Monday, 10 February 2014

Watsapp Luv! - Part 28

              Lynda mengesat mulut Emma dengan napkin kerana mulutnya comot disebabkan lelehan ice cream. Dia memberi Emma sudu untuk menceduk ice cream. Aku hanya tersenyum melihat Lynda melayan Emma. Tidak lama lagi aku juga akan menjadi ibu setelah bernikah dengan Shafiq. Jika ada rezeki aku mahu anak cepat aku tidak mahu menunggu kerana takut tidak di kurniakan zuriat jika mengambil masa terlalu lama. I don’t want to take the risk. Aku cemburu melihat teman-teman ku seperti Tasha dan Nora. Kini Lynda sudah pun mempunyai anak sendiri.
               “So when is the big day?,” ujar Lynda tiba-tiba dia menyedut Java chips yang di pesan tadi.
               “Early December this year,” jawabku lalu tersenyum.
               “Tak lama lagi lah ni, everything dah settle?,”
               Aku mengelengkan kepala bila Lynda bertanya soalan demikian. Belum settle sebab masih ada 40% perkara lagi belum di buat dan hari semakin suntuk. Hai tak ingin aku mengingatkan tentang perkara itu.
               “Belum, I thought you hired Wedding Planner?,” ujar Lynda terperanjat kerana Farah masih belum bersiap sedia untuk majlis perkahwinannya. Knowing Farah for so long. Dia tidak suka melakukan kerja di saat terakhir semuanya di rancang dengan baik.
               Aku tidak mengulas panjang hanya memberikannya senyuman tidak bermaya. Aku semacam tidak berminat untuk menceritakan Lynda mengenai persiapan kami.
               “So tell me about this mysterious man, accidentally man or whatsapp man whateverlah, is he hot?,” soal Lynda menukar topic perbualan kami kerana dia tahu Farah tengah stress memikirkan persiapan perkahwinannya.
               Aku tergelak kecil bila Lynda berkata demikian. Tidak percaya bahawa Lynda masih dengan perangai dulunya yang pantang dengan lelaki kacak.
               “Seriously is he hot?,” ulang Lynda bila temannya itu tergelak bila di tanya mengenai kawan lelaki Farah yang dikenali secara tidak sengaja.
               “Is that all that you can think of, is he hot? Yup, he is hot,” jawabku lalu menganggukkan kepala perlahan. Wajah Mikhail mula terbayang di ruang mataku. He’s hot and gentleman too. Bisikku dalam hati.
               “Oh my goodness, you like him,” ujar Lynda tiba-tiba bila temannya itu tersenyum seolah-olah sedang terbayangkan wajah lelaki yang mereka maksudkan. So-call-dreamy-look.
               “No way, I’m engaged ok, kau tanya dia hot ke tidak aku beritahulah secara jujur,” jawabku lalu memberikan Lynda jelingan tajam bila dia mengatakan aku sukakan Mikhail. Aku hanya selesa berkawan dengan Mikhail itu sahaja. Full stop. Not more than that. I’m sure Mikhail sudah ada yang punya more or less. He’s the hunk probably taken.
               “Hmm show me his pic, I don’t trust your judgment, ntah-ntah macam Rowan Artkinson,” ujar Lynda tersengih.
               Aku ketawa kecil bila Lynda menyamakan Mikhail dengan pelakon Mr. Bean tu. Aku membuka tas tangan lalu mengeluarkan Note 3ku. Aku menekan watsapp application lalu mencari profil Mikhail yang terdapat di contact list. Aku menekan gambar Mikhail lalu menyerahkan Noteku kepada Lynda.
               “This is HIM…get out!!,” ujar Lynda dengan wajah terperanjat bila mengakui bahawa teman lelaki Farah sememangnya HOT.
               “I told you, Farah never lie when comes to quality looks especially man,” jawabku lalu menyedut sisa chocolate ice blendedku. Aku mencapai sudu Emma dari tangannya. Emma mencebikkan muka bila sudu kecil itu aku ambil dari tangannya. Wajahnya kelihatan cute. Bila menyedari Emma tidak suka sudunya di ambil aku menyerahkan kembali sudu itu kepadanya. Emma menyambut dengan senang hati. Aku tersenyum melihat keletahnya.
               “Hmm Farah kau janji jumpa dia kat sini ke?,” soal Lynda lalu menoleh kearah Farah yang sedang bermain-main dengan Emma.
               “Huh jumpa dia? Aku tak pernah keluar dengan dia, only that time masa aku buat cincin replica and that was 5 months ago,” jawabku tanpa menoleh kearah Lynda kerana masih lagi menyakat Emma.
