada cebisan kecil lalu membuangnya.
 

                              Ariel meraup wajahnya perlahan. Dia menarik nafas dalam seraya menghembusnya perlahan. Dia cuba mendamaikan hatinya sejak bertemu semula dengan Anis. Tidak dapat di gambarkan betapa gembiranya dapat bertemu dengan Anis setelah hampir 8 tahun tidak bersua. Rindu benar dia dengan kedua ibu bapanya begitu juga Amirul dan Anis. Tapi dia tidak berani untuk pulang ke rumah sejak peristiwa 8 tahun lalu. Dia tidak tahu samada mak dan abahnya dapat menerima dia kembali. 
 
 
bersambung...
 
 
 

No comments:

Post a Comment