               “Okay maybe salah orang,” jawab Lynda sambil lewa. Dia mencapai tisu lalu mengelap mulut comot Emma lagi.
               “Huh salah orang?” soalku pelik lalu menoleh kearah Lynda cuba mengerti apa yang Lynda maksudkan dengan salah orang.
               Lynda tidak menjawab soalan ku. Dia menundingkan jarinya kearah boutique Salvatore Ferragamo. Lelaki yang berwajah mirip seperti Mikhail berada di hadapan boutique tersebut seperti menantikan seseorang. Di tangannya terdapat paperbag SF.
               “It’s him, Mikhail,” ujarku teruja bila menyedari lelaki itu sememangnya Mikhail. Tall and handsome.
               “Excitednya dia, so apa lagi pergilah say Hi kat dia,” usik Lynda bila Farah kelihatan excited bila mengetahui bahawa lelaki itu adalah kenalan watsappnya.
               “Wait, just to be sure,” aku mencapai Note 3 lalu menaip sesuatu di watsapp lalu menekan butang send.
               Hi J
               Kami memandang kearah Mikhail. Lelaki itu tersentak seolah-olah terasa sesuatu bergegar di poket seluarnya. Dia menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan blackberrynya. Mikhail tersenyum sebaik sahaja mengetahui gerangan orang yang menghantarnya pesanan ringkas.
               Hi there, it’s been a while since the last time u msg me J How are you?
               Note3 ku berdenting sebaik sahaja Mikhail membalas watsapp ku. Aku tersenyum membaca message dari Mikhail. As always he’s so sweet.
               “Enough already…suruhlah dia datang sini,” ujar Lynda lalu menepuk lengan Farah yang syok sendiri membaca message dari Mikhail.
               “Ok, ok sabarlah issk,” ujarku lalu menekan icon call.
               Mikail mengerutkan dahinya bila blackberrynya berdering. Farah menghubunginya? Belum pernah sekali pun Farah menelefonnya setelah mengetahui Lynda tidak mengunakan nombor ini. Mungkin Farah memerlukan bantuan darinya. Mikhail segera menyambut panggilan dari Farah.
               “Is everything ok Farah?,” ujar Mikhail dengan nada serius.
               “Yes everything is fine,” jawabku tertawa kecil bila mendengar suara khuatir Mikhail sebaik sahaja menyambut talianku. No hello atau Hi terus tanya is everything ok? Oh ya aku selalu message Mikhail bila aku ada masalah.
               “Ok, that’s good,” kedengaran Mikhail mengeluh lega di corong telefon.
He’s really kind man. Aku dapat melihat reaksi wajah Mikhail dia kelihatan concern.
               Lynda tidak sabar melihat Farah lambat sangat hendak take action. Dia merampas telefon dari tangan Farah.
               “Hi Mikhail, we are here sitting opposite from where you are standing,” ujar Lynda lalu melambai-lambai kearah Mikhail. Aku hanya mampu mengelengkan kepala melihat kelakuan Lynda yang tidak ubah dari dulu hingga sekarang. Sama sahaja. Sebab itu aku sukakan Lynda she’s nonsense.
               Mikhail yang terperanjat terdengar suara wanita lain dari corong telefon menoleh kearah Baskin Robins seperti yang di arahkan wanita itu. Mikhail membuahkan senyum lalu menuju kearah kedua-dua wanita itu.
               Hatiku berdebar-debar bila Mikhail menghampiri meja kami. Why? Kenapa aku merasa tidak selesa bila jejaka kacak itu datang menuju kearah kami. Aku dapat merasakan wajahku merasa panas. Blushing more precise. Aku tidak tahu kenapa.
               “Hello Mikhail, Farah’s right you are really hot,” ujar Lynda lalu menghulurkan tangannya kepada Mikhail.
               Aku menepuk lengan Lynda bila dia berkata demikian. How can she said that. Malu aku pada Mikhail. Apa pula yang di fikirkannya nanti. Aku memberi komen sedemikian.
               “Ignored her, she’s crazy,” jawabku lalu tersenyum. Hendak sahaja aku sembunyikan muka di bawah meja bila Lynda berkata demikian. Malu teramat sangat.
               “Oh thank you, likewise,” jawab Mikhail menyambut huluran tangan teman Farah, lalu tersenyum bila wanita itu memujinya. Mikhail menghulurkan tangannya kepada Farah.
               Aku menelan air liur bila menyedari aku sentiasa merasa gugup bila setiap kali berdepan dengan Mikhail. I don’t know why. Maybe he is too hot to handle. Aku menyambut huluran tangan Mikhail buat pertama kali.
               “Hi doll, you are so beautiful,” ujar Mikhail lalu mencuit pipi Emma. Emma ketawa menunjukkan barisan giginya menandakan dia suka di usik. Aku dan Lynda berpandangan sesama sendiri. Emma starts early. Kami tersenyum sendiri kerana Emma turut merasa teruja bila lelaki kacak seperti Mikhail mengusiknya.
               “Apa you buat di sini, shopping dengan your special lady?,” soal Lynda dengan ramah. Aku menjegilkan mata pada Lynda bila Lynda terlalu peramah dengan Mikhail sedangkan aku tidak tahu hendak memulakan perbualan bila berhadapan dengan Mikhail.
               “Ah yes with my special lady, sorry I didn’t get your name you are?,” jawab Mikhail lalu duduk di kerusi kosong di sebelah Farah.
               Aku tidak tahu kenapa aku merasa tidak senang bila Mikhail mengiyakan pertanyaan Lynda dia kemari bersama teman wanitanya. Aku merasa perasaan aneh.
               “Lynda,” jawab Lynda ringkas ingin melihat reaksi Mikhail bila dia menyebut namanya kerana Farah menceritakan kepadanya bagaimana dia berkenalan dengan Mikhail.
               “Lynda, your long lost friend LYNDA,” ulang Mikhail dengan wajah tidak percaya lalu memandang wajah Farah ingin kepastian darinya.
               “Yes Lynda,” aku menganggukan kepala mengiyakan kenyataan Mikhail.
               “It is a pleasure to meet you,” ujar Mikhail lagi lalu tersenyum.
               “Likewise,” jawab Lynda lalu tersenyum. Dia sukakan Mikhail he’s gentleman and well mannered. Quality yang sukar di perolehi pada seorang lelaki di zaman sekarang. Very rare.
               “I baru jumpa dia balik hari ini itupun secara kebetulan, I really miss her,” ujarku lalu menoleh kearah Lynda. Lynda menjeling lalu tersenyum bila Farah sudah mula emo. Lynda seakan big sister to Farah kerana Farah seorang wanita yang berhati lembut dan pemaaf. Dan quality yang ada padanya itu membuatkan orang yang tidak menghargainya mengambil kesempatan ke atas dirinya. Lynda pula keras hati dan tegas. Dia tidak akan membenarkan sesiapa membuli Farah.
               “What a pleasant surprised, she really miss you, I’m glad you have found each other,” jawab Mikhail jujur.
               “Don’t be mushy mushy with me ok, she’s like that manja lebih, so Mikhail mana your lady friend,” tanya Lynda kerana Mikhail seperti tidak teringat bahawa dia kemari dengan special lady.
               “About that, actually I can’t stay long,” Mikhail menoleh ke belakang kearah tempat dia menunggu special lady tadi. Dia terlupa langsung.
               Aku mengetap bibir menahan rasa. Perasaan tidak selesa itu datang lagi. Kenapa aku bersikap demikian. Kenapa aku resah gelisah. Ya allah kenapa dengan aku? Kenapa aku merasa tidak selesa begini.
               “No worries, we can meet up one day, Farah has your number,” ujar Lynda lalu menyengol lengan temannya yang kelihatan aneh.
               “Yes no worries,” jawabku gugup. Mataku tidak lepas dari memandang wajah kacak Mikhail. Lelaki itu tidak sedar. Apa yang telah terjadi dengan diriku. Kenapa aku seperti tidak merelakan Mikhail pergi. Dan aku merasa cemburu bila Mikhail mengatakan dia kemari bersama teman istimewanya. This can’t be happening. Maybe it’s infatuation. Yes I believe it’s just an infatuation.
               “Nice seeing you ladies, sorry to meet you like this, we catch up one day? Dinner on me?,”
               “Dinner sounds wonderful,” jawab Lynda lalu tersenyum.
               “Great,” Mikhail bangkit dari kerusi lalu menuju kearah wanita separuh umur yang berdiri seperti tercari-cari seseorang.
               Lynda mencuit lenganku sebaik sahaja Mikhail mendapatkan wanita itu.
               “Who’s that his sugar mummy,” usik Lynda lalu tersenyum.
               “Lynda, how can you be so bad, he’s not that kind of person,” jawabku kurang senang dengan statement Lynda. Mikhail bukan lelaki begitu. Mikhail seorang lelaki yang gentleman dan pandai menjaga hati wanita. Aku mengecilkan mataku cuba melihat raut wajah wanita yang bersama Mikhail itu. Aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana aku rabun jauh.
 
          “Sorry ma, I met my lady friend tadi, are you ready to go?,” ujar Mikhail sebaik sahaja tiba di hadapan mamanya. Dia mencapai paperbag SF dari tangan mamanya.
               “Lady friend?,” soal Datin Zainab lalu tersenyum. Dia tahu Mikhail tidak akan memperkenalkannya kepada teman wanitanya kerana Mikhail tidak mengajaknya berjumpa dengan wanita itu.
               “Yup,” jawab Mikhail acuh tak acuh.
               “Ok,” jawab Datin Zainab lalu menuju kearah dua wanita yang dia lihat Mikhail bersama tadi. Mikhail terkejut melihat mamanya menuju kearah Farah dan Lynda. Namun dia tidak menegah mamanya berbuat demikian.
               “Here they come,” ujar Lynda bila mereka berjalan menuju kearah mereka.
               Aku membetulkan tempat dudukku bila Lynda berkata demikian.
               “Eh Farah,” tegur wanita itu sebaik sahaja menyedari salah satu wanita itu adalah tunang anak saudaranya.
               “Auntie Zainab,” ujarku terperanjat bila mengetahui wanita yang bersama Mikhail tadi. Aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Zainab tidak menyangka bertemunya di sini. Apa hubungan Datin Zainab dengan Mikhail? Aku menoleh kearah Mikhail ingin melihat reaksi wajahnya. Dia turut terperanjat bila Datin Zainab mengenaliku.
               “You both knew each other?,” ujar Mikhail kerana tidak menyangka Farah dan mamanya mengenali antara satu dengan lain. What’s a coincidence?
               “Ya, Farah kawan Mia and also tunang Shafiq,” terang Datin Zainab lalu memandang wajah Mikhail.
               Aku menelan air liur bila Datin Zainab berkata demikian. Mikhail kenal Shafiq? Mikhail kenal Mia? Ini kemungkinan besar Mikhail adalah teman lelaki Mia atau tunangan Mia. Aku menjadi lebih tidak selesa dalam keadaan begini. Oh gosh! Why do I have a strong feeling that this going to be complicated issues.
 
 
bersambung...
 
 

No comments:

Post a Comment